Madu Penawar Segera Food Poisoning


Ilmu baru:
~ Madu lebah penawar segera food poisoning.

~ Madu juga penawar untuk pesakit anxiety disorder ketika diserang panic attack
~ Bila sakit, tidur itu mustahak. Tubuh dalam mode repair ketika tidur.


Post Dr. Rizal Abu Bakar yang ini menarik perhatian saya. Sebenarnya hampir semua status Dr. Rizal saya suka, dan beliau pun memang aktif di FB dan web beliau. Post yang ini saya kongsikan di sini kerana berkaitan dengan madu, dan ilmu baru yang sebenarnya boleh membantu ramai orang di luar sana. Apa salahnya dikongsi. Kredit post kepada Dr. Rizal Abu Bakar. 

***********************************************************************

CERITA SEMALAM
.
3 hari 2 malam di Sabah. Malam terakhir makan Seafood. Aktiviti lazim pelawat ke negeri di bawah bayu ini.
.
Malam terakhir itu order 2 ekor ikan, sedikit sotong, rumpai laut dan ketam. Makan tanpa nasi. Ikan dan sotong segar. Nikmat.
.
Awal pagi Isnin berangkat ke bandara. Dua destinasi berbeza. Keluarga pulang ke Kuching. Aku ke Kuala Lumpur.
.
Ada temu janji di Kedutaan Besar Indonesia.
.
Episod getir bermula di dalam pesawat Malindo ke Kuala Lumpur. Perjalanan panjang. 2 jam 35 minit.
.
Selepas berlepas 30 minit, tubuh tiba-tiba seram sejuk. Sendawa menjadi jadi. Perut memulas. Terasa seperti kain dipulas pulas ketika diperah.
.
Dahi mula berpeluh. Aku letakkan buku yang berada di tangan. Otak ligat mencongak, simptom apa yang melanda.
.
“Aku ini jarang sakit. Takkan tiba-tiba jer ni. Tak de tanda-tanda langsung,” aku mencongak sendirian. Mencari makna insiden yang sedang berlaku.
.
Semenjak amalkan Brain-Based Diet ini atau OCOC sangat jarang sakit. Pernah sekali hampir 3 tahun tidak sakit. Tiada selsema, tiada batuk. Apatah lagi demam.
.
Selepas mencongak, aku yakin ini mesti Food poisoning. Entah bakteria mana yang tiba-tiba bersarang dalam tubuh. Adakah Salmonella, Staphylococcus aureus, Campylobacter jejuni, Escherichia coli, Shigella, atau Clostridium botulinum.
.
Sakit semakin menjadi jadi. Aku tenangkan diri. Buat teknik pernafasan yang aku belajar untuk redakan kesakitan. Sakit hilang. Keadaan tenang.
.
Bakteria dia dalam perut ini mungkin degil. Mereka kembali berpesta selepas 40 minit. Dahi berpeluh kembali. Episod perut seperti kain dipulas ketika diperah muncul tanpa segan dan malu.
.
Bernafas lagi. Tenang dan reda. Agak sukar lakukan teknik ini apabila sendawa terlalu kerap.
.
Dalam hati berdoa cepatlah sampai. Rasa sangat terperangkap dalam pesawat ini.
.
Mendarat sahaja bermulalah episod cari tandas. Bergegas. Gaya larian umpama Usain Bolt.
.
Aku rasa inilah larian yang pecahkan rekod dunia. Mesti nangis Usain Bolt kalau di lihat aku lari di KLIA.
.
Selesai hajat bergegas pula ke Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI). Ambil ERL. Cepat dan ERL ada tandas.
.
Sampai di KL Sentral, baharu teringat ada madu dalam backpack aku. Ada dalam paket. Beli di Indonesia.
.
Aku memang bawa spare madu dalam beg. Sentiasa ada. Aku ambil, terus telan. Perut terasa aman.
.
Madu ada anti fungus dan anti bakterial. Berkesan untuk keracunan makanan. Banyak kajian menyokong hal ini.
.
Ada hadis Nabi yang ceritakan hal ini. Hebat madu ini.
.

