Sepanjang bulan puasa tempohari saya tengok ramai yang update status facebook tentang dijangkiti sakit mata. Ada juga yang kena sakit mata di hari raya. Sakit mata biasa atau konjunktivitis ni walaupun penyakit biasa yang tidak membahayakan, tetapi siapa-siapa yang kena rasa sangatlah tidak selesa. Tak ada orang yang suka kena sakit mata, dan siapa yang kena mesti nak cepat-cepat sembuh.
Saya pun salah seorang yang kena juga sakit mata di bulan puasa hari tu. Lama dah tak kena sakit mata ni, kalau tak silap saya last kena masa Sofiy masih lagi baby dalam umur 3-4 bulan macam tu. Kali ni kena sakit mata tak lain tak bukan sebab imun badan jadi rendah ketika mengandung. Cuaca pulak panas, ditambah dengan kurang air sebab puasa di siang hari. Mula-mula nak kena tu, saya minum madu lebah. Sebelum-sebelum ni pun memang saya ambil madu lebah, tapi sebab tak puasa jadi jumlah air yang diminum sepanjang hari tu cukup untuk menstabilkan panas badan dek sebab minum madu tu. Kali ni bulan puasa, mungkin badan saya tak tahan. Macam yang saya pernah cerita, badan saya sangat sensitif dengan makanan-makanan yang bersifat panas macam madu, habbatussawda', durian, halia dan seangkatan dengannya. Malam tu saya minum madu, esok paginya bangun tidurmasa nak sahur rasa pandangan dah mula kabur dan ada macam mukus (tahi mata), mata pun dah berair je. Tengok cermin, mata kiri dah merah menyala. Sah sakit mata ni. Kebetulan pulak saya memang nak ke klinik ada checkup, saya bagitau doktor tapi doktor kata macam tak sakit mata pun. Memang mata saya pagi-pagi tu je merah, tapi lepas tu macam ok cuma ada berair sikit-sikit je. Doktor bagi jugaklah ubat titis mata. Bangun esoknya, makin teruklah mata saya. Sampai dah tak boleh nak buka dah kelopak mata sebab tahi mata dah melekat, nak cuci mata dulu sebelum bersahur tu dah ambik masa. Saya cuci dengan tisu yang dibasahkan, bebola mata pun dah mula rasa sakit dan pedih. Sepanjang siang tu meleleh-leleh je la air mata. Siapa yang pernah kena sakit mata merah ni mesti tau rasa sakitnya macam mana. Paling sakit waktu kita tunduk, rasa macam nak terkeluar biji mata tu, tambah-tambah lagi masa sujud, kan? Saya sujud memang sekejap je la. Masa ni la rasa ruginya sebab amal ibadah terganggu, dah la bulan puasa tapi sakit yang nampak ringan ni sebenarnya mengekang keselesaan kita beribadah. Betul sangat, gunalah masa sihat sebelum sakit. (Masa tu juga saya kena batuk teruk yang menyebabkan solat saya selalu terhenti sebab terkucil).
Tak betah dengan keadaan macam tu, dengan badan tak sihat akibat batuk, puasa pulak, mengandung lagi, selepas buat pembacaan ringkas, saya tawakkal je ambil Shaklee Garlic Complex. Saya makan 1 biji je sebelum tidur memandangkan saya tengah mengandung. Kalau orang yang tak mengandung boleh ambil dos yang lebih lagi. Alhamdulillah, dengan izin Allah jua adanya, bangun esoknya mata saya dah tak merah dan rasa lega sangat. Mukus tu ada juga sikit-sikit tapi serius dah kurang sangat. Sakit pada bebola mata pun dah tak ada. Saya ambil selama 2 hari je sebab saya mengandung, jadi saya tak berani nak ambil Garlic secara berterusan.
Selang seminggu macam tu, mata kanan pulak kena. Kali ni pun saya ambil garlic sebiji untuk redakan sakit dan merah, kemudian ke klinik. Doktor bagi ubat titis untuk cuci mata (saline drop) dan ubat krim untuk sapu dalam mata. Tapi pharmacist tu mula-mula macam terkejut bila tengok nama ubat, tanya saya preggy berapa bulan dan kemudian jumpa doktor dulu untuk bincang pasal ubat yang diprescribe tu...siap pesan pakai seminima yang boleh dan kalau dah lega terus stop. Saya baca pamphlet yang disertakan dalam kotak dan jelas nyata ditulis "ibu mengandung sebaiknya elakkan menggunakan ubat ini". Maka saya ambil keputusan taknak guna ubat tu. Saya cuma bawak je balik kampung, in case sakit mata bertambah teruk di hari raya. Alhamdulillah, Garlic banyak menolong saya. Walaupun saya cuma ambil sebiji dua, tapi sangat-sangat mujarab.
Daripada pembacaan saya di internet, memang Garlic ni tak asing lagi sebagai remedi semulajadi merawat sakit mata / konjunktivitis / pink eye ni. Sebabnya, Garlic mempunyai allicin yang bertindak sebagai antibakteria dan antiviral yang sangat berkesan. Tapi, bukan bawang putih yang kita masukkan dalam masakan tu ye. Garlic yang mempunyai allicin ni ialah garlic atau bawang putih yang dimakan mentah sesegera mungkin selepas dipenyek atau dipecahkan sedikit. Lalu makan bawang putih mentah? Saya dah cuba, dan saya tak lalu! Bau dna rasanya memang saya tak tahan. Mujurlah ada Shaklee Garlic Complex, saya dapat khasiat yang sama tanpa susah-susah nak mamah bawang putih mentah. Shaklee Garlic Complex ni tak ada bau yang tak menyenangkan, baik masa kita telan tablet tu atau bau apabila kita bercakap atau sendawa. Sangat-sangat mudah.
Selain untuk masalah sakit mata, Garlic juga punya manfaat lain yang pelbagai. Antaranya, Garlic sangat sesuai untuk alahan kulit, resdung, jerawat akibat resdung, mudah selesema atau demam, bisul, jangkitan pundi kencing, jangkitan kuman, menstabilkan tekanan darah tinggi, merendahkan kolesterol dan juga membuang angin dalam badan. Pendek kata, Garlic ni boleh bertindak sebagai suplemen kecemasan yang mesti ada di rumah.
Garlic Shaklee RM 47.50
Mahukan Garlic Shaklee yang pelbagai guna? Hubungi saya melalui medium di bawah:
MAI (SID 918631)
SMS / WHATSAPP: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
0 comments:
Post a Comment