Ini merupakan perkongsian Ustaz dengan pembaca fanpage Mudahnya Menjemput Rezeki. Untuk update Ustaz yang terkini sila ramai-ramai ke sana.
AMALAN KHAS DAPAT JODOH ( ISTIGFAR )
Amalan beristigfar ini sengaja saya anggap "amalan khas" kerana walaupun ia ringkas dan mudah tapi memang jarang yang buat (dengan istiqamah ).
Amalan ini amalan orang-orang alim dan warak.
Amalan meminta ampun kepada Allah ini adalah amalan nabi kita . Tinggi amalan ini saudara...
Nabi manalah ada buat salah; tapi nabi minta ampun kepada Allah 100 kali sehari.
"Sesungguhnya hatiku tidak pernah lalai dari zikir kepada Allah, sesungguhnya Aku beristighfar seratus kali dalam sehari." (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)
*******************
Kita...?
Ehem....buat salah itu kadang-kadang sengaja; kadang-kadang tidak sengaja. Jadi lebih baiklah minta ampun hari-hari kepada Allah. Selamat....
Rasulullah SAW bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.” ( HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah .
*******************
Jodoh adalah rezeki. Maka dengan amalan istigfar ini , harap-harap tidak tertahanlah jodoh kita dek salah-silap yang barangkali kita tidak sengaja buat.
Maka...kita istigfar sajalah hari-hari. Selamat....
********************
Tambahan pula Allah janji begini:
”Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Surah Nuh: 10-12).
Tengok....dengan istigfar saja, Allah janji tambah rezeki; masya-Allah..!
********************
Kemudian nabi pesan pula begini:
Rasulullah SAW bersabda,”Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
Masya-Allah! Ada peluang dapat jodoh tidak disangka-sangka saudara...
Tidak mustahil dapat jodoh di sini. Sesama pembaca/komuniti MMR.
Subhanallah!
********************
KESIMPULANNYA:
Kepada yang berazam mahu bernikah pada tahun ini (2014) ; maka perbanyakkanlah ISTIGFAR (Minta Ampun kepada Allah ). Pagi petang, siang dan malam.
Ya, kita buat sungguh-sungguh dan istiqamah. Tiada hari tanpa istigfar.
Kita istigfar 100 kali sebelum subuh. 100 kali sebelum Asar. Kalau tidak sempat. Lepas subuh dan lepas Asar juga boleh.
********************
Kemudian....bila rezeki jodoh itu sudah tiba. Mohon khabarkanlah berita gembira itu nanti kepada warga MMR.
Kami akan turut mendoakan saudara. Amin.
********************
Cara istigfar...? Mudah saja...
Taip " istigfar ' di youtube.
Pilih saja mana-mana lafaz istigfar yang kita suka dan selesa.
********************
TIADA HARI TANPA ISTIGFAR
*********************
CUBALAH... Insya-Allah jadi.
Copy & Paste dari page Mudahnya Menjemput Rezeki
0 comments:
Post a Comment