Detox Foot Patch-keberkesanannya?

Semalam saya beli detox patch sebab harganya murah dan yang jual tu kawan sendiri. Jenama apa saya tak ingat.Selama ni tengok dan dengar je, tak pernah rasa nak cuba pun. Sebelum tidur malam tadi saya pun pakai la....




Ok, inilah rupanya benda tu sebelum saya tampal di kaki. Dah tampal ta ambik gambar, segan nak tayang kaki.hehe. Bangun dari tidur, saya rasa excited nak tengok....mak aiiii!


Bila saya tenung-tenung dan tilik-tilik (cewah macam nujum Pak Belalang pulak), saya rasa macam tak percaya pun ada. Yela, benda tu kan ada isi dengan herba. Katanya herba tapi bau macam tembakau rokok je. Bila kaki kita ditampal dengan benda tu dan berpeluh, tentulah jadi warna hitam dan saya rasa warna tu bukan datangnya daripada kaki kita tapi daripada bahan herba tu sendiri. Ala, senang cerita macam uncang teh la kan, bila dah kena air kan warnanya hitam.Disebabkan rasa tak puas hati, nampak tak bahagian yang warna putih di tengah-tengah sebab tak kena kat tapak kaki saya tu? Saya bawak ke bilik air dan saya titis air kat tempat tu. Haaa..hitamlah jadinya. Saya tunggu juga kot-kot bila air tu dah tersejat dia jadi putih balik...takdepun.

Siapa-siapa yang pernah guna detox patch ni untuk jangka masa yang panjang (disarankan memakainya 5hari dan berhenti selama 2hari, kemudian sambung lagi begitu berulangkali hingga cukup sebulan =22 hari), bolehlah bagitahu betul ke bila dah pakai lama-lama tu patch tu akan jadi pudar warna hitamnya ataupun takde langsung warna hitam menandakan toksin telah dikeluarkan.


2 comments:

m-i-o said...

eh, 2 hari lepas husband mak pun pakai nyah! dia pakai yg kinohimutsu tu. macam tu jugak la - sebelum pakai putih lepas pakai jadi hitam dan berminyak. kaki of course berpeluh.

tak taula betul ke toksin yg keluar.

tapi dia punya mmg keseluruhan hitam - takde tompok putih kat tgh2 macam MAIA punya. yg kinohimitsu punya tu, tak semestinya kita pakai kat tapak kaki - mana2 area yg kita rasa sakit2 pun buleh.

Min Aina Ila Aina said...

m-i-o,

yang putih tu sebab tak kena kat tapak kaki saya...kat perut kaki tu kan melengkung sikit, ramping sangat tapak kaki saya ni agaknya.hehe.

Kinohimitsu tu mahal tak, berapa RM sepasang. Rasa nak minum teh hijau, effect tak pada susu ibu kalau kita buat detox ni?