Semalam merajuk dengan suami, akibat diejek pasal gemok. Ya...suami saya memang kerap bergurau ejek-ejek gemok ni. Macam-macam kaedah dia guna. Kaedah lagu:
"Cepatlah besar, anakku sayang..." dia nyanyi bila tengok saya makan, esp makanan yang menggemukkan macam aiskrim, kek dan yang sewaktu dengannya.
Kadang-kadang tu perli-perli bila saya tak boleh pakai mana-mana baju yang dulunya boleh pakai.
Kadang-kadang dok berlagak yang berat dia turun..mencik!
Kemuncaknya buat saya merajuk bila dia ejek saya malam kelmarin. Masa tu dah tutup lampu, malap lampu tido je. Nak tidokan Sofiy la masa tu. Bila jalan dalam kesuraman cahaya lampu tu, saya terlanggar bucu katil Tau dia cakap apa?
" Ha! roboh sat lagi katil ni." waaaa..makan dalam ooo. Sedih sangat, saya terus keluar bilik melayan rajuk dan rasa terluka di hati. Tak lama suami dan Sofiy keluar, bila dia nampak saya serius merajuk dia terus diam. Agaknya terkedu kot, tak sangka gurauan jadi serius.
Sebenarnya, saya terasa dan terkecil hati sebab saya memang tak suka pun dengan berat badan yang takmo turun-turun ni. Diet sangat tu tidakla, tapi saya dah pun kurangkan pengambilan makanan. Makan waktu makan asas saja. Tapi berat dok takuk tu la jugak. Agaknya sebab takde bantuan excercise. Memang saya dah tak macam dulu, dulu masa belum ada anak rajin jogging. Kadang-kadang tu pagi petang. Sekarang ni pun suka kalau ada masa nak jogging, tapi bila? Hujung minggu, menyampah buat gaya je lebih dengan kasut sukan. Ada selengkok dua dah Sofiy nangisla, nak main kat taman permainan la. Last-last umi bengkek je tengok ayah jogging sorang berpusing-pusingan dapat.
Penangan merajuk semalam, tadi terus google pasal lebih berat badan ni. mencari produk yang sesuai, selamat dan mampu. Banyaknya produk saya tak mampu, promosilah macam mana pun, testimoni la berapa orang pun...kalau dah tak mampu beli tak payahla berangan. Ada yang murah risau tak selamat. Sambil-sambil tu cuba kira BMI yang dikira secara automatik kat web site National Heart Lung and Blood Institue ni, NAH! terbeliak biji mata. Huhuhu..dah hampiiiiir sangat nak masuk kategori obesiti. Tau berapa?
BMI Categories:
Underweight = <18.5
Normal weight = 18.5–24.9
Overweight = 25–29.9
Obesity = BMI of 30 or greater
Underweight = <18.5
Normal weight = 18.5–24.9
Overweight = 25–29.9
Obesity = BMI of 30 or greater
Haa...kalau dah hampir sangat tu, agak-agak je la kan. Perpuluhan je lagi masuklah tahap obesiti. Maka merajuk tu kenalah dipanjangkan ke dalam bentuk perbuatan pulak. Semalam dah merajuk tak makan malam walaupun suami pujuk dengan tomyam campur.hehe. Nampaknya kenalah merajuk tiap-tiap malamkan, sebab nak kurangkan berat dan dapatkan berat ideal. Semalam juga saya beli Detox Shape Tea dari Cosway. Agaknya banyak toksin kot tu yang payah sangat nak turun berat. Maklumlah dah menghampiri 30, metabolisme pun dah rendah. Saya cadang nak detoks dulu, kemudian saya nak carilah bantuan produk yang sesuai. Selain tu nak buat senaman secara tak langsung (contohnya naik turun tangga). Makan pun kena kurangkan lagi, dan kena pilih makanan rendah kalori. Nak tahan makan terus, tak sanggup. Sebab saya kalau tak makan badan jadi menggigil.
Sesiapa ada nasihat dan cadangan, sila jangan segan tinggalkan komen ye. Bantulah saya!
3 comments:
salam.
1st, kena kira keperluan tenaga harian.. berapa kcal.. boleh guna Quick method @ yang lain..
- Penurunan yang biasanya disarankan dalam 10 % @ lebih dalam masa 6 bulan.. penurunan dalam 500 gm/ week... atau 2 kg @ lebih sebulan..
Pra syarat yang terpenting untuk turunkan berat badan ada dua:
1) Niat; tanamkan azam sunggh-sungguh untk turunkan berat badan
2) Tetapkan target penurunan bulanan @ setiap 2 minggu.. (sentiasa catat berat badab... naik ata turun dalam buku khas)... supaya kita dapat pantau atau tahu stats semasa berat badan kita.. (beli satu alat penimbang yang ada kat supermarket tu)
Untuk menurunkan berat badan ada beberapa komponen penting = pemakanan dan aktiviti fizikal dan psikologi..
kalau tiada ketiga2 aspek nie... susah skit nak turnkan berat badan..
untuk dapatkan penurunan berat badan.. kita disarankan kurangkan pengambilan tenaga ~ 500kcal/day dan..
bakar sekurang-kurangnya 500kcal melalui aktiviti fizikal.
tapi yang paling kuat juga.. mental kena kuat.. orang kutuk wat x tau je.. sebab orang gemuk nie...
kalau dia nak start bersenam/diet orang duk mengata.. contoh:"ko tak yah bersenang la.. tak turun-turun laa...".
kalau dia x bersenam / diet pun orang duk mengata jugak.. contoh: "ko nie... tak pandai nak bersenam ke.. tak sayang nyawa ke.."
tapi kalau mau diet kena ikut prosedur yang betul..
boleh jumapa dengan pengawai zat makanan (nutritionist) / pegawai dietetik yang ada kat daerah...
Kenapa takleh balas komen entri sendiri nih?
Hamba, terima kasih atas pandangan dan nasihat. InsyaAllah kali ni memang nak turunkan berat badan ke tahap berat ideal. Saya memang suka bersenam ni, dulu-dulu memang dah rutin tapi sejak dah ada anak ni kan, payah beno nak cari masa. Kalau nak bersenam pun kena waktu malam...dah pancit dah.hee..
ubah cara kita melihat, ia akan mengubah segala-galanya.
jgn fokus pada "berat" badan, tapi fokus kpd "jumlah lemak berlebihan" dlm badan.
amalkan 3 perkara ni:
1- " Eat Like A King "
2- " Exercise Like A Gladiator "
3- " Rest Like A Baby "
maksudnya dlm bahasa yg mudah:
1- makan makan makan....jgn diet..tetapi apa yg nak dimakan & apa yg nak dielakkan kena kuasai.
2- senaman senaman senaman...jgn malas..senaman apa nak dibuat...banyak mana nak buat sehari...berapa kali seminggu kena tahu...tak bley membuta tuli...hehe
3- rehat yg cukup...kalo tak cukup kesan nya kureng...hehe
3 perkara ni umpama "3 leg stool @ bangku berkaki 3"...kalo kurang satu tertonggeng la kerusi tu.
Mudah bukan ?...tidak...hehe...kalo mudah tak ramai la manusia yg obes!
tenkiu
Post a Comment