Payahnya Menerima Kegagalan.....(ujian memandu)

Hahaha...tajuk sudah terang dan nyata...tulah sebabnya semalam tak dapat update sebab saya SEDIH.
Keputusannya...saya KANDAS (ikut istilah kat kad JPJ). Gagal dua-dua pulak tu, dalam dan luar pakej.huhu.

Kronologinya:-

Saya diminta tunggu oleh sekolah memandu pukul 10.00 pagi sebab saya dapat sesi 2. Saya tercongok la kat tepi jalan tu setengah jam, tak muncul-muncul pun diorang. Darah saya dah mula menyirap, tapi saya sabar-sabarkan je mengenangkan saya nak test. Siapa tak bengang kalau sejak dari mula kursus 5jam, kelas teori, ujian komputer, QTI, pendek kata setiap kali melibatkan pengangkutan yang disediakan oleh sekolah memandu, mesti lewat. Dah la lewat, tak pulak hantar pesanan dan tak reti nak mintak maaf. (emo pulak). Lepas 15 minit saya hantar SMS barulah terhegeh-hegeh datang ambik, pulak tu berhimpit-himpit sumbat sampai 5 orang. Memang sekolah tu ada masalah bab pengurusan ni, mungkin kurang kakitangan. Bayangkanlah ada budak yang sepatutnya test sesi pagi pukul 8 tu diorang tak jemput. Jenuhlah budak tu call, sms merata-rata tapi tak berangkat, tak berbalas. Diorang bawak budak tu sekali dengan saya, dan budak tu nyaris-nyaris tak dapat ambik test. Dapat pun last sekali, jenuh dia menunggu.

Ok, berbalik kisah saya...saya dapat no 53 daripada 62 calon. Dalam masa menunggu tu banyaklah adegan-adegan yang membuatkan saya berdoa agar tak terjadi pada saya. Macam-macam bunyi kereta bila calon kendalikan, yang berkeriuk, yang mengembek, menguak semua ada. Ada yang langgar tiang, ada yang langgar sampai patah tiang, ada yang mengundur ke belakang masa bukit, ada yang berdecit-decit tayar masa menggelongsor turun dan ada juga kemalangan. Kesian budak perempuan tu, mau trauma dia kot. Dia tengah buat ujian bukit, tapi agaknya tak sampai tayar atas garisan kuning, jadi dia minta peluang kedua dan masa nak mengundur tu rasanya dia terpusing stereng...kereta pun membelok ke kiri, panjat divider dan terjun balik. Mujurlah dia mengundur, jadi dua tayar belakang tu je la yang lompat divider dan tak berlaku kecederaan. Nasib baik kereta tu tak membelok masa dia kat atas bukit, kalau tak memang terjunlah.Lama jugakla dia duduk kat pondok JPJ, kena khutbah la agaknya.

Sampai giliran saya, petugas-petugas pun rushing sebab dah tengahari. Masa turn saya, saya tak naik kereta kat point yang sepatutnya tapi saya kena pergi ke bawah bukit dan naik kereta yang ditinggalkan oleh calon yang gagal di bukit. Bukit saya lepas sekali saja, takde undur-undur. Saya memang jenguk sampai saya nampak jelas tayar atas garisan kuning baru saya angkat tangan. Masa nak buat parking, saya dapat parking no 2..saya dah buat silap bila tak dapat kawal kelajuan kereta tu masa nak belok masuk. Akibatnya kereta saya ke kanan sangat. Dah mula panik sebab dah salah, saya tak betulkan kereta dulu sebelum undur...makanya step saya hancur lebur, muncung kereta dah masuk petak tapi bontotnya saya tak reti nak masukkan. Bila saya masukkan bontot, muncung pulak keluar. Oh, eh, oh, eh kat dalam tu...masa pun berlalu..JPJ tu dah mengira saat-saat kat jam dia...saya pun DANG! langgar dua tiang depan. PUAS HATI!

Lepas rehat tengahari, makan dan solat...sesi ujian jalan raya yang berbaki dimulakan. Bermula dengan no 29 tak silap saya. Nak keluar dari pusat memandu tu, kena naik bukit tinggi dan lintas jalan. Bila calon-calon dilepaskan serentak, terjadilah bontot-membontoti. Saya cukup risau kalau kena macam tu, takut enjin mati. Dan dah nasib saya, saya kena membontoti satu kereta dan saya dibontoti oleh beberapa buah kereta yang lain.JPJ yang uji saya lelaki, suara dia ok tak la bunyi garang sangat, tapi saya tak tengok pun muka dia. Sampai di bukit, saya menjaga jarak mengekori kenderaan dengan baik. Tekan brake kaki, free gear dan tarik handbrake. Kereta depan saya beberapa kali terundur, saya dah cuak dah..macam mana saya nak buat kalau dia terus terundur. Lagi satu, kepala saya dok fokus macam mana nak imbang minyak dan klac masa nak gerak nanti. Kereta depan pun lepas dengan jayanya melintas jalan. Saya pun tekan minyak, angkat klac sikit demi sikit, turun handbrake..zuuuppp..ke belakang. Saya brake semula! Weh, apa yang tak kena ni? Saya cuba lagi, kali ni tekan minyak lebih sikit kot-kot tadi tak cukup. Zuuupppp...mengundur lagi, brake lagi! Ish...apa yang tak betul ni?

Sapa pandai teka apa sebenarnya tak betul? Satu kesalahan yang buat saya betul-betul rasa nak hantuk kepala ke dinding, rasa macam sayalah orang yang paling bodoh di dunia ni, rasa macam tak layak bawak kereta sampai mati...dan saya memang rasa merajuk dengan diri sendiri..rasa tak nak ulang test dah.huhuhu....tapi, saya perlukan ini:

6 comments:

m-i-o said...

errrr nyah - adakah terlupa masuk gear 1? lalu mengundur ke belakang padahal dah tekan minyak gile-gile? hahaha! (ini adalah ketawa menggelakkan pengalaman diri sendiri, jadi jgn terasa, ok?)

kalo ya, maka mak juga pernah buat kesilapan tersebut - cuma mak perasan awal sikit dan pi bercakap kat pegawai JPJ tu -

"eh incik pegawai, apa pasal kereta ni tak mau berenjut? sy dah tekan minyak ni"

lalu incik pegawai berkata,

"dah kamu free gear, tak masuk gear satu, macam mana dia nak berenjut? ingat ya, berundur sikit je kamu fail"

ada satu japanese proverb yg berbunyi -

"fall 7 times, stand up 8"

apa susah, ulang je balik test tu :P

at least hang tak naik atas divider bukit tu nyah oiii - kompem jadik bahan gelak kat litar tu di kalangan driving instructor! mak pernah tengok kejadian serupa - jgnkan orang tu yg trauma, dengan mak sekali trauma sebab mak tengah tunggu giliran kat bawah bukit tu.

m-i-o said...

oh ya, nak tambah satu lagi - bab nak side parking tu, cikgu ada ajar sifir tak?

hapal je betul2 sifir tu walaupun tak paham langsung apakah kaitannya dengan pusingan tayar sebab sifir pemusingan stereng tu memang marvellous, perfect gile kita side parking!

anyway, mak sampai sekarang tak pernah cuba side parking di dunia nyata, lebih2 lagi kalau ada dua kereta dah siap2 parking kat depan ngan belakang. kahkahkah! mak lebih rela parking jauh gile yg selamat dari memalukan diri sendiri :P sebab apa? sebab kat dunia nyata takde tiang macam kat litar u'ols! kahkahkah.

tapi zaman kitorang dulu, sapa fail kat litar takde chance pi on the road. oh ya, mak jugak benci yg pi workshop 6 jam tu sebab instructor suh mak tukar tayar 2 kali! keji okey. sakit pinggang mak!

mak dengan ini berterima kasihla kat abang zul, cikgu driving mak yang walaupun garang nak mampos siap suh mak beli enjin keretapi sebab mak asik mati enjin sampai kereta kancil tu takmo start2 dah - dan masa kelas memang mak sokmo naik divider, langgar tiang serta menyebabkan dia tersedak air ketika mak brake secara mengejut - tapi sebab kegarangan dan leteran serta perlian dia la mak pass. hakhakhak! <---tetiba bleh plak buat ucapan kat sini :P

Min Aina Ila Aina said...

Hahahaha...m-i-o, patutlah pandai jawab, dah pernah kena rupanya. Orang lain yg saya tanya kebanyakannya tak dapat teka tau! sebab kesalahan tu tak pernah dibuat orang (kecuali yang senasib dgn kita la). Saya JPJ tu dah bagi chance dah, tapi saya tak jugak dapat detect apa yang tak kena. Hampeh betul!


Silakan, silakan bagi ucapan kepada guru2 memandu anda...sekarang saya memang masih dalam mood belajar memandu. Wallpaper hp pun bubuh gambar P yang kat atas tu...tapi bukannya makin semangat, sakit pulak hati nengoknya.

Sally said...

M-A-I-A,
Oh Sungguh berbeza ya zaman-zaman kita dulu. Jangan rasa fail sekali terus tak mahu cuba..percayalah dah dapat title "P" nnt akan rasa keseronokkannya...tiap2 hari rasa nak memandu jer.
Akak pun pernah gagal jugak..bab baca membaca memang gagal..terpaksa ulang ambik periksa tu pun hanya lulus disempadan jer... nasib akak cuma bertuah kat test litar dan on the road. Tapi awal-awal markah dah tolak jugak sebab tak pakai seat belt.

Cuba lagi..dah ada lesen nnt jom race kat track!!..hhehe..

Min Aina Ila Aina said...

Hehe...terima kasih atas semangat yang disuntik.

Saya test komputer tu study macam nak masuk dewan exam, dapat 50/50. Tapi ujian praktikal kantoi. Saya percaya memang bukan rezeki saya nak lulus hari tu, sebabnya masa belajar saya takde buat salah kat parking pun, sampai naik jemu pusing-pusing kat situ. Masuk gear pun tak pernah pulak lupa. Itu la bila Allah kata KUN, FAYAKUN. JADI, MAKA JADILAH.

Bulan depan la kot saya cuba lagi...sengkek dah ni.hehe.

Normaliza said...

takpe..takpe..leh cuba lagi. Masa nak wat side parking dulu, saya siap tulis nota & letak dekat bangku sebelah. saya tulis berapa kali kena pusing stering ke kiri & berapa kali kena pusing kanan..haha

Masa buat parking tu siap saya senyum2 lagi..sebab dalam hati ni dah ckp.."kalau aku gagal pun, biar la aku gagal dgn ayu". Pak cik JPJ tu siap sound.."ha..tu nape senyum2 tu. Mesti tak tahu nak buat tu.." Ah..pedulik!! Haha!