Salam di petang Jumaat yang bahagia, semoga anda semua dalam mood bahagia juga hendaknya.
Sebenarnya saya ada berjanji dengan Mummy Harith n Hannah a.k.a GenkiMomma atau mesranya dipanggil Kak Arnie. Nak kata testimoni pun iye, tapi lebih kepada pengalamanlah sebenarnya.
Saya mengenali supplement masa umur saya lingkungan 21tahun. Masa tu saya ada masalah tangan kiri lenguh, kebas dan sakit terutamanya di bahagian bahu. Tidur tak boleh mengiring sebelah kiri lama-lama, pegang telefon tangan kiri pun tak boleh lama-lama. Pendek kata susahlah kalau nak bergayut dengan boyfriend.haha. Saya dah pergi klinik, doktor cuma tanya pemakanan saya dan senaman...saya memang lazimi minum susu dan jogging. Doktor tak bagi ubat apa-apapun. Tak tahan sangat, sebab kadang-kadang kebasnya sampai buat saya rasa tangan kiri tu tak ada, saya pergi berurut dengan mak kawan saya (Dwi). Makcik tu kata urat-urat kat belikat saya tu dah keras masuk angin dan bersimpul. Sakitnya masa diurut tu Allah sajalah yang tahu, menjerit-jerit saya dibuatnya. Lepas berurut tu, saya pergi farmasi dan tanya apa vitamin yang boleh saya makan untuk masalah saya. Ahli farmasi tu cadangkan B-Complex. Dari situlah saya kenal supplement. Alhamdulillah, terasa perubahan yang ketara, sakit pun lama-lama hilang. Tapi habis sebotol tu, saya tak teruskan makan sebab masa belajar dulu, harga sebotol B-Complex tu pun rasa sangatlah mahal.
Saya kembali mengamalkan supplement masa mengandung. Selain supplement yang diberi oleh pusat kesihatan setiap kali pemeriksaan antenatal, saya juga ambil omega dan kalsium. Masa tu saya main beli saja tak kira jenama, asalkan harganya berpatutan dengan bajet saya masa tu. Masa dalam pantang saya bergantung sepenuhnya pada supplement KKM, memang tak teringat nak cari supplement tambahan.
Lepas pantang dan mula masuk kerja, sebagai ibu baru yang menyusukan anak sepenuhnya, saya banyak membaca di internet. Saya suka singgah di blog-blog ibu menyusu, membaca pengalaman di samping menimba ilmu dan mendapat motivasi bila tengok stok susu diorang yang penuh freezer. Secara tak sengaja aktiviti lompat blog saya tu memperkenalkan saya dengan GenkiMomma. Membaca pengalaman Kak Arnie sendiri, saya tertarik mencuba supplement Shaklee. Kebetulan pulak masa tu anak saya kerap sangat sakit. Kejap selsema, batuk, demam dah la tu bergilir-gilir pulak dengan uminya ni. Asyik ulang wad kecemasan Hospital Serdang je. Saya mulakan dengan trial pack, bila kesannya nampak pada jumlah pengeluaran susu dan kepekatan susu, saya teruskan membeli full pack dengan Kak Arnie. Mula-mula saya beli sikit, lama-lama secara tak sedar saya dah order macam-macam supplement keluaran Shaklee. Antara yang saya ambil ialah Vit C, Alfalfa, Ostematrix, Lecithin, ESP, Fiber, Vita-Lea. Merasai sendiri kebaikannya, saya kongsikan dengan kawan-kawan yang mengalami masalah dalaman kewanitaan, macam senggugut, keputihan, haid tak teratur. 2,3 orang kawan saya dah ulang beli dan ada yang dah kongsikan dengan kawan-kawan mereka pula. Alhamdulillah.
Bagi diri saya sendiri, Vit C dan B-Complex banyak membantu saya dan anak dalam proses pemulihan daripada demam dan pertahanan badan. Masa saya dan anak kerap demam awal 2010 dulu, saya akan mengalami masalah hidung berdarah. Bukan darah yang mengalir, tapi darah sekitar dalam lubang hidung. Atas cadangan Kak Arnie, saya ambil ESP. Kemudian, anak saya pula dikesan mengalami anemia dan perlu makan supplement Asid Folic, Iron serta Multivitamin yang dibekalkan oleh pihak hospital. Tapi faham-faham sajalah macam mana seksanya nak bagi anak kecil makan ubat,kan. Kena bagi setiap hari pulak tu, dan sampai 2,3 jenis supplement. Jadi, saya ambil langkah lain yang kurang sikit tekanannya dengan cara saya sendiri mengambil Vita-Lea dengan harapan khasiatnya dapat disalurkan melalui susu badan saya. Alhamdulillah ujian darah kali kedua anak saya dah ok, walaupun saya tak pernah sekali pun bagi dia asid folik dan jarang sangat bagi Iron yang pihak hospital bekalkan tu. Cuma multivitamin saja pengasuh anak saya bagi setiap hari sebab manis, anak saya suka. Alhamdulillah, musim demam, selsema, batuk bergilir-gilir tu berakhir juga sekitar April 2010 selepas 4 bulan kami mengharunginya dengan penuh tekanan. Maklum sajalah budak kecik sakit, umi dialah yang tak dapat tidur. Kalau demam, anak saya mesti kena ulser tekak dan taknak minum susu. Saya masa tu tengah sibuk sangat dengan penulisan tesis, sampai kena tegur jugalah dengan penyelia sebab kerap sangat sakit.
Supplement yang lain misalnya ostematrix saya ambil sebab saya selalu sakit-sakit badan terutamanya pinggang dan belakang badan, yang saya percaya akibat posisi tidur yang tidak betul berikutan menyusukan anak sambil berbaring. Kadang-kadang tulang saya berbunyi-bunyi. Saya minum susu, tapi tak tentu kadang-kadang dapat dua gelas sehari, kadang-kadang 1 gelas saja, malam dah tidur awal. Biasanya minum susu kotak di ofis saja. Apa yang saya perhatikan, bila saya konsisten minum susu dan makan ostematrix, saya tak ada masalah dukung anak saya walaupun lama. Lagi satu, gigi sensitif saya pun dah hilang. Kalau lepas minum air panas, kemudian berkumur dengan air paip pun tak ngilu macam dulu-dulu.
Lecithin dan fiber? Taktau kenapa dua vitamin sungguh susah saya nak konsisten. Fiber saya bagi pada emak saya akhirnya, sebab mak saya yang mengalami kolesterol tinggi lebih memerlukan supplement ni dan terbaru saya baca testimoni tentang lecithin yang mampu mengurangkan 20kg dalam blog GenkiMomma, semangat pulak nak konsisten.heh!
Ini hanyalah pengalaman peribadi saya, setiap orang mungkin berbeza penerimaan badan masing-masing terhadap supplement. Ada juga yang tidak mahu bergantung dengan supplement sebaliknya berusaha mendapatkan makanan segar yang benar-benar membekalkan khasiat yang diperlukan. Tepuk dada tanyalah hati anda.
2 comments:
Terima kasih, Mai!!!
Saya dah kongsikan di genkimomma.com ---> http://genkimomma.com/2010/10/testimoni-saya-supplement-dan-shaklee/
Saya minta izin upload gambar Sofiy yang comel ya... ;)
Its ok kak...terima kasih untuk akak jugak. Semoga lebih berjaya.
Post a Comment