Kzanah Detox Shape Tea dan Penurunan Berat Badan

Macam yang pernah saya sembang sebelum ni, saya nak kongsi lagi satu 
'pembantu' saya dalam usaha mengurangkan berat badan. 
Yang ni pun saya ambil produk cosway jugak. 
Namanya Kzanah Detox Shape Tea. 
Penerangan tentang produk saya copy dari laman web Cosway 
sebagaimana di bawah.

Aromatic Herbal Tea To

Cleanse & Reshape Your Body

All-natural herbal tea with cleansing and multi-action slimming properties.

Alleviates constipation
Cleanses and detoxifies the body
Shapes the body


Traditional formula with clinically proven herbs
Green Tea
 -

 Accelerates thermogenesis or fat burning to rid unsightly bulges
Java Tea (Misai Kuching) & Lime -

 Eliminate excess water that causes bloatedness and weight gain
Gurmar (Gymnema) & Brindleberry (Garcinia) - 

Balance blood glucose level to curb food cravings and prevent overeating. 
Reduce fat storage in fat cells (adipocytes) as excess glucose causes
 fat to be deposited into adipocytes faster, causing these fat cells to
 increase in size and number
Senna -

 Relieves constipation and flushes out toxins from the body
Mutamba - 

Potent antioxidant to quench excess free radicals
produced when fat is burned




D'tox Shape TeaCode: 37108     30 sachets

Suci & Murni
Gunakan tanpa was-was

  green tea   java tea  gymnema  garcinia     lime     senna     mutamba





Peringkat awal pengambilan teh ni, dalam sehari dua macam tu saya takde pun alami rasa nak ke tandas. Mula-mula saya fikir teh ni takde kesan kat saya ke? Ataupun saya ni bebas toksin. cewah! Hehe. Tapi kemudian saya perasan, peluh saya berbau agak kuat sampai saya rasa tak selesa. Kawan di pejabat ni dah la lelaki risau jugak kalau sampai diorang perasan. Agaknya pembuangan toksin berlaku dalam proses perpeluhan. Alhamdulillah tak lama, dalam 2 hari je badan agak berbau. Kemudian saya perasan jerawat pulak keluar. Takdelah jerawat batu, tapi saya rasa jerawat ni agak sakit jugakla masa dia nak tumbuh. Tupun tak lama, dalam 2,3 hari je kemudian ok. Kemudian dalam seminggu ni saya perasan yang saya dah kerap ke tandas. Biasanya bukan serta-merta lepas minum teh ni, kalau saya minum sebelah petang atau malam, saya akan ke tandas subuh-subuh esoknya. Tapi kalau saya minum teh ni masa sarapan pagi, saya akan ke tandas lebih kurang setengah jam kemudian. 

Saya dah timbang 3 hari selepas ambil Jus Epal dengan L-Karnitin yang saya cerita dalam entri ni  dan berlaku penurunan walaupun sikit: 600gram. Saya tak senaman langsung, saya tak diet ketat, saya cuma kurangkan sikit portion makanan dan elakkan makanan bersantan. Mulanya plan taknak makan malam, atau cukup dengan susu dan snek ringan. Tapi ada orang sabotaj la. Tiap-tiap malam dia belikan makan malam. Nak degil sangat buat tak tahu je rasa macam tak patut pulak, jadi saya jamah jugakla (dasar tak boleh ada makanan depan mata,kan)

Ok, apa yang saya perasan ialah cangkuk *br*a saya dah turun tangga. Maknanya ada penyusutan la kan, mungkin betul bonjolan lemak tu dah digunakan. Kalau kurang lagi alamatnya kena beli yang baru. Sayang pulak rasanya sebab stok yang ada sekarang pun baru beli sejak berenti bf kan si Sofiy. Kena stop dululah beli, tunggu sampai agak-agak berat badan dah memuaskan baru beli yang baru. Membazir je nanti.

Ok, petang ni cadangnya nak mula jogging. Saya nak cuba jogging lepas waktu kerja, sebelum suami datang jemput. Dapat 30 minit jadi la. Pakaian untuk jogging dah bawak dah ni, semangat! Harap-harap tak hujan supaya saya takde alasan untuk menunda aktiviti sihat ni ke hari lain. Saya suka jogging ni, tapi nak mula tu memang liat sangat. Kalau dah mula lari tak nak berenti pulak.

5 comments:

Min Aina Ila Aina said...

Malas nak masukkan gambar kemudian, biarla dia terkeluar-keluar dari sempadan.hii.

DeLancrettLurpak said...

huh, tabahlahhhh!!!

Min Aina Ila Aina said...

Haha..semalam tak jadi jogging atas 2 alasan:
1) Kerja yang bos bagi belum siap

2)Ada cerita panas, kontraktor jumpa kubur orang asli kat hutan kecil sebelah department ni. Diorang bersihkan hutan sebab nak buat penyelenggaraan saluran hawa dingin. Dan dan kecut perut tak jadi jogging.

Anonymous said...

Do you mind if I quote a few of your posts as long as I provide credit and sources back
to your blog? My website is in the exact same
niche as yours and my users would genuinely benefit from some
of the information you provide here. Please let me know if
this okay with you. Many thanks!
Also see my site - travelers health insurance

Min Aina Ila Aina said...

Please, as you wish by credit to this blog. Thanks for asking permission.