In sha Allah, tak lama lagi berbondong-bondonglah ummat Islam yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah. Berbahagialah anda yang terpilih, kuatkan tekad dan azam untuk mendapatkan haji yang mabrur. Amiin.
Hujung minggu lepas saya dan suami (bawak Farhan sama) ke sebuah kursus yang diadakan di Ulu Yam, Dewan tempat kursus dan penginapan agak jauh, kena menapak naik bukit sikit. Kata suami "Baru macam ni kita dah mengeluh, kalau buat haji macam mana agaknya. Dah la panas, jauh, bersesak pulak tu. Allahu Akbar!"
Alhamdulillah, para jemaah dah dibekalkan dengan ilmu-ilmu tentang ibadah haji siap dengan demo dan trial dalam kursus haji perdana. Satu usaha yang sangat perlu dan bagus yang disediakan oleh Tabung Haji Malaysia. Namun demikian, pengalaman orang-orang yang telah pun menunaikan haji kita perlukan sebagai panduan sampingan. Dan kalau boleh, biarlah pengalaman itu daripada seseorang yang kta yakini bahawa ibadah haji yang beliau laksanakan memberi kesan positif dalam kehidupannya setelah menunaikan haji tersebut.
Pada saya, Prof Muhd Kamil ialah orang yang tepat. Beliau bukan sahaja berhijrah kepada satu dimensi kehidupan yang lebih baik setelah menjadi tetamu Allah, malah mampu juga menyampaikan dakwah kepada masyarakat, Bukan itu sahaja, ilmu beliau turut dikongsi melalui buku-buku tulisannya. Bonusnya lagi, Allag telah memakbulkan doa beliau untuk menjadi salah seorang penduduk Madinah apabila terpilih menjadi salah seorang tenaga pengajar Universiti Madinah. Sungguh dua tanah haram itu dekat di hati beliau.
Serius saya cakap, buku-buku tulisan Prof Kamil memang Super BEST! Bayangkan, saya ni belum lagi ada rasa desakan atau keinginan memuncak untuk menunaikan haji disebabkan saya sendiri belum ada pendapatan tetap. Tetapi saya beli juga buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman kerana buku tersebut jadi fenomena, dan bestseller. Saya menangis! dan terus menangis membaca buku tersebut. Ada sesuatu yang mengusik hati saya. Bermula dari situlah saya memasang niat dan azam untuk menjadi tetamu Allah di usia yang muda. Walaupun belum rezeki saya, namun niat itu tidak pernah padam. Semoga Allah lorongkan dan mudahkannya untuk saya dalam masa terdekat.
Buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman (RM29 / RM32 SS)
Buku ini bukan sahaja menceritakan pengalaman Prof di dua tanah haram tersebut, malah prof turut berkongsi tips bagaimana memudahkan perjalanan haji kita ketika di sana. Selain itu, ada juga peringatan-peringatan yang Prof titipkan agar kita sentiasa fokus kepada ibadah dan tidak terganggu dengan hal yang remeh-temeh yang mungkin mencacatkan haji kita. Prof juga berpengalaman tinggal di Madinah selama beberapa tahun, dengan berjemaah di Masjid Nabawi menjadi rutin beliau. Oleh itu, Madinah dan Mekah bukanlah asing pada beliau.
Fokus kepada ibadah haji boleh terganggu disebabkan oleh masalah-masalah kecil seperti masalah tandas, kesesakan melampau, dan suhu kepanasan yang tinggi. Ia kelihatan remeh, namun cabaran sebegini sangat mempengaruhi kualiti dan masa untuk beribadah secara optimum. Tip yang pada asalnya mahu menyelesaikan masalah beratur panjang semasa menggunakan tandas kelihatan tersangat kecil berbanding perkara-perkara rukun dan wajib haji, namun jika dilaksanakan secara bersungguh-sungguh, ia membawa perubahan yang besar dan memudahkan pelbagai urusan di tanah suci.
Buku Travelog Haji Mengusik Hati ni merupakan kompilasi 3 buah buku haji yang ditulis oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim. Buku-bukunya ialah:
1- Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman
2- Travelog Dakwah: Menanti Hari Esok
3- 50 Tips Motivasi Haji
Bagus sangatkan, dah dikumpul menjadi sebuah buku, bukan sahaja memudahkan malah lebih jimat.
Bagi yang bakal menunaikan haji tahun 2015 ini, masih sempat lagi dapatkan buku ini melalui kami. Kami boleh poskan terus ke alamat anda. Atau untuk anda yang sedang menunggu panggilan Tabung Haji untuk tahun-tahun berikutnya...tidak rugi anda membaca buku ini. Ia juga sebagai usaha untuk jiwa dan perasaan kita lebih dekat dengan RumahNya.
Harga buku Travelog Haji Mengusik Hati:
RM50 / RM53 (SS) + RM10 poslaju
Harga buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman (percuma vcd) :
RM29 / RM32 (SS) + RM 7 poslaju
#bukuprofkamil
#bukuhaji
#traveloghaji
#tipsmotivasihaji
#traveloghajimengusikhati
#bukuonline
Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM, HLB, BKAK
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
0 comments:
Post a Comment