Kisah Kehamilan Kedua Saya: Dari Blighted Ovum ke Missed Miscarriage

Di waktu saya menulis ini, janin masih lagi dalam kandungan saya. Biarlah dia berehat di dalam rahim uminya untuk beberapa ketika lagi sebelum umi terpaksa mengucapkan selamat tinggal. Buat ayat sayu macam ni mula la rasa sebak :-(

Alkisahnya, pregnancy kali ni saya dapat kesan dengan adanya sedikit pendarahan, yang terlalu sikit. Mula-mula saya fikir saya period. Masa tu dah hujung Ramadhan, tak puasalah saya 2 hari terakhir Ramadhan sampailah raya. Lepas raya pun masih ada sikit-sikit lagi, kemudian dah takde. Cerita tentang berita gembira tu dah pun saya coretkan DI SINI.

Sebenarnya, mengandung kali ni sikit berbeza dengan yang pertama. Tapi, saya pun memang biasa dengar orang kata setiap kandungan, malah karakter setiap anak juga berbeza. Masa Sofiy dulu, takde setitik darah pun yang keluar sepanjang mengandung. Tapi yang ini, mula-mula lagi dah ada darah. Saya fikir itu implantation. Tapi, keluar darah ni berlarutan...boleh dikatakan setiap minggu ada sehari atau dua hari yang keluar darah. Tapi melepasi Ogos, makin kerap pulak bleedingnya. Masa mengandungkan Sofiy dulu saya tak bukak buku pink di KK pun, sebab saya susah nak pergi ke Klinik Desa Bangi Lama tu. Masa tu belum ada lagi KK BSP. Jadi saya check up di Klinik UKM saja dan pertama kali scan ialah pada umur kandungan 13minggu. Dah besar pun Sofiy kat dalam tu. Jadi kali ni pun saya taklah teruja sangat nak pegi scan ke nak bukak buku ke, ingat tunggu la 3 bulan dulu. 

9/9/2013 (ISNIN)

Tapi memandangkan makin kerap bleeding dan orang-orang sekeliling pun kata "pegilah check", jadi 9/9/13 kira-kira 9 minggu kehamilan saya pun mendaftar di KK BSP, buka buku pink dan buat ujian basiclah macam ujian air kencing, ujian darah, timbang berat dsb. Saya beritau nurse yang saya ada bleeding sikit, lepas checkup asas, saya ke bilik doktor untuk ultrasound. Doktor scan, skrin sebelah kepala saya jadi saya tak dapat nak tengok. Saya rasa patut ubah la kedudukan tu, tak mesra langsung. Saya tengok muka doktor je, nampak muka dia ada kerut-kerut sikit atau macam mencari sesuatu. Hisy, dah tak sedap hati. Doktor kemudian bagitahu yang dia tak nampak pun baby saya. Katanya "kosong je ni". Saya ok lagi, kecik lagi kot, kata dalam hati. Kemudian doktor tanya tarikh period saya. Saya memang jenis catat setiap kali saya period dalam diari jadi senang la saya bagitau doktor. Doktor kata sebab saya baru berhenti pil perancang, walaupun kitaran haid saya datang tiap-tiap bulan tapi 2 bulan yang pertama ada cycle yang pendek dan ada yang terpanjang..jadi dia tak kategorikan saya sebagai period yang regular. Jadi, mungkin usia kandungan saya tu sedikit muda berbanding tarikh LMP saya yang EDD sepatutnya 9/4/14. Jadi doktor bagi anggaran EDD baru ikut saiz kantung. EDD nya 5/5/14. Dan kalau ikut EDD ni kandungan saya baru 6 minggu. Haaa..nak sebulan jaraknya kan? Sebelum keluar tu nurse pesan, kalau ada bleeding lagi banyak ke sikit ke terus ke hospital sebab kalau pergi KK pun diorang akan refer ke hospital.

10/9/2013 (SELASA)

Semalam, Isnin masa saya ke KK tu takde keluar darah walaupun Ahad tu ada. Jadi saya relakslah sikit. Saya dah mula banyakkan rehat, banyakkan baring (ikut kata kawan saya yang pernah alami masalah rahim tak kuat). Saya fikir mungkin masalah saya pun sama. Nurse pun pesan tak bagi saya angkat barang berat, buat kerja berat, jangan dukung atau angkat anak, makan makanan berkhasiat, banyakkan minum air sebab kencing ada sikit kotor. Tapi Selasa tu walaupun saya berehat, saya tetap juga bleeding. Selalunya sekali je sehari keluar darah, ni dah 2-3kali. Petang tu ajak husband ke Hospital Serdang. Pergi ke Kecemasan dan diarah ke zon kuning kawasan separa kritikal. Bagus juga, kalau kat zon tak kritikal tu mesti lama kena tunggu. Sampai situ, menunggu jugalah sekejap sebelum doktor scan. Kat sini pun sama skrin tepi kepala, jadi saya tak nampak. Saya tanya, ada heartbeat tak doktor. Dia kata macam ada sikit, tapi nanti kita tunggu doktor sakit puan. (Jangan percaya doktor yang bukan bidangnya bab-bab scan ni). Saya dah faham dah prosedur di Kecemasan ni. Nak menunggu doktor bidang masing-masing tulah yang lambat. Masa Sofiy dulu, dari pagi sampai petang menunggu pakar paed. Dari Sofiy sakit muntah cirit sampai dah menyanyi-nyanyi anak saya dan ajak balik sebab boring. Last-last malam baru doktor datang. Kali ni pulak memang banyak kes sakit puan, yang menunggu sebelah-sebelah saya semuanya kes keguguran, bleeding, ectopic. Tak lama, ada pulak sorang perempuan kena sorong dengan katil, berdarah-darah...masa saya pergi solat baru saya tau ceritanya. Cleaner yang sembang. Rupanya dia bersalin 7 bulan, dan anaknya meninggal dunia. Bersalin di rumah rasanya sebab tali pusat dikepit dengan penyepit baju. Kesiannya dia..dah lah sakit, anak pun tiada, dan dikandung 7 bulan pulak tu. Maka saya redho pakar sakit puan Dr. Suzana attend kes dia dulu, kami yang menunggu ni semua faham. Alhamdulillah, tak lama kemudian Dr. lain datang, taktau namanya. Dia scan dan bagitau apa yang dia nampak sama je dengan doktor di KK. Kantung kosong. "Ada kemungkinan tak jadi la ye, tak nampak baby pun". Ayat doktor dengan nada tiada perasaan. Agaknya dah biasa sangat kes macam tu. Tapi kita yang mengandung ni, pertama kali pulak dengar...rasa nak luruh jantung. "Datang lagi 2 minggu kita scan balik. Kalau takde apa-apa perkembangan kira tak jadi la. Mungkin akan keluar macam daging nanti". Heartbeat ada tak doktor? Saya tanya dengan jahilnya..sebenarnya dah kantung kosong mana nak datang heartbeat kan? Tu la akibatnya kalau mengandung yang dulu tengok je skrin tapi tak faham. Doktor kata ok, kira ok lah. Saya tanya lagi, takde apa-apa ubat ke doktor? "Takde baby dan takde heartbeat kita tak boleh bagi ubat."

Saya balik dalam keadaan jiwa kacau. Serius, jiwa kacau tak puas hati macam mana boleh kosong? Tapi saya ada simptom orang mengandung. Walaupun saya tak muntah-muntah macam mengandung yang pertama, tapi saya mual sepanjang hari, jerawat naik, saya takde selera makan, breast saya sakit dan menegang, perut saya selalu tak selesa sebab angin, perut saya semakin membesar sebab kain baju kurung dah takleh kancing kalau tak saya mengah, baca Al-Qur'an pun kena stop-stop sebab semput. Haaa..tukan semua simptom orang mengandung? Akhirnya saya pun mulah mencari En. Google...google sana google sini...dan akhirnya tahulah saya apa maksud kantung kosong tersebut. Istilahnya 'Blighted Ovum'. Hanya ada kantung saja dalam rahim, tiada embryo dan tiada yolk sac (salur makanan). Ada juga kes yang ada yolk sac tapi tiada bayi. Keadaan ini berlaku disebabkan selepas persenyawaan, kromosom tidak membahagi dengan baik, pendek kata ovum dan sperma itu tak match la. Mungkin kalau jadi juga, inilah punca kejadian bayi cacat sejak dilahirkan. Dan simptom-simptom tu? Simptom mengandung memang ada sebab ibu tersebut memang mengandung, hormon dibebaskan dengan adanya placenta...jadi HCG tetap ada dalam badan si ibu.

Ooo...ok..faham dah. Tapi faham saja tidak memungkinkan saya bertenang sebab saya nak tau apa jadi dengan kandungan saya ni? Kalau betul BO ada harapan lagi tak? Tak sudah-sudah saya search sana sini baik laman orang putih, Melayu, Indonesia semua saya jengah. Rumusan yang saya dapat, lazimnya BO berakhir dengan keguguran TETAPI ada peratus yang kecil di mana ultrasound yang pertama tak nampak baby, tapi yang kedua, atau yang ketiga baby dah nampak siap dengan degup jantungnya sekali. Mungkin baby agak lambat berkembang. Jadi, buat anda yang didiagnos BO untuk kali pertama scan, masih ada harapan...jaga pemakanan, ambil makanan yang membantu mempercepatkan tumbesaran janin, mudah-mudahan scan sekali lagi doktor dah boleh nampak kehadirannya, dan yang penting DOA. Kun Fa Yakun! kata Allah. 

Satu hari menunggu pun rasa macam sebulan. Ya Allah, macam manalah nak tunggu sampai 2 minggu? Kena pulak darah masih keluar, walaupun sikit-sikit tapi masih menyebabkan saya tak boleh bertenang. Saya terus search mana-mana pusat rawatan yang ada pakar sakit puan area rumah saya. Hmmm..ada, Hospital Pakar Annur atau AzZahrah, tapi saya dah maklum kat situ raaamai orang, dan agak mahal la termasuk consultation. Mengenangkan keputusan yang dah 70-30, maknanya harapan saya ada sedikit merosot maka saya tak jadilah ke hospital pakar. Saya ingat nak pergi klinik area rumah saya je. Walaupun tak pakar, sekurang-kurangnya ada 2nd opinion. Dalam dok mencari-cari tu, kawan merangkap jiran saya datang melawat. Saya cerita hasrat saya nak dapatkan 2nd opinion. Allah nak bantu, dia terus offer untuk bawak saya ke klinik panel dia, yang masa dia mengandung dulu dia scan kat situ. Katanya klinik tu bagus, doktor perempuan yang sangat baik dan memang terkenal dengan sakit puan, dan juga kelengkapan yang lengkap serta mesin ultrasound yang clear. Kosnya pun sederhana, tak macam hospital pakar.

