Usah Iri, Kita Semua Kan Istimewa

Kita selalu melihat APA YANG ORANG LAIN ADA berbanding APA YANG KITA ADA. Jadi, kita tidak rasa seronok dengan diri kita kerana kita hanya nampak apa yang seronok pada diri orang lain.
Jika sesekali perasaan itu melintas, cuba kita renung diri kita sendiri. Ya, TUBUH BADAN KITA. Semalam di pejabat pos, buat saya insaf. Di depan saya seorang wanita yang obes, mungkin severely obes sehingga sukar untuk berjalan. Dalam masa yang sama saya nampak seorang mat saleh yang menghidap penyakit parkinson saya kira sebab nak tolak pintu dan ambil slip pos pun nampak tangannya menggeletar. Masa beratur ambik nombor, meluncur seorang lelaki yang tiada sebelah kaki, hanya mengengsot dengan punggung sahaja. Allah..betapa kita sempurna.
Lihat juga APA YANG KITA TELAH ADA, sebenarnya ramai lagi orang inginkan benda yang sama tapi belum ada rezeki. Mungkin kita sudah ada kerjaya sedang masih ramai menganggur. Mungkin kita sudah ada suami sedang ramai lagi yang tidak tahu siapakah Mr. Rightnya. Mungkin kita sudah ada anak-anak sedang ramai pasangan menjeruk rasa tiap kali ditanya tentang zuriat. Mungkin kita ada kemahiran memasak, menjahit, mengarang yang orang lain tak ada.
Kemudian fikir balik APA YANG KITA SEDANG USAHAKAN. Kita selalu cemburu dengan kejayaan orang lain, bisnes mereka, pangkat mereka, pendidikan mereka, populariti mereka, tetapi kita lupa dengan apa yang kita sendiri usahakan. Kita pun ada KEISTIMEWAAN. Mungkin apa yang sedang kita buat sekarang ini, ada orang lain juga teringin nak buat benda yang sama tetapi tidak berpeluang. Jadi, JOM KITA BUAT BETUL-BETUL apa yang sedang kita usahakan sekarang sehingga berjaya.
Itu tandanya KITA BERSYUKUR.
Setiap individu itu ISTIMEWA

#thepowerofsyukur
#21formulahidupluarbiasa

1 comments:

jida said...

bersyukur dgn apa yg kita ada..