Assalamualaikum, dan selemat pagi Isnin. Semoga para pembaca semua bersemangat dalam apa jua yang dilakukan pada hari ini. Sebenarnya ingat nak up entri ni semalam, tapi lepas isya' rasa sakit pulak di bahagian bawah perut. Tambah pulak dah letih dan ngantuk, maka kita rehatlah dulu. Suami dan Sofiy pun dah pakat tido, jeles jugak tengok diorang lena.
Alhamdulillah kandungan pun dah 29 minggu. Nurse dah tanya pasal beg hospital baru teringat. Sejak hari Jumaat lepas saya dah mula keluarkan kotak-kotak yang berisi barangan baby, Sofiy punya dulu la(of course bukan angkat sendiri, cik abang la tolong). Congak-congak, barang newborn tu dah lebih 5 tahun bersimpan. Lama dah kami takde baby kecil rupanya. Walaupun saya jenis simpan setempat-setempat ikut kategori macam baju satu kotak, mitten & booties satu beg, kasut-kasut satu kotak, peralatan breastpump dan botol satu kotak asing, tapi tetap jugak tercari-cari sebab dah ingat-ingat lupa. Bantal newborn ada sarung je, bantalnya entah ke mana agaknya tertinggal kat rumah pengasuh. Bantal apitnya ada, sarung tilam ada, tilamnya takde, pun rasanya tinggal kat rumah pengasuh sebab tilam tu dah lunyai. Sebab tulah sebelum keluar shopping barang baby yang baru, kita kena check dulu barang yang dah sedia ada. Macam barut baby, saya ingat ada sikit je rupanya dah cukup dah. Mujur tak order online lagi. Jadi, semua yang perlu (barang keperluan newborn) dah selamat dibasuh. Baju-baju saiz 6 bulan ke atas saya tak keluarkan lagi, taknak menyemak sebab rumah kami kecik. Sofiy dulu baju 0-6 bulan tu sampai umur setahun pun muat lagi. Kena stop dulu...Nanti sambung na.
Update
Wah, seminggu terbengkalai entri ni. Entah apa yang disibukkan ye. Ahad lepas kami dah pun keluar shopping baju dan keperluan baby serta uminya masa bersalin dan berpantang. Sofiy sangat teruja nak shopping barang baby. Troley langsung tak bagi umi pegang, dia yang nak tolak sana sini. Besar dah Sofiy, nak jadi abang dah kan. Kali ni memang beli barang-barang yang betul-betul perlu je sebab dah tau keperluan sendiri hasil pengalaman yang lepas. Baju newborn beli sikit je, cukup untuk pakai masa di hospital. Yelah, adik pun mesti nak baju dia sendiri at least baju pertama dia..takkan semua nak pakai yang abang punyakan. Apa lagi ye yang dibeli? Bantal, sapu tangan, tuala, tisu basah, diapers, alas getah (changing mat), materniti pad untuk umi, kapas untuk cuci luka dan tali pusat, hanger. Senang kita tengok je gambar ni. Ada yang saya dah beli awal bila masa ke kedai dan terjumpa. Ada juga yang belum beli lagi. Tilam takde yang solo, semuanya satu set macam rugi pulak sebab bantal apit dan bantal tido dah banyak. Yang beli ni pun bantal karipap, senang kalau nak jalan-jalan bawak yang ni je. Kalau rajin umi cari tilam kat tempat lain ye dik, kalau tak kita guna comforter kat rumah tu je la. Saiz dan material tilam pun saya tak berapa puas hati, budak panjang sikit nanti dah tak muat. Material pun macam panas je.
Kali ni dah cerdik sikit, saya tak shopping kat kedai barangan bayi @ butik bayi macam masa anak pertama dulu. Saya dah survey barang-barang kat sana lebih mahal. Kali ni kami pergi pasaraya biasa je. Walaupun agak melilau sebab barang-barang tak dilonggok setempat, tapi berbaloi dari segi harga. Saya juga tak beli semua barang baby di sudut yang jual barangan baby. Contohnya tuala dan sapu tangan, kalau beli kat tempat barangan baby tu, harganya 2 kali ganda lebih mahal.
Ok, sekarang ni barang-barang ni semua kena dikategorikan ikut keperluan. Ada yang nak dimasukkan dalam beg labour room, ada yang nak bubuh dalam beg hospital (kegunaan di wad) dan ada yang nak ditinggal di rumah je. Saya belum pun lagi siapkan beg-beg itu walaupun semua dah basuh. Serius dah lupa masa saya siapkan beg hospital nak bersalinkan Sofiy dulu. Rasanya macam sekitar 7 bulan saya dah shopping, tapi masa siapkan beg memang hilang ingatan.hehe. Jadi, rasanya saya kena buat senarai la kat sini biar senang nak check dah cukup ke belum. Tulis kat kertas asyik hilang je. Jom kita tengok senarainya ikut kategori. Kalau rasa-rasa membantu untuk jadi panduan, boleh la guna senarai yang sama. Setahu saya ada beza keperluan yang disediakan di hospital kerajaan dan swasta.
