Jauh-jauh mencari madu terbaik dunia , rupanya madu yang diambil dari hutan Nusantara kita juga yg terbaik .
Lebah tualang itu dikenali sebagai Giant Bee, lebah terbesar dunia . Nektar yg dihisap adalah multi floral dimana 60 - 70% biodiversiti alam dunia ada di hutan kita, sarang pula hanya satu sisir bererti khasiat propolis, pollen dan madu berada dalam satu madu .
Giant Honey Bee - Apis Dorsata
"Madu dari gunung dan pokok-pokok adalah lebih unggul dari madu yang diambil daripada sarang lebah yang diternak, keunggulan kualitinya berhubung kait dengan sumber manisan bunga (nektar) yang dihisap oleh lebah" (IbnuQayyim al-Jauziyyah dalam kitab Thibb Nabawi).
Beza kalau madu ternak yang dijual secara terpisah . Ada yg tanya, " kalau madu hutan, macam mana boleh dapat banyak?"
Memandangkan sudah banyak terjadi kemusnahan hutan oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab di hutan Malaysia, team Madu Quad terpaksa berkelana (outsourcing) masuk ke desa-desa hutan belantara seluruh nusantara demi mendapatkan 'cairan emas alam Melayu' ini. Jumah madu hutan yang besar diperlukan bagi memenuhi pasaran dalam dan luar negara.
Antara hutan yang berjaya dijejaki ialah Hutan Kedah - Bukit Kayu Hitam, Hitan Borneo - Kalimantan, Hutan Sumbawa - Bima Nusa Tenggara Barat, Hutan Sosa, Sumatera Utara, dan Hutan Sumatera Selatan. Saudara , selagi ada hutan, di situ ada madu kerana lebah Apis Dorsata ini adalah ejen utama pendebungaan tumbuhan hutan.
Uniknya lebah Apis Dorsata, di hutan mana pun ia tetap menghasilkan madu yang mempunyai sifat dan karakteristik hampir sama dari segi warna, bau, aroma dan rasanya.
Klik sini untuk lebih info dan dapatkan Madu Quad
Instagram: @maiasihat
Facebook Fanpage: Min-Aina-Ila-Aina
0 comments:
Post a Comment