Siri Tips PhD: Tips Menulis Tesis Secara Efektif


Tips ini adalah copy & paste daripada perkongsian Dr. Azfahani.
Ada kawan saya tanya..macamana nak bg ada idea dan motivasi menulis dgn efektif utk siapkan phd..
Jadi saya share pengalaman saya di sini..maaf, ini based on my previous experience yg sgt la super-biasa..banding dgn kwn2 fb sy di sini ada yg dah prof, prof madya, Dr lg lama dari saya..jd, tips sy mungkin biasa shj. Saya harap jika ada rakan-rakan yg nk share kan juga experience mereka dipersilakan..moga post ini membantu semua yg sedang struggle ke arah menyiapkan tesis mereka.
Tips saya: 

1. Paksa diri buat appoinmnt dgn SV seminggu sekali bila dh tiba tempoh kritikal - dgn ini anda akan memaksa diri menulis dan menulis dlm keadaan terpaksa.

2. Wajib sebelum subuh (sekitar jam 3 - 5 pagi) terus start menulis..sebab masa tu memang idea dtg sgt baik..break sekejap utk solat subuh, selepas tu smbg balik menulis smpi pukul 7. Lepas tu stop. Sarapan..dan buatla apa2 aktiviti korang yg lain.

3. Waktu wajib menulis tu (3-5 pagi)..jgn pulak ko gatal main fb, layan drama korea, hindustan etc. Sebab tu korang tgk sy kuat main fb di waktu siang kn dulu2..tp sbnarnya sy dh pulun stay-up writing before tu..

4. Wajib menulis SETIAP hari. Walaupun seperenggan. Idea kena kasi ada momentum.

5. Kalau dah xde idea sgt, tulislah acknowledgement, tajuk chapter, buat appendix..prakata..cover depan..etc..asalkan menulis..
6. Minum kafein..x kisahlah kopi-o, kopi ais, mocha, neslo..-- kafein sgt bagus menggerakkan otak bg laju

7. Amik satu2 masa book bilik hotel atau motel atau chalet yg sunyi sepi tepi laut..ko buat kem writing ko sendiri..suh laki ko bwk ank2 pi swimming ke..memancing ke..hilang 3-4 jam jgn kacau..Tapi jgn pulak ko pun sama join diaorg..hehe..mmg idea datang..sebab environment berbeza..

8. Mulakan setiap penulisan dgn surah Nur ayat 35. Bg otak ko terang..

9. Pi holiday atau balik kg pun, bwk laptop...atau rekod idea (suara sendiri) kat smartphone -- bukan apa, takut terlupa. Jadi senang rujuk bila nk menulis kembali - especially pd kita yg dh agak-agak berusia..kelupaan itu tidak dapat dielakkan.

10. Jadikan semua cafe yg free wifi sebagai lokasi wajib..hehe..sambil minum sambil menulis. 

11. Jangan fikirkan yg anda tidak pandai menulis atau buntu atau takde idea -- yg harus anda tanamkan dalam otak adalah "tahun depan aku nak raya puas-puas tanpa bende phd ni semua.. " -- so ini sebagai motivasi nak bg siapkan penulisan.

Itulah dia..tips saya. Sekian

**********************************************************************************************
Saya simpan di sini untuk rujukan saya dan juga para pembaca sekalian. Semoga bermanfaat dan masing-masing dapat mengecapi kejayaan:)

1 comments:

'Iffah said...

salam ziarah ^^ saya mohon copy Tips ya .. huhhuuuu