BEG LABOUR ROOM (nanti dah siap kita up gambar ye)
- Buku rekod mengandung (buku pink)
- IC ibu
- baju NB (baju sahaja)
- tuala
- selimut bertopi
- diaper NB(1 keping)
- pad ibu (dulu hospital Serdang sediakan, tapi nak prepare juga)
- mitten (rasa macam tak perlu tapi nak bubuh juga)
- stokin ibu (pakai lepas bersalin)
- air zamzam dan kurma ( 1-2 biji pun cukup)
BEG HOSPITAL - WAD
Keperluan Bayi
- baju baby (agak-agak 2-3 hari, tak cukup nanti suami boleh bawakan)
- mitten & booties (sikit je sebab biasa tak pakai pun)
- topi baby
- lampin kain
- tisu basah ( 2 pek)
- sapu tangan (baby kerap muntah lepas menyusu)
- bedung dan barut (barut nak bawak sikit je sebab dulu tak pakai pun)
- diapers (bawak lebih sebab baby selalu kena salin, mungkin kena tahan lama kalau ada komplikasi)
- balm / minyak bayi (saya guna minyak Jerslin dan minyak zaitun)
- mandian bayi (kadang baby tak mandi pun)
- thermometer
- hand sanitizer
- pam susu dan milk storage (in case anak masuk NICU)
Keperluan Ibu
- pakaian ibu (pakai waktu balik)
- tudung
- materniti pad / pad biasa heavy flow
- toiletteries (berus gigi, ubat gigi, sabun - bawak yang travel size)
- getah rambut, sikat, bedak, deodorant
- minyak panas/ minyak angin ( saya guna minyak mustajab NR)
- vitamin / set berpantang (saya guna Set Berpantang Shaklee letak dalam pill box siap-siap)
- paracetamol ( in case demam)
- stokin (2-3 pasang)
- tuala
- hanger
- kapas
- telekung & sejadah ringan (guna kalau sebelum bersalin masuk wad dulu)
- kain batik
- surah yaasin, buku doa, tasbih digital
- handphone dan charger / power bank
- disposable panties / panties / nursing bra
- beg plastik ( untuk isi baju kotor)
- selipar tandas
- pen
Makanan / Kelengkapan Makanan
- termos
- air mineral
- cawan (saya guna shaker je)
- sudu garfu
- kurma
- air zamzam
- biskut 4 segi (beli travel pek / buh dalam tupperware)
- roti (ni boleh minta suami bawak kemudian)
- lauk berpantang yang kering ( ikan bilis goreng, lada hitam tumbuk dll yang sesuai)
- susu tepung / susu kotak / ESP / minuman coklat 3 in 1 / oat 3 in 1
- bekas makanan ( mana tahu nak tapaw sebab tak sempat makan)
Wah, banyaknya...macam nak berkampung pulak kat hospital ni. Tapi kalau tak bawak pun nanti perlu. Saya cadang nak bawak beg beroda yang ala-ala easybag budak sekolah tu tapi saiz besar sikit la. Kena adjust la nanti macam mana nak susun. Senang suami nanti tarik je, berat jugak nak mengusung beg tu nanti kalau tak beroda. Kalau rumah dekat, keperluan makanan tu boleh siapkan tapi tinggal dulu kat rumah nanti suami bawakan. Tapi macam saya, saya tak suka nak susahkan suami ulang tengok saya je. Lagi satu risau ada kes transfer hospital. Mudah-mudahan takde la macam tu, serik dah kena masa Sofiy dulu. Rumah pun tak la dekat baik dengan hospital Serdang, Putrajaya mahupun Kajang. Cadangnya, lepas hantar saya, kalau tak bersalin lagi tapi masuk wad..saya nak suruh dia balik dulu. Kesian kat Sofiy yang kena tinggal. Nanti dah dekat-dekat nak bersalin baru saya panggil. Tapi kalau memang dah terus masuk labour room pun alhamdulillah, tu tandanya sakit tak lama.
Ok, dah ada senarai ni...esok bolehla mula siapkan beg. Yang penting beg labour room. Ingat nak buh siap-siap dalam kereta. Senarai untuk barang-barang kat rumah kemudian saya update ye. Senarai kat atas ni pun kalau ada penambahan atau pengurangan saya akan edit balik nanti. Buat kawan-kawan yang seangkatan, selamat membuat persediaan untuk orang baru :-)