Entah kenapa hari ni saya diserang kebuntuan. Otak tepukah? Kalau otak kosong tu logik, tepu tu macam jauh lagi. Macam mana nak describe perasaan saya kala ini ye? Adakah sebab hujan pagi tadi? Hujan rahmat Allah pulak nak disalahkan.Ataupun sebab tak cukup tidur, Sofiy meragam malam tadi dia protes sebab umi paksa dia tidur walaupun dia masih nak tengok nursery rhymes dan alif ba ta di laptop. Sudahnya pukul 1.30 masih berperang dengan dia sampailah umi hilang sabar dan ayah masuh campur dengan pedang zoro. Ke sebab cik P (bukan lesen memandu percubaan) datang hari ni. Tapi biasanya bila cik P datang saya happy, mood saya akan jadi mood gembira.

Ok, saya menulis untuk cuba mencari semula punca segala perasaan yang bersimpang siur dan bersimpul-simpul ni, harap bukan simpul mati la ye. Apa yang saya selalu fikirkan semenjak dua menjak ni? PERKEMBANGAN TESIS!. Ok, dah ada tanda seru tu menandakan ada sesuatu yang TIDAK KENA di situ. Apa masalah dengan tesis, buat je la kan, macam orang lain buat tesis jugak. Mana ada tesis yang senang tahap telan air liur. Telan air liur pun susah kalau sakit tekak. Kenapa tesis saya tak jalan-jalan? Sebab saya blur tak habis-habis. Kenapa masih blur? Sebab saya.....okayyy..semuanya sebab SAYA.

Kalau pasal tesis saja, rasanya takkan sampai kebuntuan dan kekakuan begini. Saya juga menghadapi masalah KETIDAKTENTUAN EKONOMI. Ekonomi orang rumah saya agak kecut sekarang sejak-sejak kilang Jepun-Cina-beli-kerugian-sebab-tsunami di Jepun-ura-ura-nak-tutup-tapi-tengah-survive-untuk-tidak-tutup. Maka saya sebagai pelajar yang tidak berpendapatan tetap pening juga memikirkan hari-hari yang bakal dilalui walaupun tau Allah itu Maha Pemurah dan Pemberi Rezeki yang tidak pernah lupa terhadap setiap hambaNya. Saya berusaha memohon biasiswa, masih dalam proses permohonan dan saya sangat berharap keputusannya nanti adalah TAHNIAH dan bukan TAKZIAH..hehe. Takdelah tulis takziah, mungkin HARAP MAAF....Kalau boleh taknak tengok yang mengecewakan tu lagi (ye 'lagi', sebab saya dah pernah mohon dan gagal disebabkan bidang pengajian bukan bidang keutamaan. Baru ni tengok bidang saya dah masuk senarai jadi saya memohon semula). Saya tak dapat menipu diri sendiri bahawa saya sangat mengharap walaupun berkali-kali pujuk hati supaya jangan berharap sangat nanti kalau tak dapat kecewanya ke kerak bumi. Saya sentiasa berdoa, tapi masih rasa doa saya tidak cukup, perlu berdoa lagi, lagi dan lagi, solat hajat 12 rakaat (kalau dah 12 rakaat tu fahamlah kan harapannya setinggi mana) tapi hati saya masih belum tenang untuk menyerahkan semuanya kepada Allah S.W.T sedangkan saya tau itu yang dinamakan tawakkal.

Badan saya asyik TAK SIHAT saja. Rasanya dalam sebulan paling koman 2 kali kena telan antibiotik. Sakit tekak, selsema, demam, baru je habis antibiotik selsema datang balik. Frust la. Tapi syukurlah sakit-sakit yang sejak akhir-akhir ni tak seteruk bulan-bulan awal 2011. Walaupun sakit tekak, badan saya dapat bertahan daripada demam. Dulu..ooo, ngeri nak bayangkan macam mana rasa sakitnya DEMAM itu. Ala-ala contraction pun ada. Imuniti badan saya dah merosot, saya perlu akui itu. Badan tak boleh langsung kekurangan air walaupun untuk separuh hari. Jaga Sofiy di wad sehari pun saya dah naik demam sebab kurang minum air dan kurang beri perhatian pada diri sendiri. Kadang-kadang ralit buat kerja lupa minum air sampai 2 liter sehari, dah mula rasa sakit tekak.

Ya Allah kuatkanlah imanku, utuhkan kesabaranku, pinjamkanlah aku KekuatanMu, bukakanlah pintu hatiku, terangkanlah mata hatiku, permudahkanlah segala urusanku, murahkanlah rezeki yang halal untukku dan berikanlah keberkatan dalam kehidupanku.


Kzanah Detox Shape Tea dan Penurunan Berat Badan

Macam yang pernah saya sembang sebelum ni, saya nak kongsi lagi satu  'pembantu' saya dalam usaha mengurangkan berat badan.  Yang ni pun saya ambil produk cosway jugak.  Namanya Kzanah Detox Shape Tea.  Penerangan tentang produk saya copy dari laman web Cosway  sebagaimana di bawah. Aromatic...

Pengalaman Sofiy Masuk Wad

Pagi 15 Jun: Kelinik Kesihatan Bandar Seri Putra- muntah depan doktor-dirujuk ke Hosp Serdang Admitted ke Wad 5B katil no. 2 setelah 11 kali muntah dalam masa sehari semalam. Monyok muka sebab banyak kali kena cucuk tangan, check darah, drip air. Mana taknya, taknak makan langsung, minum pun keluar balik sebab muntah.  Bermalam...

Buah tangan akademik pertama

Alhamdulillah, selama ni dok tengok orang lain punya artikel jurnal diterbitkan, saya ni entah bila la agaknya. Hari ni dapat tau daripada mantan penyelia yang artikel kami dah diterbitkan dalam Jurnal Bahasa Jilid 11. Bil. 1 Jun 2011. Abstraknya seperti di bawah: ABSTRAK Makalah ini menganalisis dan menjelaskan perilaku...

Apple Juice with L-Carnitine- Bantu Pembakaran Lemak

Ok, selaras dengan azam nak turunkan berat badan yang dah berlebihan beberapa kg ni, maka saya nak kongsikan di sini merangkap diari kesihatan apa yang saya ambil sebagai pembantu. Yelah, umur dah nak menjengah 30 ni kena juga dapatkan bantuan makanan kesihatan sebab metabolisme dah mula rendah. Semalam saya kirim dengan...

Kesilapan teknikal..hehe..kesilapan lantaran rajukan dan terasa yang diri ini berat. Ada ke patut pi tambah 10kg daripada berat badan sebenar, mana lah BMI tak jadi hampir-hampir obesiti. Huhu...lain kali waktu tengah emo jangan kira BMI ye.

Ok, saya tak tergolong dalam kategori obesiti, saya cuma lebih sikiiit je daripada berat badan ideal. TAPI! Tapi keadaan ini tak boleh dibiarkan. Maka saya telah pun memulakan proses penurunan berat badan. Walaupun selama ni diet saya hanya di mulut saja (bercakap) tapi tetap juga makanan di sumbat ke mulut. Kali ni nak cuba usaha lebih keras, mudah-mudahan dapatla dibuang lemak-lemak sebelum jadi tepu dan dapatlah dikurangkan beberapa kilo agar BMI jadi ideal semula.

Prosesnya..nanti kita kongsi ye.
Huhuhuhu.....


Semalam merajuk dengan suami, akibat diejek pasal gemok. Ya...suami saya memang kerap bergurau ejek-ejek gemok ni. Macam-macam kaedah dia guna. Kaedah lagu:

"Cepatlah besar, anakku sayang..." dia nyanyi bila tengok saya makan, esp makanan yang menggemukkan macam aiskrim, kek dan yang sewaktu dengannya.

Kadang-kadang tu perli-perli bila saya tak boleh pakai mana-mana baju yang dulunya boleh pakai.

Kadang-kadang dok berlagak yang berat dia turun..mencik!

Kemuncaknya buat saya merajuk bila dia ejek saya malam kelmarin. Masa tu dah tutup lampu, malap lampu tido je. Nak tidokan Sofiy la masa tu. Bila jalan dalam kesuraman cahaya lampu tu, saya terlanggar bucu katil Tau dia cakap apa?
" Ha! roboh sat lagi katil ni." waaaa..makan dalam ooo. Sedih sangat, saya terus keluar bilik melayan rajuk dan rasa terluka di hati. Tak lama suami dan Sofiy keluar, bila dia nampak saya serius merajuk dia terus diam. Agaknya terkedu kot, tak sangka gurauan jadi serius.

Sebenarnya, saya terasa dan terkecil hati sebab saya memang tak suka pun dengan berat badan yang takmo turun-turun ni. Diet sangat tu tidakla, tapi saya dah pun kurangkan pengambilan makanan. Makan waktu makan asas saja. Tapi berat dok takuk tu la jugak. Agaknya sebab takde bantuan excercise. Memang saya dah tak macam dulu, dulu masa belum ada anak rajin jogging. Kadang-kadang tu pagi petang. Sekarang ni pun suka kalau ada masa nak jogging, tapi bila? Hujung minggu, menyampah buat gaya je lebih dengan kasut sukan. Ada selengkok dua dah Sofiy nangisla, nak main kat taman permainan la. Last-last umi bengkek je tengok ayah jogging sorang berpusing-pusingan dapat.

Penangan merajuk semalam, tadi terus google pasal lebih berat badan ni. mencari produk yang sesuai, selamat dan mampu. Banyaknya produk saya tak mampu, promosilah macam mana pun, testimoni la berapa orang pun...kalau dah tak mampu beli tak payahla berangan. Ada yang murah risau tak selamat. Sambil-sambil tu cuba kira BMI yang dikira secara automatik kat web site National Heart Lung and Blood Institue ni, NAH! terbeliak biji mata. Huhuhu..dah hampiiiiir sangat nak masuk kategori obesiti. Tau berapa?


BMI Categories:


Underweight = <18.5
Normal weight = 18.5–24.9
Overweight = 25–29.9
Obesity = BMI of 30 or greater



Haa...kalau dah hampir sangat tu, agak-agak je la kan. Perpuluhan je lagi masuklah tahap obesiti. Maka merajuk tu kenalah dipanjangkan ke dalam bentuk perbuatan pulak. Semalam dah merajuk tak makan malam walaupun suami pujuk dengan tomyam campur.hehe. Nampaknya kenalah merajuk tiap-tiap malamkan, sebab nak kurangkan berat dan dapatkan berat ideal. Semalam juga saya beli Detox Shape Tea dari Cosway. Agaknya banyak toksin kot tu yang payah sangat nak turun berat. Maklumlah dah menghampiri 30, metabolisme pun dah rendah. Saya cadang nak detoks dulu, kemudian saya nak carilah bantuan produk yang sesuai. Selain tu nak buat senaman secara tak langsung (contohnya naik turun tangga). Makan pun kena kurangkan lagi, dan kena pilih makanan rendah kalori. Nak tahan makan terus, tak sanggup. Sebab saya kalau tak makan badan jadi menggigil. 

Sesiapa ada nasihat dan cadangan, sila jangan segan tinggalkan komen ye. Bantulah saya!

Semalam mimpi..mimpi kena marah dengan SV. Wahahaha. Rupanya ada perkhabaran kurang gembira. Prof emel bagitau yang beliau kena slipped disc. Masih di Korea, dan bertahan dengan painkiller. Prof akan percepatkan tarikh balik ke Malasyia, sebulan lebih awal untuk mendapat rawatan di sini. Saya doakan Prof cepat pulih dan dapat rawatan yang terbaik. Sangat kagum dengan Prof, walaupun sakit sampai tahap susah nak berjalan, kena dipapah, tapi masih lagi minta saya siapkan spss data supaya beliau dapat siapkan artikel tu sebelum 1 Julai. Gigih, dan patut dicontohi dan anak murid yang sihat sejahtera ni silalah rasa malu dan segan ye, insaf..jangan lupa.

Sofiy dan Burung Kakak Tua

Tengah cuba upload video lagu burung kakak tua ni kesukaan Sofiy, harap-harap ok. Sofiy sangatla suka dengan video ni. Kalau boleh nak ulang itu je, tapi umi pulak yang rasa bingit telinga. Sejak jatuh cinta dengan lagu tu, asyik nyanyi lagu tu je.Tapi tak dapat semua lirik lagi. Ni ha lirik yang Sofiy ingat: .......kakak...

Majalah Bulanan Anda

Saya rasa ramai antara kita yang ada majalah-majalah bulanan. Tak kisahlah langgan ataupun tidak. Saya memang ada majalah bulanan sejak kecil lagi. Sejak saya pandai membaca. Rasanya masa darjah 1 kot. Lambatkan budak dulu-dulu membaca? Seingat saya, saya belajar mengeja masa tadika. Bila masuk darjah 1 baru belajar membaca...

Sejak dua menjak ni payah bebenor nak masuk facebook di sini. Taktaula di sini saja atau kat tempat lain pun sama. Akaun saya aje atau orang lain pun sama. Tapi biasanya bila cuba-cuba tu akhirnya dapat juga masuk. Bila dah dapat masuk tu, saya tak log out dah sampaila balik sebab kalau log out tak tentu dapat log in semula. Tapi dah 3 hari rasanya memang tak boleh masuk langsung. Saya ingat kot sebab hub internet bilik ni yang lembap, maklumla bukan bilik pensyarah. Tapi bila kat bilik Prof, kat makmal komputer pun sama juga...memang ada masalah la tu kan.

Webpage dia tu tak jadi macam rupa biasa, dia keluar kotak-kotak dan segala mak nenek Home Message tu bersusun sebaris ke bawah. Boleh la nak masukkan emel dan log in tapi yang nampaknya gambo profile kita je, yang lain tak dapat tengok dan baca pun.hehe. Saya tidaklah ketagih facebook ni tapi kot-kot ada message penting yang ditinggalkan. Sebab sebelum ni saya akan log in hari-hari walaupun tak ngadap fb tu, jadi mungkin ada orang yang nak berkomunikasi via fb ni dengan saya. Semalam saya check la jugak ikut emel, memang ada message kawan yang dah lama lost contact. Saya balas ikut emel la jugak taktaula sampai ke kat dia ye?

Jadi kalau anda pun menghadapai masalah yang sama, maknanya bukanlah masalah akaun saya ataupun internet. Tapi kalau orang lain semua ok je, maknanya kat sini la tak boleh akses facebook ni. Ada juga kawan yang kata facebook kena hack dan macam-macam lagi la. Saya tak kisah, kalau betul facebook ada masalah maknanya orang lain pun akan kurang guna facebook dan akhirnya ditinggalkan macam friendster.