SAKITNYA PUTUS CINTA!
Siapa pernah rasa? Hati rasa remuk redam! Pecah, hancur, dan terhempas berderai ke lantai dunia. Hidup rasa berantakan! Sungguh, orang luar yang memerhati tidak rasa, tetapi orang yang punya hati nan satu...rasa tertusuk. Senak. Tak keterlaluan, rasa takmau dah hidup.
Itulah sebahagian deskripsi apabila hati disakiti. Sakitnya putus cinta tak sama dengan sakit-sakit hati yang lain. Walaupun cinta itu milik semua manusia, namun yang sering dan sering merasa PUTUS CINTA tentu sahaja di awal usia remaja.
Allah...kalau tak kuat, PUTUS CINTA ini boleh membawa maut. Berapa ramai yang mengambil nyawa sendiri hanya kerana cinta. Berapa ramai pula yang hilang masa depan selepas terlerainya cinta dengan yang tersayang. Apatah lagi jika kita dikhianati. Bagi yang tengah study, kadang-kadang pointer yang cantik merudum nuuuun jauh ke dalam gaung sebab dah takda sumber inspirasi, belajar pun dah rasa tak seronok, rasa sunyi dan teringat-ingat pada yang seorang. Lagi masalah kalau sampai tak datang kelas, atau tak datang ambil exam. Kadang-kadang, insiden-insiden ni nak jadi time musim exam la pun. Saja nak kacau konsentrasi.
Namun, FAIZ IBRAHIM telah membuktikan bahawa PUTUS CINTA tidak buat beliau lemah. PUTUS CINTA malah membuatkan dia semakin kuat dan membina hidup yang lebih bermakna. Namun SAKIT TAK? Mestilah sakit!!! Tapi FAIZ tidak biar sakit itu membelenggu diri dan masa depannya. Beliau membuktikan bahawa DITINGGALKAN KEKASIH bukan pengakhiran kehidupan. Kerana ALLAH MAHA TAHU, ALLAH MAHA MENGATUR.
Inilah buku berjudul REINKARNASI tulisan Faiz Ibrahim, kiranya macam novel perjalanan kisah diri beliau sendiri. Memang best, jujur dari hati. Dengan gaya bahasa yang santai, maklumlah penulis lelakikan...tetapi mesejnya sampai terus ke hati. Saya yang dah umur 30-an ni sampai terdetik begini "Kenapalah buku ni takda dulu masa zaman aku remaja muda belia?" Masa menyaksikan ramai kawan-kawan yang suffer putus cinta. Bukan senang oiii nak bangkit kembali selepas punahnya hati. Hati kan ibu diri kita. Rosaknya hati, rosaklah jiwa dan jasad.
Oh ya? Siapakah Faiz Ibrahim ni? Sekarang beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Low profile namun sudah bertapak kukuh dalam nic beliau sendiri. Juga penulis yang semakin dikenali ramai menerusi buku REINKARNASI ini. Laris sangat buku ni tau. Itu tandanya ia sebuah buku yang bagus.
Jadi, buat adik-adik yang tengah PUTUS CINTA ke, ada kawan yang sedang frust menonggeng ke, atau ada adik-beradik yang alami situasi yang sama, ataupun anda ibu yang ada anak remaja, sesuai sangatlah dapatkan buku ini, hadiahkan buat mereka yang memerlukannya. Nasihat daripada mulut kita yang tak merasai benda yang sama, takkan sama dengan penulisan mereka yang senasib. Ia lebih meresap ke hati.
#reinkarnasi
#thefaizibrahim
#bukuonline
Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM, HLB, BKAK
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
0 comments:
Post a Comment