17/9/2013 (SELASA)

Maka saya pun ke Pusat Rawatan Mesra yang terletak di Sri Serdang. Saja tunggu seminggu selepas scan di hospital Serdang, jadi kalau ada perkembangan positif, mungkin dah dapat dikesan. Sampai kat sana tidaklah awal pagi sebab gerak pun agak lambat dan tak la dekat dari rumah. Setengah jam juga ikut highway. Sampai tu, tengok penuh dengan ibu-ibu mengandung..hampir penuh kerusi menunggu. Wah, memang betullah klinik ni jadi tumpuan untuk pemeriksaan antenatal. Kliniknya biasa je, tapi tentu ada sesuatu yang istimewa sampai pelanggan ramai macam tu. Kat tempat saya tak ada pun klinik swasta yang macam tu punya ramai pelanggannya. Lepas daftar, kami ke UPM office kawan saya, sarapan dulu dan rehat-rehat sementara menunggu masa berlalu. Hampir 2 jam baru kami ke klinik semula, dan masih kena menunggu dalam 8 nombor.

Masuk ke bilik doktor, kawan saya kata dia nak teman. Saya rasa dia pun teruja nak tengok ultrasound tu. Doktornya memang la very soft spoken, raut wajahnya dan suara pun lembut sangat. Bertudung labuh. Cerita serba sedikit dan bagi buku merah, doktor tanya cycle period dan doktor kata cantik dah period saya tu untuk orang yang baru berhenti pil perancang. Baring dan scan...sekali letak je terus nampak sesuatu. Ya..ada baby! Kawan saya kata "tu ada tu". Saya taktau apa reaksi saya, yang pasti saya sangat nervous. Debaran saya tu sampai buat doktor susah nak ukur dan cari jantung baby. Sampai doktor suruh saya tahan nafas. Perkara pertama yang doktor cakap "Daripada cerita you tadi saya rasa macam takda harapan dah, tapi tengok yolk sac nampak cantik ni" Saya sedikit terhibur dan berharap. Doktor kata nampak macam ada some movement, macam jantung berdegup tapi bila nak tangkap dan ukur detak jantungnya tak dapat. "Atau saya silap, itu mungkin blood flow. Kecik sangat, susah saya nak agak." Doktor kata elok buat transvaginal scan (scan ikut vagina) untuk lebih jelas. Dan hasilnya sama..doktor kata rasanya itu bukan jantung sebab dia tak sentiasa bergerak, jap ada jap takde. Lepas doktor dah ukur CRL baby, doktor kata "Jangan berharap. Saya rasa tak jadi. Saiz janin kecik sangat, terlalu berbeza nak dibandingkan dengan sac (kantung). Walaupun doktor cakap macam tu, tapi dengan nampaknya baby tu seolah-olah ada harapan yang bersinar. Mungkin jantung dia belum dapat detect lagi, saya masih ada masa seminggu untuk bagi dia lebih kuat dan membesar. Balik tu, saya searching pulak pasal jantung baby dalam ultrasound dan tumbesaran janin. Janin di trimester pertama boleh berkembang secepat 1mm sehari. Sesungguhnya saya pelik, kenapa minggu lepas kantung kosong (scan di dua tempat berbeza) tetapi dalam masa seminggu ni dah ada baby dengan yolk sac yang cantik? 


Si comel yang akan terus dikenang. Allah bagi umi lihat juga dirimu

Itulah hasil ultrasound di Pusat Rawatan Mesra, terang dan jelaskan? Nampak tak bulatan tu..itulah yolk sac dan dah nampak bentuk kepala dan badan si kecil. Memang terus jatuh cinta! Tapi bila tengok pada keterangan kat tepi tu..memang tak cantik la. Sepatutnya saya sudah 11 minggu tapi baby baru 6 minggu dengan CRL 0.46cm. Kantung pulak usia 8 minggu. Bila saya layari youtube dan tengok klip degupan jantung janin, memang sepatutnya besar anak saya ni dah boleh detect jantung. Ada yang lebih kecil pun dapat lihat dan dengar degupan jantungnya walaupun mesin ultrasound yang digunakan lagi kabur.