AKu juga minum air banyak-banyak. Sekejap-sekejap aku minum. Berbotol-botol.
.
Usai di KBRI, kembali ke KL Sentral. Lihat ada natural yogurt dan banana smoothies. Gabungan yang mantap kembalikan tahap sihat usus. Aku balun smoothies dengan bangganya.
.
Sakit perut menyepi. Tiada lagi episod berlari ala Usain Bolt. Lega.
.
Tapi seram sejuk masih ada. Suhu badan juga meninggi. Sendi-sendi masih sakit.
.
Mahu hilangkan seram sejuk, suhu tinggi, dan sakit sendi mesti tidur. Dalam hati tertanya tanya “kat mana nak cari tempat tidur?”
.
Apabila sakit, tidur itu mustahak. Masa tidur self-healing berlaku. Tubuh akan masuk dalam mode repair. Baik pulih keadaan tubuh.
.

Aku fikir ‘ tidur dalam flight ajelah.’ Aku ni jenis susah nak tidur dalam keadaan duduk. Setiap kali naik pesawat aku akan ada buku. Bukan tidur.
.
Kali ini berbeda. Masuk pesawat untuk tidur. Jadi aku setkan dalam kepala. Masuk untuk tidur.
.
Buat teknik Mental Imagery.
.
Natijahnya? Masuk dalam pesawat, aku tidur. Pesawat belum bergerak dan pertunjukkan keselamatan oleh pramugari dan pramugari Air Asia belum berlaku. Aku tidur dengan amannya.
.
Dapatlah lelap sekitar 40 minit. Alhamdulillah seram sejuk sudah tiada. Sampai ke Kuching dengan kelegaan.
.
Di bandara Kuching, cik puan Isteri sudah menunggu. Dia beritahu si Haikal juga muntah dan diarrhea. Jadi bukan aku seorang yang kena. Haikal lebih teruk lagi. Siap muntah-muntah.
.
Pagi tadi bangun tanpa simptom lagi. Terus balun sesudu madu. Biar selamat.
.
Tip mudah terkena Food poisoning ialah M.S.T - madu, smoothies dan tidur.

***********************************************************************************************

Alhamdulillah, semoga Allah mengganjari Dr. Rizal atas ilmu yang dikongsi ini. 


Konklusinya, madu merupakan makanan hebat yang Allah kurniakan kepada kita, untuk pelbagai manfaat kesihatan. Untuk maintain kesihatan pun sesuai, untuk rawatan segera pun berkesan, untuk kesembuhan jangka panjang pun in sha Allah membantu. Tinggal lagi, kitalah sebagai manusia dan hamba Allah ni, nak guna atau tidak. Yakin atau tidak. Nak amal ataupun tidak. Dr. Rizal pengamal madu, buktinya madu sentiasa ada di dalam beg. Biasa orang bawak paracetamol dan minyak angin kalau travel, tapi beliau seorang doktor otak, sentiasa spare madu dalam beg!

Nak bawak madu dalam beg ke mana sahaja, sebenarnya agak leceh sebab madu ni liquid. Nak kena bawak dalam botol. Takkan nak bawak botol besarkan? Yang kaca? Ish lagi la kalau pecah satu hal pulak. Jadi, secara kebetulan Quadmeds ada Madu Quad dalam packaging botol 180 gram sahaja. Kalau nak travel satu keluarga memang sesuai bawa saiz ni. 

Haa..comel je kan? Botol plastik jadi tidak mudah pecah.
Harga: RM25/ RM30 (SS)
*warna Madu Quad adalah berbeza-beza bergantung pada nektar bunga yang dihisap sang lebah.

Tapi, leceh pulak kalau nak letak dalam handbag atau beg sekolah anak-anak. Jangan risau sebab Madu Quad juga ada dalam bentuk stik. Yaaa..madu stik tapi dalamnya bukan madu stik biasa, ia Madu Quad iaitu madu tualang hutan asli daripada lebah liar jenis Apis Dorsata atau dikenali juga sebagai Giant Honey Bee. Lebah terbesar tau. 

Niii dia madu stik yang mudah dibawa ke mana sahaja. 
Harga: RM120 (100 batang)

Berminat nak dapatkan Madu Quad?

Boleh hubungi nombor di bawah ini untuk respons segera menerusi Whatsapp/SMS/Telegram

012-3302067 (Puan Mai)

ATAU

Instagram: @maiasihat
Facebook Fanpage: Min-Aina-Ila-Aina
Facebook peribadi: Maizura Osman

#maduquad
#madustik
#penawarkeracunan
#foodpoisoning
#khasiatmadu

0 comments: