Pre-Order Buku Terbaru Ustazah Fatimah Syarha "Ustazah Nak Tanya Sikit"


Dulu masa di UIA, saya merupakan salah seorang pembaca novel yang ditulis oleh Fatimah Syarha ni, novel yang difotokopi dan dijilidkan di kedai fotostat biasa. Beliau memang berbakat. Dan bakatnya dilengkapkan pula dengan ilmu dan persekitarannya. Novel beliau yang awal-awal dulu bertajuk Tautan Hati pun saya baca, dan paling terkesan di hati saya waktu itu ialah betapa beliau menekankan SOLAT TAHAJUD dalam setiap latar masa yang diceritakan. Masa tu ilmu saya setakat tumit, (sekarang pun masih setakat itu juga), jadi sungguh saya tidak tahu betapa besarnya fadhilat solat sunat tahajud. Sambil baca, ada terdetik di hati "ish takkanlah dah tidur pukul 2 pagi pun masih juga nak bangun solat tahajud. Berapa jam je dapat tidur? Tak ke ngantuk?" Itulah kata-kata hati budak hingusan yang masih di universiti, yang hidup sekadar follow the flow. Buat yang wajib-wajib sahaja masa tu. Ya Allah, daku mohon keampunanMu atas kekhilafanku.

Okeh, ini buku terbaru buah tangan Ustazah yang kecil molek ni. Dulu nampak chubby sikit, sekarang lagi comel. Jom kenali latar belakang Ustazah ini dulu. Iyalah, inikan buku tentang hukum dan persoalannya, yang biasa menjadi tanda tanya kita semua yang cetek ilmu ini. Jadi, bila kita nak bertanya atau mendapatkan pandangan serta huraian pun, biarlah daripada orang yang pakar dalam bidangnya. Betulkan?


FATIMAH SYARHA BINTI HJ. MOHD NOORDIN (BA (hons) UIA, MA. UIA) dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu. Merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. Kemudian mengambil Ijazah Bacaan al-Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Kelulusan ‘Master’ di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh. Berpengalaman sebagai tenaga pengajar di Universiti Malaya di Jabatan Sains Gunaan dan Pengajian Islam. Beliau kini seorang penulis, Perunding Motivasi dan Pengarah Urusan di Syarikat Sebarkan Bahagia Resources. Sangat meminati bidang Fiqh wanita, cinta dan kekeluargaan. Aktif mengadakan forum, ceramah dan seminar di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara, syarikat-syarikat korporat, masjid-masjid, komuniti, sekolah-sekolah rendah dan juga menengah.

Jom tengok kandungan dan contoh penulisan dalam buku pulak:)







#bukufatimahsyarha
#ustazahfatimahsyarha
#ustazahnaktanyasikit
#soaljawabagama
#bukuonline
#sahabatattaqwa
#bukumaia
#bukuonline
#bukumotivasi



Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM, HLB, BKAK
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

0 comments: