Kita Belum Berjaya Kerana Kita Tidak Layak?

 Jumaat pertama di bulan Rejab. 


Allah hantar pesanan dan teguran kepada saya melalui perkongsian sahabat-sahabat di FB. Salah satunya, perkongsian daripada Brother Khairul Hakimin ini. Siapa kenal? 

*********

Masuk umur 40 tahun baru jumpa orang yang setiap kali nak meeting soalannya:


"Malam tadi tahajjud tak?"


Wakakaka. Terkulat-kulat nak jawab.


"Meeting kita ni nilai dia dalam RM120juta setahun. Tahajjud ke tak? Solat sunat rawatib buat tak? 


Sebelum tidur solat taubat tak? Bangun pagi solat sunat sebelum subuh tak? Ada solat hajat dan solat dhuha hari-hari tak nak mohon semua urusan ni Allah mudahkan?


Kalau tak ada, tak payahlah buat."


Sungguhlah, Allah beri kita ini ikut apa kita perlu. Bukan apa kita mahu.


Kita pergi mesyuarat untuk putuskan itu ini, namun persediaan sebelum dan selepas mesyuarat itu juga tersangat penting. 


Kita nak bayar zakat, nak beri sedekah sebanyak-banyaknya, namun hal dengan Allah kita persia-siakan.


Patutlah ramainya CEO sana sini 4 pagi dah bangun. Ada sahaja amalan-amalan mereka. 


Kawan-kawan, 


"Nak berjaya, jayakan hati dulu. Ujian datang, kita akan tenang. Allah uji sebab Allah sayang. Jadinya kena minta, kena mohon, kena hadap, kena letak Allah itu di hadapan bukan sekadar di mulut, hati, jiwa, kehidupan seluruhnya mesti berserah kepada Allah. Ha lepas itu pergi meeting."


Pesanan ini saya pegang baik-baik. 


Begitulah.


Khairul Hakimin Muhammad,

Bismillah.


*****

Semoga bermanfaat buat semua yang membaca. Layakkan diri kita dahulu. Allah dulu. 


0 comments: