Sarapan Lempeng Lemak Manis yang Lembut


Assalamualaikum. 

Dah nak masuk time lunch baru nak update pasal sarapan. Takpela kan, bukan hari ni je nak sarapan. Dah tempek sini senang lain kali boleh rujuk sini je. Eh, lempeng tepung pun nak rujuk resepi ke? Haaa..jangan ingat semua orang boleh masak main campak-campak je tau. Macam saya, memanglah tau asas bahannya..tapi sejauh mana batter tu cair atau pekat tak berapa nak pasti sebab jarang-jarang buat. Kalau buat pun masa kat kampung.

Ok, sejujurnya setelah anak umur nak masuk 6 tahun ni lah kali pertama saya melempeng. Kalau kat kampung memang mak yang bancuh, dan bukan lempeng kosong macam ni..mak suka lempeng kelapa. Saya tak pernah terfikir nak masak lempeng, selalunya cekodok pisang atau jemput-jemput bilis / udang je saya buat. Husband pulak rajin buat pancake stail modern. Alkisahnya kenapa saya melempeng pagi nii, malam tadi Sofiy tido awal dan tak sempat makan nasi. Tapi sebelum maghrib tu dia dah bantai biskut coklat ada la 10 keping kot + susu segelas penuh. Kenyang dahla tu. Yang jadi tido awal tu sebab masa mengaji dia kena marah dan kena piat telinga. Hahahaha..dah lama tak kena dengan umi, apa lagi hiba la hati. Tambah-tambah sejak umi pregnant ni memang dia manja teramat. Lepas mengaji dia dah naik katil, umi pujuk-pujuk sikit, dah mau senyum..dia pun lena.

Sebelum tido saya terfikir, apa nak bagi sarapan budak ni esok ye. Kebetulan roti putih Gardenia dah berkulat pulak dan terpaksa ditongsampahkan. Roti inti krim jagung husband dah habiskan. Cereal pun tinggal perasa yang Sofiy tak suka je. Si Sofiy ni, oat dia tak minat. Nak masak nasi..alahai malasnya nak bangun awal. Terus teringatkan lempeng. Godek-godek sikit resepi agak-agak dah faham..bahan pun ada, ok kira bolehlah buat esok!

Saya bangun terlewat jugak tadi sebab dah bangun pukul 5 pastu gatai tido balik. Padan muka. Lepas solat baru masuk dapur, mujur senang je nak buatnya. Saya ambil resepi daripada Mat Gebu, tapi saya tokok tambah dan adjust ikut suka saya..Mat buat versi masin rasanya, saya buat versi lemak manis masin. Hahaha. Sebabnya, mat ada sambal tumis nak cicah, saya punya eloklah buat yang boleh makan begitu saja ala-ala Gardenia...atau paling mudah cicah gula je sonang.

Ni resepi Mat Gebu..kita buh gambar sekali, gambar lempeng Mat memang la ala-ala hotel gitu.




BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
1/3 cawan susu cair 
2 cawan air
1/2 camca teh serbuk bawang (onion powder), optinal
Garam secukup rasa
Sambal tumis untuk mencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali garam dan sambal tumis. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa (che mat tak guna baking powder untuk resipi ini). Tapis dan rehatkan adunan sebentar...
  2. Panaskan non-stick pan (che mat guna pan saiz 9 inci), lenser dengan minyak makan. Tuang 1/3 cawan adunan lempeng, sendeng2kan pan, agak adunan merata. Bila permukaan lempeng nampak pucat dan tepinya renggang sedikit dari pan, terbalikkan dan masak sekejap lagi. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan..
  3. Hidangkan bersama sambal tumis atau apa saja yang anda suka. Banyak mana anda dapat bergantung pada saiz pan yang anda guna..

Lempeng Lemak Manis Versi MAIA:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur dipukul (tak kisah gred apa)
1/2 cawan bancuhan susu tepung Fernleaf, susu tepung dalam 2 scoop (ni kes takde susu cair) + 2 sudu kecil susu pekat manis
1 3/4 cawan air
1/2 camca kecil soda bikarbonat
Garam secukup rasa
Sapuan mentega sayur untuk lenser kuali

Cara, gaul dan tapis sama juga macam Mat Gebu, tapi untuk lempengnya saya suka buat tebal sikit dan kuning tua sikit berbanding Mat, cepat sikit kenyang. Haha. Bila makan panas-panas rasa rangup bahagian yang masak keemasan tu. 

Keluar je bilik air, Sofiy dah kata dia bau sedap. Apa komen Sofiy: "Sedap sangat la umi, nanti umi buat lagi tau!" Ok son, benda senang dan simple bila-bila pun boleh. Si ayah pun laju je mengadap walaupun lempeng dah sejuk. Lempeng ni memang lembut dan sedap dimakan begitu saja. Buat lagi nanti mungkin kena double kan kuantiti adunan la.

0 comments: