Gambar: ehsan utusan.com.my
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum buat semua pembaca Singgahsana MAIA.
Semalam berwhatsapp dengan seorang bakal pelanggan yang baru seminggu bersalin. Sebelum raya hari tu ada dia mesej, dah bersembang-sembang dah..masa tu dia belum bersalin lagi, sedang menunggu hari. Alhamdulillah, baby yang dinanti dah pun lahir. Tapi kena jaundis tinggi pulak sampai kena tukar darah. Jadi, si ibu ni tak sempat lagi nak berpantang, 3 hari di NICU tak dapat baring pun, katil penuh. Duduk di kerusi saja. Huhu...saya yang mendengar ni pun rasa letih dan sakitnya. Teringat pulak kisah saya berpantangkan Farhan tahun lepas. Memang tak sempat lagi nak kongsi di sini tentang bersalin, berpantang dan kisah-kisah Farhan. In sha Allah..akan update juga nanti.
Kali ni nak cerita sikit tentang bentan masa dalam pantang bersalin. Ni daripada pengalaman saya. Saya kena bentan ni masa dah hari ke-30 tau. Anak saya kedua-duanya G6PD Deficient, jadi memang wajiblah dok kat hospital (NICU) seminggu. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat walaupun saya bersalin kat Hosp Kajang yang takde kelas-kelas, semua kelas 3, takda aircond bagai, tapi Allah bagi saya rezeki wad NICU yang sangat selesa. Kenapa saya kata selesa, sebab masa bersalinkan Sofiy dulu kesnya sama la macam customer saya tu...takda katil. Tapi di Kajang walaupun masa di wad bersalin kena banyak bersabar dan bertabah, tapi wad NICU ada aircond, katil pun elok, ruang selesa, kemudahan air panas untuk minum dan mandi pun ada. Jadi, walaupun saya dok hospital seminggu tapi saya masih boleh bertahan...masih sihat dan cergas. Nanti saya cerita kisah bersalin dan berpantang di wad dalam entri yang lain ya.
Ok, macam mana boleh bentan? Ada beberapa penyebab bentan saya ni...tapi bila dah bergabung, maka tumbanglah saya. hihi. Macam ni, anak saya Farhan dilahirkan dengan masalah CTEV atau bahasa biasanya dipanggil Clubfoot. Kaki (bahagian tapak kaki) dia bengkok ke dalam. Dia bukan sakit dan bukan juga dikategorikan cacat, cuma kena rawat (manipulate) la supaya boleh dibetulkan.
Dalam masa sama macam saya kata kat atas tadi, dia G6PD deficient, dan juga kena prolonged jaundice. Jadinya, sejak balik dari hospital memang kena pegi check darah untuk kuning dia setiap hari. Setiap hari ulang klinik. Dah la kita dah seminggu kat wad tu badan tak terjaga, tak cukup rehat, balik pun masih kena ulang klinik. Tu cerita klinik. Hospital pun kena ulang juga, klinik refer hospital untuk check jaundis dia, dan nak rawat kaki dia tu. Sebaiknya baby CTEV dirawat secepat yang mungkin sebab segala urat dan tulang masih lembut lagi. Kaki dia disimen (cast) dari hujung jari kaki sampai la ke pangkal peha.
Setiap minggu cast tu kena tukar baru. Sebelum tukar, kena bukak siap-siap di rumah. Cara bukaknya, kena rendam dalam air dan bukak layer demi layer.
Dipendekkan cerita, masa hari ke-30 berpantang tu..ada appointment di hospital. Dua tempat, di Paeds dan di Ortopedik. Hari tu juga pertama kali bukak cast kaki Farhan. Ingatkan senang, rupanyaaaa..adoi seksa. Baby belum habis pantang, badan lembik lagi, saya pun belum kuat lagi, nak duduk pun masih kena kepit-kepit. Rendam dalam air memang melalak la kawan. Serius masa tu memang la kami stres sangat-sangat. Mujur suami yang bukakkan cast, saya cuma pegang Farhan je. Nak bukak sebelah kaki pun lama dengan dia meronta menangis. Habis bukak sebelah kaki, angkat dan saya terus susukan. Masa tu kain batik yang saya pakai habis lencun. Kemudian sambung pulak sebelah lagi. Dah bukak, pujuk dan susukan lagi. Tanpa saya sedar...saya dah gunakan tenaga lebih daripada sepatutnya masa pegang dia, duduk berlutut lama, main air lama sebab pegang dia dalam besen, dan pakai kain yang lencun tu agak lama jugak la sebab nak dapat bukak tu ambik masa lebih setengah jam. Ibukan, dah tak ingatkan diri sendiri sebab dok fikir anak je. Pengalaman pertama kot dengan baby clubfoot. Badan dah rasa sakit-sakit tapi pergi jugak la appointment di hospital. Mula-mula ke Ortopedik, kemudian jalan pulak ke Paeds. Selesai semua urusan dah pukul 1 petang, perut kosong sebab apa je makanan kat kantin yang boleh dimakan. Suami belikan roti je. Balik dari hospital, bergegas pulak ke klinik kesihatan, ada appointment cucuk si Farhan ni umur sebulan. Tak boleh tangguh kat nurse, kena ngam-ngam hari ke-30. Allahh..memang letih sangat. Rumah pulak apartment yang kena naik turun tangga.
Balik dari klinik dalam pukul 3-4 petang macam tu..saya dah rasa tak sedap badan. Rasa sengal-sengal dan seram sejuk. Alamak, aku demam pulak ni. Memang saya menangis masa tu sebab tak larat sangat. Baby tetap juga perlu dibelai dilayan dengan cast baru pasang pagi tadi, memang dia meragam la sebab tak selesa, kaki jadi berat, panas dan gatal merenyam kot kena kapur tu. Nak dukung dia pun, dah jadi ekstra berat sebab cast tu kalau baru pasang masih lembap dan berat. Ada la 1/2 kg berat cast sahaja, tambah berat anak lagi. Ingat-ingat balik memang ngeri. Saya tak ingat sama ada saya ada makan paracetamol ke tidak masa tu. Sebab demam dia bukan demam yang biasa, demam bentan ni lain sangat. Badan jadi sakit sangat, habis segala urat saraf tu rasa macam dicengkam. Paling teruk bahagian kaki, mungkin akibat pakai kain lencun. Naik malam, masih sakit tapi dah tak demam. Tapi esoknya bila tengahari je demam balik. Sah bentan! So saya pun mula la mencari penawar. Bila baca (google) memang ramai yang kata kena pantang balik semula 44 hari. Ramai jugak yang suruh berurut semula, ambil penawar daripada bidan. Tapi kat sini payah nak cari bidan Melayu yang arif bab-bab ni.
Akhirnya, tawakkaltu 'ala Allah...saya cuba beberapa ikhtiar untuk mengatasi masalah bentan ni:
1- Minum ubat periuk
Saya memang tak ambil herba sejak bersalin sebab baby kuning dan G6PD Deficient. Tapi bila dah kena bentan ni, terpaksalah. Kalau mak dah sakit, sapa pulak nak take care anak nantikan. Alhamdulillah juga masa checkup di Paeds tu doktor kata prolong jaundice ni bukan sebab G6PD Def dan dah boleh makan herba sikit-sikit try n error. Dan alhamdulillah juga ada ubat periuk brand Afiat yang saya beli masa berpantang keguguran sebelum tu tapi elok berbungkus lagi, tak makan sebab cuma keguguran saja. Mujur saya tak bagi kat orang lagi. Jadi tak perlulah saya nak order-order lain.
2- Bertungku
Yang ni memang wajiblah. Sejujurnya pantang kali ni saya tak dapat nak ikut rejim pantang betul-betul sebab macam dok keluar je hari-hari. Tiap-tiap hari tungku tapi tak dapat lebih 2x, kadang-kadang dapat sekali je. Dah kena bentan, saya kena disiplin lebih la bertungku. Buang segala angin, dan yang penting badan nak kena panas sebab bila kena bentan rasa sejuk sangat. Saya guna tungku batu, tapi dah tak de alas daun mengkudu dah time tu sebab dah hujung berpantang dah kan.