Maka saya pun pasrah, dan menyerahkannya kepada Allah. Dalam doa saya, saya baca doa bagi mengelakkan anak yang cacat. Saya juga mohon jika anak yang saya kandung ini sihat dan sempurna maka berilah kekuatan kepadanya untuk survive. Kalau baik buat dia dan buat kami untuk dia dilahirkan dan dibesarkan dan seterusnya membela agama Allah, maka sihatkan dia sehingga lahir dan membesar. Jika mengikut perkiraan Allah, tidak baik baginya dan bagi kami untuk dia dilahirkan, maka saya mohon Allah berikan saya kekuatan dan kesabaran untuk menerima segala ketentuan. Alhamdulillah, hati saya sedikit tenang. Saya masih jaga pemakanan, ambil vitami, banyakkan rehat tapi saya juga tak lagi gundah gulana. Saya jalankan tugas harian seperti biasa. Kalau darah kerap keluar, saya baring. Sempat juga saya bawak Sofiy berlibur di karnival komuniti yang diadakan di area rumah saya ni. Kata kakak saya "dah malas nak menjaga la tuuu".

23/9/2013 (ISNIN)

Malam sebelum ke hospital, saya sibuk mencari info tentang D&C dan yang berkaitan dengannya. Alhamdulillah adalah serba sedikit maklumat sebelum ke hospital. Tak dinafikan malam-malam sebelum ke hospital untuk repeat scan tu, saya mimpi macam-macam. Mimpi buruk, saya mimpi darah banyak kat pad sampai 3-4 keping pad. Saya taklah percaya dengan mimpi sebab saya tau sedikit sebanyak saya terpengaruh dengan cerita-cerita yang saya baca di internet, pengalaman keguguran dan sebagainya.

Pagi Isnin, saya bangun awal sebab hajat di hati nak pergi awal dan dapatkan nombor awal, kena pulak appointment saya pukul 8 pagi. Tapi....husband pulak lambat-lambat. Dia kata takyah ikut sangat masa tu..nak sarapan dululah dan sebagainya. Hangin la jugak, tapi sebab dia yang bawak ikut aje la. Sampai kat Klinik Pakar Hospital Serdang dah pukul 9. Seperti dijangka, raaaaamai sangat orang kat kaunter pendaftaran depan tu. Saya punya giliran selepas 160orang di depan saya. Dalam sejam menunggu, saya dah dapat ke Klinik O&G. Daftar pulak di sana, dan alhamdulillah sebab saya dirujuk dari Kecemasan hari tu, saya dah ada doktor yang akan ambil kes saya. Nurse kata no saya terus ke belakang, Dr Siti Sara akan periksa saya. Menunggu dalam 10 -15 minit, saya jumpa doktor dan terus scan. Huhuhu..memang nervous sangat. Saya bayangkan baby saya dah takde..dah kembali kosong sebab kembali menjadi darah. Tapi bila scan..ye, baby masih ada..keciiiiiik sangat. Scan melalui bawah pulak...dan bila doktor ukur CRL baby, saya dah tau memang tak ada harapan. Sebabnya..masih 6 minggu. Tak berkembang, tiada heart beat dan kantung saya dah nampak lain macam. Kata doktor dah macam terseparate...ada pulak kantung lain kat luar kantung yang besar tu. Doktor kata isi darah. Saya taktau la kembar tak jadi ke atau kat dalam tu dah serba cacamarba.

Bincang-bincang dengan doktor, doktor serahkan pada saya sama ada nak tunggu gugur secara natural atau nak cuci. Kalau nak tunggu, tiap 2 minggu kena datang check up. Saya tanya, tak bahaya ke biar lama-lama. Doktor kata ia takkan membusuk, tapi ikut pengalaman dia, ada yang makan sampai 2 bulan baru keluar sendiri. Saya bayangkan kalau saya dah 12 minggu..tapi baby 6 minggu..maknanya dah berapa minggu dia tak ada. Dan kemudian saya nak tunggu lagi? Taknaklah saya...saya rasa tu lebih menjerut emosi. Saya pilih untuk cuci lepas bincang dengan husband, tapi tarikh terdekat dah penuh. Di Serdang, prosedur tu dilakukan hanya pada hari Khamis. Jadi saya ambil Khamis depan 3/10/2013. Nak taknak saya kena pantang la di hari raya haji nanti. Dan alhamdulillah, saya sendiri terlupa tentang conference yang saya nak hadir di Sabah. 21/10 saya akan terbang ke Sabah dan bentang paper pada 23/10. Kalau tiada aral melintang dan dapat cuci pada 3/10 dapatlah saya completekan pantang saya iaitu selama 2 minggu. Mudah-mudahan segalanya mengikut perancangan, saya pun sihat dalam tempoh berpantang tu nanti.

Saya nangis tak? Mula-mula saya tak nangis..tapi masa bincang dengan husband pasal cuci tu..ada masalah pulak siapa nak hantar dan ambil saya sebab kekangan jadual kerja husband. Secara tiba-tiba saya rasa sayu sangat. Dah la kita kehilangan, nak uruskan itupun ada masalah juga. Rasa lonely dan rasa macam..ntahla..yang pasti sebenarnya saya sedih, tapi kalau support saya kuat, saya akan kuat. Tapi masa tu rasa macam takde orang support walhal bukan husband taknak hantar ambik pun, cuma kena susun jadual semula je. Jadi bermula dari situ saya menangis tak berhenti, tengok buku pink tu lagi la sedih. Lepas tu teringat apa yang saya dah usahakan untuk cuba selamatkan dia..saya jaga makan saya lebih daripada selalu. Saya tak keluar rumah, rehat dan tak buat kerja berat. Saya 'rehat' daripada bersama suami, tapi akhirnya dia pergi juga. Mungkin itulah naluri seorang ibu...kalau takde rasa sayu tu memang ibu yang sedikit abnormal.

Saya tanya doktor, apa pulak puncanya masalah ni. Sebab ni bukan Blighted Ovum. Doktor kata, yang pasti bukan sebab aktiviti ibu dan bukan sebab pemakanan. Tapi memang janin tu bermasalah dari peringkat awal lagi. Ada yang tak kena pada dia, Allah Lebih Mengetahui. Doktor kata "Puan jangan risau, ini tak bermakna semua baka puan dan suami akan mengalami masalah ni". Saya faham, buktinya Sofiy pun takde masalah kecuali G6PD Deficiency, yang ramai lagi orang mengalaminya sejak dulu dan Sofiy sihat macam kanak-kanak normal yang lain selagi dia tak terdedah pada benda-benda yang dia alah. Saya pun yakin bukan pemakanan menjadi punca sebab kali ni saya lebih jaga pemakanan saya berbanding masa mengandungkan Sofiy. Saya makan kurma, madu, kismis, vitamin, buah-buahan segar, susu segar, ESP dan sayur-sayuran. Dulu saya tak makan kurma, saya tak makan vitamin atau asid folik sebelum mengandung, tak minum susu segar, tak makan buah, malah masa mabuk-mabuk tu saya puasa penuh sebulan Ramadhan. Oh ye, bercakap tentang Ramadhan, ada sebab mengapa saya sayangkan kandungan ni, kerana conceptionnya berlaku di bulan Ramadhan. Tapi itulah janji Allah, Dia Muhyi wa Yumit, yang menghidupkan dan mematikan. 

Ok, sungguh panjang lebar entri kali ni. Saya mengarang dari petang sampai ke malam. Alhamdulillah saya ok, sedang fikirkan persediaan berpantang. Dah lama tak berpantang dan kena berpantang secara tiba-tiba pulak, kalut jugalah. Pantang keguguran pun dengarnya tak sama macam pantang bersalin, tapi banyak persamaannya. Berpeluh-peluh punggah stor mencari bengkung siang tadi, tak jumpa. Harus dah terbuang. Jumpa bengkukng zap yang Cosway je..kena pinjamlah jawabnya ni. Entri berpantang keguguran saya update DI SINI.

In sha Allah nanti saya update cerita cuci pulak, atau nama prosedurnya ERPOC, dah tak guna D&C dah sekarang ni. Saya taktau perasaan saya selepas prosedur, mungkin rasa kehilangan yang lebih ketara, atau saya akan lebih relaks. Saya tak berani lagi nak lasak-lasak sekarang walaupun baby dalam rahim dah tak bernyawa..sebab saya risau 'bush' banjir darah. Kalau boleh saya taknaklah, sebab dah pilih nak cuci taknak sakit sampai 2 kali. Nanti kalau gugur sendiri tapi masih ada yang tertinggal, tetap kena cuci juga. Tapi rasanya macam tak kot, sebab bersalinkan Sofiy dulu pun kena induce.

Buat anak umi, kau tetap akan kami kenang selamanya. Umi tak lupa umi pernah mengandungkan kamu walaupun kamu hanya tidak sampai 0.5 cm. B umi sudah pun membengkak, dan rasanya selepas kamu dikeluarkan, umi akan bengkak susu dan ada susu yang perlu dikeluarkan. Moga umi tabah.

Buat teman-teman, doakan prosedur berjaya dijalankan dengan teliti dan sempurna dan saya sihat seperti biasa.

Update 7 /7 /2014

Nampaknya entri ni memang ramai pengunjung. Alhamdulillah saya nak kongsi di sini, yang saya dah mengandung lagi dan kini sudah 22 minggu. Jika kawan-kawan nak baca pengalaman dan usaha saya mempermudahkan pregnant semula boleh ke entri saya YANG INI ye. Saya hanya berkongsi, namun ketentuannya adalah milik ALLAH semata-mata.


39 comments:

AA said...

Sabar ye kak.. ada hikmah Allah pinjamkan sekejap.. beremosi tu lumrah dan normal bg seorg ibu..at least akk merasa tgk kewujudan dia kat rahim akk.. tqh ni lgsg la x nmpk..samar2 dalam kabur kantung tu dok kat tube fallopian.. moga Allah bg lg peluang kat akk utk mengandung lps ni.. bykkn rehat.. jgn layan emosi sgt..buat keja yg ringan2 dan menenangkan fikiran..

Nieza Ishak said...

Allah Yang Maha Mengetauhi.
Banyakkan rehat yerk ... ;)

Min Aina Ila Aina said...

Tikah: Ya, semoga kita sama-sama direzekikan cahayamata lagi. Akak ok, tadi pun pergi beli set berpantang, adik tu tak pecaya set tu utk akak. Bila cakap akak yang gugur dia macam confuse sebab akak tak nampak sedih.

Tahun depan kot baru akak TTC semula.

Nieza: Terima kasih...ya Dia Maha Mengetahui dan bersyukur dapat juga merasa mengandung lagi. In sha Allah akan pantang elok-elok nanti.

atoyissan said...

MAIA...baru tau...lama tak blogwalking...percayalah Allah ada perancangan yang lagi baik untuk MAIA

Ummialyaanas said...

assalamualaikum..
takziah untuk awak& husband...
allah dah tentukan bkn rezeki awak...
insha allah..ada yg lebih baik dari itu slps ini..

sabar itu indah :) saya doakan ada rezeki awak satu hari nanti..

Unknown said...

zila td ultrasound kak.skang dok suh tnggu 2 mnggu lg..rasa down sgt..

Min Aina Ila Aina said...

Zila maaf ye lambat reply...jadi macam mana keputusannya. Mudah-mudahan semuanya baik, tapi kalau berlaku yang sebaliknya kita kena yakin bahawa itu yang terbaik untuk kita.

Unknown said...

Sedihnyq cter akk.... Sy pn skng peknen 5w5d... Dh 10 hr kuar tompok cklat gelap n scan pn xmsih xde kantung... Mnggu dpn bru check up blik... Sy dh redha...

faizureen said...

Assalam.....sy pn mgalami masalah yg sama...dh 2 kali b'ulang...betul,hanya Tuhan yg tahu pe yg tbaik utk hambanya...

Anonymous said...

ehmm..br bc..sedih..sy dulu pun sama..sampai 2 mggu bleeding..hari2..tp alhamdullh bb tu slmt..skng pun dh 4thn...hamil yg ke4 ni, dh jd blk kjadian yg sama..tp oleh sbb dh ada pglmn lps,apapun yg blaku, sy redha...stiap yg blaku pasti ada hikmahnya..

Unknown said...

Ya Allah.. sedihnya baca pengalaman akk.. sy dgn wife skrng dkat kk.. menunggu doktor smbil blog walking.. sesama kita doakan segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah

Min Aina Ila Aina said...

Terima kasih buat semua yang meninggalkan komen di sini. Ya betul, setiap yang berlaku tentu ada hikmah yang Allah saja Tahu kebaikannya.

Alhamdulillah saya dah pun melahirkan cahayamata pengganti yang pergi dulu. Baru hari ke-21 berpantang sekarang ni.

Saya doakan sahabat-sahabat yang diuji juga akan dikurniakan ganti secepatnya. Amin.

Atira said...

saya baru mengalami situasi ini awal tahun ini. saya menjalani ERPOC pada 10 April 2014. Ader 2 kantung dan dedua bukan rezeki saya. sedih memang sedih tapi memandang bukan rezeki saya, saya redha. Sekarang nie dalam usaha untuk mengandung lagi dan sehingga skang tak ader rezeki lagi. setiap bulan BFF masih mengunjungi diri ini.uhuhu...Doakan saya dapat menikmati lagi fasa mengandung dalam tempoh terdekat ini.

Jom Lawat Blog AzRa In Luv

Unknown said...

Sy pun doc dah sahkn twin pregnncy..dua2 ok n ade hbeat..tp nk msuk 12w..sorg tu hilg heartbeat..dia buat surat refer pkar..n pakar sahkn sorg x mmbesar krn mrk berebut mknn sbb kongsi uri segala..mrk kembar seiras..ksian..tp redha...nnt akn lahir sama..mudah2an yg sorg ni ok...

Min Aina Ila Aina said...

Nurul huda,
Tahniah dan takziah. Ada hikmahnya tu yang kita tak tahu. Memang biasa dengar kes kembar macam ni. Semoga yang seorang lagi akan lahir dan membesar dengan sihat.

Atie Musfirah said...

sy sdg bleeding skarang.hr keempat. risau jgk sbb g hosp seremban 2 hr lepas, dr kat kecemasan gtau ada risiko utk gugur. semalam jmpa dr pakar, scan transvaginal, dr kata xnampak heartbeat baby..lg 2 mggu kna g scan lg.. perasaan bercampur baur skarang.. mgkn Allah nk bg y terbaik.. doa jelah skarang.mmg kena bnyk rehat.. jalan pun mmg slow sgt. nak reduce darah yg keluar.. any advise utk sy x? suami skarang di serawak,, mujurlah ad kwn2 sepengajian yg byk support..

Min Aina Ila Aina said...

Bertenang ye Atie...serahkan pada Allah je dan bersangka baik dengan segala perancangan Allah. Saya doakan Atie dalam lindunganNya.

Anonymous said...

sy br balik Dari scan. doc kata baru 4 week ++ tp septtnya now dah 6weeks. xtau nak describe perasaan. pnh miscarriage sblm ni. now doc srh tggu lg 2 minggu. sayu rasa hati ni

Atie Musfirah said...

15 Jan lepas sy dah gugur.. a day afer bc blog ni.. xpelah.bkn rezki sy.. insyaallah ad rezki lain kali.

anonymous : xpe..insyaAllah baby awk selamat.doa bnyak2..kalau bkn rezki kita kali ni pun xpe,Allah buat baik dah semuanya. perancangan Dia kita xtau.. hari ni hari ke7 berpantang.gugur masa 11 week..sy doakan awk n baby selamat,insyaallah.banyakkan berehat..makan kena jaga.masam2 pun better elakkan dulu.

Sue said...

Sy mengandung anak ke4... 1st gugur 7weeks... dh ada 2 anak girl.. smlm bleeding then scan doc ckp kantung 'o'... cuak sekejap. Mcm2 perasaan dlm hati.. harap semua bjalan lancar sama ada 'dia' ada atau tidak... lg 2week jumpe o n g

Unknown said...

hye saya baru pegi scan dua hari lepas,,, mengikut pengiraan saya kandungan saya sudah 7 week 3 days,, tapi ble doc scan hanya nampak kantung kosong sahaja,, sedihnyer hati bukan kepalang,,,doc siap scan tvs lagi selepas scan kat abdomen xnampak,, tapi hanya nampak butiran kecil dalam sac tu,,, doctor amik darah saya nak cek hcg level saya,, this monday saya kene pegi lagi tok tau result darah hcg saya,,, bly sesape bagitau saya sape yg ade alami kehamilan macam nih,,, suami saya suruh tunggu sampai 3 bulan baru scan lagi.

Min Aina Ila Aina said...

Atie, takziah ye. Betul..redho sahaja penawar yang paling mujarab. Yakin dengan qadha' dan qadar Allah.

Suhaini, banyakkan doa..dan berserah pada Allah. Jangan stres, nanti lagi ada potensi untuk gugur. Macam saya mula-mula scan doc kata 0 tapi 2nd scan ada, cuma dah takde degupan jantung.

Normala, saya galakkan Puan ikut saranan doktor. Memang kita rasa berat hati, rasa berharap sangat telahan doktor tu salah. Tapi dengan teknologi hari ni, mudah untuk pastikan janin berkembang atau tak. Ambil je result, kalau rasa tak pasti boleh cari 2nd opinion di klinik / hospital lain. Kalau betul2 doktor kata janin tak berkembang atau kosong, eloklah jangan simpan lama-lama. Nanti mudarat badan dna kacau segala hormon.

Anonymous said...

sdh sgt.. tringt fst bby sy..kwain tr0s bunting pelamin.
6 minggu d0c dtec bby twin.
mase kandungn 9 wekk,sy jth,mgalami kegugurn.
esuk pg bg0n pg t0ilet,kuar bbynya,t0s refer ke h0spital..sdh sgt..maf kn ibu naka.xjage kamu dgn beak.
smpai skg xdpt lupe,trbyg mase bby kuar,mase tgah kncing kat tndas duduk..tp memg xrase skit mase dy kuar.
sy sel0k tangan ms0k jambn untk amek janin 2,sdh allah je taw..naluri ibu..xdpt tgk twin sy membsar dgn sempurna..tp sy redha,lama gak nk pulih.

lpas gugur,sy tr0s pgnet bli
skg kandungan dh 33 mingg
bermana lapan bulan 1 mingu usia kandungan sy..kali lbh lbh berhati2 dalm sume perkar
xsabr nk tgu kelahiran pertama nie..alhamdullah,thanx allah..time ksh en.suami

Unknown said...

Sedih sgt bc kisah akak..;-(

Unknown said...

7 minggu scan nampak kantung shj dan tiada denyutan.minggu lepas scan 6 minggu pun sama.kantung membesar ikut minggu.adakah normal?amat risau tetapi sy tetap berdoa.Allah bg rezeki pd saya dan suami.

Unknown said...

Assalamualaikum Mai..last wk akk positif pregnant after 8yrs waiting..anak ke3 umur 8 thn. Pregnant kali ini mmg x dijangka. Anak2 n husband happy...to bila pergi gynae di Annur last wk cuma ada kantung saja. Td pergi scan di Klinik ukm BANGI pun sama...kantung saja yg besar tp baby xde. Sedih Sgt sampai xde airmata nak keluar. Dr suruh tgu lagi. Hoping for a miracle for this baby. Ada sbb knp akak nak baby nie demi membawa suami kembali kpd akak dan anak2. So sad story utk diceritakan. Doa kan akak ya Mai.. Salam perkenalan dr akak.

Atie Musfirah said...

azrinaa idris n ainaa:InsyaAllah ada tu.. kena bnyak positif kak.bnykkan doa kak, Allah akan bg yg hamba Dia mampu.. sy ritu pun sgt berdebar bila scan xde heartbeat baby tp kita kna positif dgn Allah. Dia buat semua baik untuk kita..

Atie Musfirah said...

azrinaa idris n ainaa:InsyaAllah ada tu.. kena bnyak positif kak.bnykkan doa kak, Allah akan bg yg hamba Dia mampu.. sy ritu pun sgt berdebar bila scan xde heartbeat baby tp kita kna positif dgn Allah. Dia buat semua baik untuk kita..

Atie Musfirah said...

azrinaa idris n ainaa:InsyaAllah ada tu.. kena bnyak positif kak.bnykkan doa kak, Allah akan bg yg hamba Dia mampu.. sy ritu pun sgt berdebar bila scan xde heartbeat baby tp kita kna positif dgn Allah. Dia buat semua baik untuk kita..

Unknown said...

