SABAR PADA HENTAMAN PERTAMA
Sesuatu berlaku. Tidak juga hal yang terlalu besar, tetapi sangat tidak disangka dan sangat tiba-tiba. Air mata bergenang juga sebentar tadi. Syukur, cepat-cepat bertenang.
Teringat kata-kata Ustaz Zul Ramli dalam rancangan Tanyalah Ustaz pagi tadi. Bukan mudah sebenarnya untuk kita sabar pada hentaman pertama. Maksudnya, di saat-saat terawal kita dapat tahu atau terkena sesuatu yang kita anggap musibah (yang kita tak suka, yang menyakitkan) itu, apakah reaksi dan respons kita? Adakah pada waktu itu kita mampu mengawal emosi kita. Adakah pada ketika itu kita berdaya mengunci mulut kita daripada berkata sesuatu yang buruk dan merugikan. Paling penting, adakah tatkala itu kita mampu mengucapkan ALHAMDULILLAH.
Yang ketiga tu, saya sendiri memang payah nak buat, belum terlatih nak tune minda supaya melihat bala sebagai nikmat dalam kadar segera. At least perlu juga tempoh bertenang baru boleh berfikir waras. Paling tenang saya hadapi sesuatu keadaan genting itu, dengan menyebut LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH. Mintak Allah tolong bagi kekuatan dan kesabaran. Yang pertama dan kedua tu sedang mujahadah. In sha Allah. Kadang-kadang failed, kadang-kadang lulus.
Hakikat bala di sisi Allah bukanlah bertujuan untuk menyusahkan dan menyempitkan hambaNya, tetapi sekadar membawa hambaNya ingat kepadaNya dan kembali ke jalan yang lurus.
Tenangkan jiwaku Ya Salam, bukakan minda dan hatiku untuk redha atas peristiwa-peristiwa ini Ya Allah Ya Fattah, Ya Sabur, Ya Qadir, Ya Muqtadir, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud, masukkan rasa nikmat dan lazat ketika melalui peristiwa-peristiwa ini kerana sesungguhnya semakin Engkau cinta pada hambaMu, semakin Engkau uji dengan ujian demi ujian bagi memastikan hambaMu sentiasa ingat dan datang dekat kepadaMu.
Kredit doa: Prof Madya Dr. Wan Maseri
#santapanhati
#muhasabah
#energiasmaulhusna
0 comments:
Post a Comment