Khasiat Amalkan Dua Ayat Terakhir Surah At-Taubah

Copy n paste daripada Facabook Dr. Azura Hashim:



Saya repost disini sebab ada yang tanya kelebihan ayat di bawah..


Hampir 30 tahun lepas. Ada seorang makcik hadiahkan buku, dan minta untuk saya hafal dua ayat.


Masa tu, masih sangat muda, tak berapa peduli. Bila berjumpa, makcik tersebut akan tanya dah hafal ke ayat- ayat itu. Iaitu 128-129 di dalam Surah At-Taubah. 


Saya kongsikan disini.


Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah.


– jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.


– jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.


– jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.


– jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.


– jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.


– jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.


– jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.


Untuk dipermudahkan hafazan:


Ayat 128


“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”


Ayat 129


“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”


Maksud ayat 128


Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.


Maksud ayat 129


Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.


Masya Allah. 


Ayat- ayat Allah memang penuh dengan keajaiban. 


Wallahua’alam 

Lahaulawala quwwata illa billah 💕

0 comments: