Ops! Baru overweight sikit rupanya...

Kesilapan teknikal..hehe..kesilapan lantaran rajukan dan terasa yang diri ini berat. Ada ke patut pi tambah 10kg daripada berat badan sebenar, mana lah BMI tak jadi hampir-hampir obesiti. Huhu...lain kali waktu tengah emo jangan kira BMI ye.

Ok, saya tak tergolong dalam kategori obesiti, saya cuma lebih sikiiit je daripada berat badan ideal. TAPI! Tapi keadaan ini tak boleh dibiarkan. Maka saya telah pun memulakan proses penurunan berat badan. Walaupun selama ni diet saya hanya di mulut saja (bercakap) tapi tetap juga makanan di sumbat ke mulut. Kali ni nak cuba usaha lebih keras, mudah-mudahan dapatla dibuang lemak-lemak sebelum jadi tepu dan dapatlah dikurangkan beberapa kilo agar BMI jadi ideal semula.

Prosesnya..nanti kita kongsi ye.

2 comments:

Nora said...

maia, blog sususejat.com ada banyak maklumat pasal diet dan pemakanan. Cubalah singgah sana...

Min Aina Ila Aina said...

Nora, thanks ye. Saya penah nampak entri nora pasal blog sususejat, dah masuk dan dapatkan senarai kalori pun. Nanti nak jalan-jalan lagi kat sana. TQ.