Cedih dgar cite akak...sy pon same..byak tmpat dah sy pergi scan semua kate baby sy xade heartbeat..pdhal sy dah 3 bulan..tp tiap kali sy scan dr ckap baru 6-7 mggu...cedey sgt..dah la ank first..n tiap kali sy keje or keluar berjalan (banyak pergerakan) msti akan keluar mcm keputihan tp colour coklat merah...apey tu??sy ingt bnde ni normal..tp bile scan x ade heartbeat sy risau tkot ade ape2 jadi..tambah2 lagi sy baru je mengandung anak pertama

Min Aina Ila Aina said...

amm clarisa, apa khabar sekarang?

Unknown said...

Assalammualaikum Pn,maaf saya disini saya nak berkongsi kisah saya.kes saya pulak kandungan dah mencecah 9 minggu tapi sejak2 nie saya mula kuar lendir Coklat.ia terjadi sejak saya bersama dengan suami saya ms kandungan saya baru 5 minggu lebih.darah sekejap pas tu tiada darah lagi.tapi bila pg jumpa Dr,Dr ckp keadaan baby masih ok.cm elakkan bersama dulu.jadi saya pun gept dulu.sminggu selepas tu mula kuar lendir Coklat mula kuar ye tidak sekerap sekarang.tapi bila baru2 nie awal raya.mula makin kerap lendir tu kuar walaupun tidak banyak tapi sikit tapi tiap2 hari kuar.kemudian saya pergi klinik panel husband saya tgk masa tu oerkembangan baby ok cuma Dr khuatir ape2 terjadi makanya Dr suh saya pergi hospital.baru 3 ari lepas saya pergi hospital.jumpa dengan Dr biasa dulu.Dr tu scan saya melalui bawah Mis V tapi bila Dr scan muka Dr tu agak kurang ok.dan dia bagi tau saya yang kandungan saya dah 9 minggu tapi kemusykilan disini jantung baby tak nampak.sepatutnya kalau 9 minggu dah boleh nampak.jantung saya berdegup laju dilema pun ada masa tu tak tau nak cakap ape.Dr cakap may be baby awak meninggal dalam rahim@kita tengok dulu dalam 2 minggu nie macam mana.mana tau perkembangan baby lambat mana tau dalam masa 2 minggu nie ada jantung.tapi sekiranya dalam tempoh nie ada bleeding
ke cepat2 datang hospital@masih tak ada bleeding jadi kita terpaksa cuciu untuk keluarkan baby awak.Allahhurabbi... lemah ye saya mendengar.tapi saya pun menjadi pelik sejak puasa yang ke 18 hari saya tengok alahan saya tiada.tapi saya ingatkan may be serial orang ber eza2 alahan ye@caranya.tapi saya tidak tahu pula jadi bergini.masih adakah harapan untuk baby saya hidup???Allah...

sekuntum bunga mawar said...

tahniah puan dpt ank lagi...setiap yg berlaku ada hikmahnya...hri ni sy juga alami nya..sepatutnya dh 6 mggu..upt positve..scan xnmpk kantung langsung...puas doktor tekan2 perut nk cari kantung tp xde..doktr refer hospitl utk scan dr vagina..tp sy takut...

sekuntum bunga mawar said...

tahniah puan dpt ank lagi...setiap yg berlaku ada hikmahnya...hri ni sy juga alami nya..sepatutnya dh 6 mggu..upt positve..scan xnmpk kantung langsung...puas doktor tekan2 perut nk cari kantung tp xde..doktr refer hospitl utk scan dr vagina..tp sy takut...

Unknown said...

Tq for sharing..blog walking dok risau ni dah few days ada spotting..baby sac nampak semakin membesar janin je mcm kecik..huhuhu..redho dgn segala kemungkinan

Min Aina Ila Aina said...

Terima kasih untuk pembaca yang berkongsi di sini, kerana sekurang-kurangnya kita saling tahu bahawa bukan kita saja yang diuji Tuhan dengan masalah serupa.

Cahaya mata itu rezeki, dan jika Allah beri maknanya memang itu rezeki kita, terbaik buat kita. Tapi jika Allah tarik, belum masanya untuk kita. Kita boleh ambil contoh Dato' Siti sebagai motivasikan?

Buat yang mengalami kehilangan yang sama macam saya sebelum ni, lapangkan dada ye. Yakinlah Allah hanya beri yang terbaik untuk kita. Cuma bergantung bagaimana kita menerimanya.

Unknown said...

Puan saya nak tnya. Ada tak ubat untuk kte keluarkan sendiri janin yg dah x develop tu?

Noor Shahumi Shahar said...

Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian..byk info yg sy perolehi krn sy jg disahkan mengalami BO selepas 3 kali keguguran. Dan BO kandungan yg gugur kali ke 4. Wbagaimanpun sy redha dgn ketentuan Allah krn yakin ada hikmah disebaliknya. Dah seminggu lbih sy bleeding menunggu kantung jatuh. Tp msih blum kluar lg..esok sy akn ke Azzahrah utk bt vagina test dan mgkin akan DnC. Risau pn ada..sbb takde penahblg Dnc. Doakan agar semua urusan selamat dan dipermudahkan..amiin

Unknown said...

saya warga indonesia,
baca kisah ini rasa pilu.
saya pun BO,sakit rasanya.
semoga kakak sehat selalu.