Semoga Prof. (Penyelia) diberikan kesihatan yang baik
Semalam mimpi..mimpi kena marah dengan SV. Wahahaha. Rupanya ada perkhabaran kurang gembira. Prof emel bagitau yang beliau kena slipped disc. Masih di Korea, dan bertahan dengan painkiller. Prof akan percepatkan tarikh balik ke Malasyia, sebulan lebih awal untuk mendapat rawatan di sini. Saya doakan Prof cepat pulih dan dapat rawatan yang terbaik. Sangat kagum dengan Prof, walaupun sakit sampai tahap susah nak berjalan, kena dipapah, tapi masih lagi minta saya siapkan spss data supaya beliau dapat siapkan artikel tu sebelum 1 Julai. Gigih, dan patut dicontohi dan anak murid yang sihat sejahtera ni silalah rasa malu dan segan ye, insaf..jangan lupa.
0 comments:
Post a Comment