3- Makan telur ayam kampung
Petua ni saya dapat daripada ex- pengasuh Sofiy, yang juga pengasuh Farhan sekarang. Dia bagitau, masa dia kena bentan masa pantang keguguran, dia makan telur ayam kampung mentah selama 7 hari berturut-turut. Alhamdulillah jiran saya kampungnya dekat dan memang ayah dia ada jual telur ayam kampung. Saya makan 7 biji selama 7 pagi berturut. Makan mentah, saya tambah madu lebah.
4- Up vitamin B-Complex
Sepanjang mengandung dan berpantang, saya memang ambil set vitamin Shaklee. Alhamdulillah saya cergas dan sihat je sampailah insiden di atas. Tapi bila dah kena bentan, urat saraf dah rasa macam kena hack...saya ambil keputusan tambah dos vitamin B-Complex, iaitu vitamin saraf. Jadi, saya ikhtiarkan semua yang tradisional dan yang moden. Cuma urut je tak.
Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Dengan izin Allah, demam tengahari menyerang 3 hari sahaja. Itupun memang dah serik. Saya kebah daripada bentan, urat saraf kembali normal tapi saya memang limitkan pergerakan supaya badan betul-betul pulih. Alhamdulillah juga bentan saya ni attack urat saraf je dan bukan rahim. Kalau sampai tumpah darah..hohoho..nauzubillah. Orang panggil bentan urat macam saya kena ni.
Pengajarannya, masa dalam pantang ni kena ekstra hati-hati. Memang kita rasa macam sihat je, tapi badan masih fragile. Semua maklum, ibu kalau dengan anak terutama yang baru lahir, sanggup bertukar nyawa, tapi selagi boleh..jagalah diri. Bila dah sakit, anak ke mana kita ke mana. Huhu..kalau boleh takmau lagi merasa bentan ni. Mintak dilindungi Allah jika ada kelahiran akan datang lagi.

5 comments:
salam nk tnya,sy ni da bis pntg skrg da nk msuk 3bln,rsenye sy kne bentan urat besar,sbb tmit kki lutut sendi lengan skt yg tramat.plg skt tumit kki,ble dduk or baring klu nk bgun tu ya allah,hnya dia yg tau cmne sktnye,ble bgun dri kne jln bgkok.rse xnk bgun xnk jln lgsg.mgkn dsbbkn sy xbpntg lgsg dgn elok,sbb sy mnolong mak sy niaga mse bln pose aritu.skrg sy nk tau cmne cra mrwatnya,sbb da xthn sakit tumit n lutut.

Puan Fanisha, shafaakillah. Semoga Allah memberikan kesembuhan.
Sejujurnya, saya tak arif sangat tentang bentan. Yang saya cerita pun berdasarkan pengalaman. Pendapat saya, Puan pergi berjumpa dengan bidan yang arif tentang hal-hal bersalin dan rawatan dalaman terutama rahim. Dapatkan nasihat bidan, kalau perlu urut, urut. Kalau perlu makan ubat, makanlah. Anak kecik lagi tu, memang badan kita kena sihat.
Kalau masih tak ok, jumpa doktor pula dapatkan nasihat doktor ye. Semoga cepat sembuh.
Puan, nak tanya, baby saya juga ctev. Kalau baby tengah casting kan sampai peha, nurse bagi vaksin di mana ye? Terima kasih.
Assalamualaikum Puan Nadia, maaf lambat sikit balas. Masa anak saya dulu, walaupun sampai ke peha tapi tak lah sampai ke pangkal peha. Jadi masih ada sikit bahagian peha yang atas tu tak dibalut. Jadi nurse cucuk di kawasan tu je.Semoga membantu
Post a Comment