Selamat Pulang MH17 dan Semoga Bersemadi Dengan Tenang

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.


Semua rakyat Malaysia malah seantero dunia maklum dengan dua trageni yang menimpa penerbangan MAS khasnya dan penerbangan Malaysia amnya dalam tahun 2014 ini. Tragik dan misteri. Kedua-duanya masih belum dapat dirungkai. Selama ni, saya tidak pernah up entri dan jarang up status di facebook tentang kedua-dua tragedi ini. Tapi hari ni nak up juga secara ringkas, sebagai tanda penghormatan dan ingatan. Juga biar sejarah itu juga ada dicoret di blog ini.

Kedua-dua tragedi ni berlaku sepanjang saya mengandungkan zuriat kedua kami ini. MH370 lebih mudah saya ingat sebab masa hari kejadianlah saya mula mabuk-mabuk dan saya banyak tergolek kat sofa mengadap tv sekaligus mengikuti paparan-paparan berkaitan tragedi.

Berbalik kepada tragedi MH17, kami sekeluarga juga ikut bersimpati walaupun tidak mengenali mana-mana mangsa yang terlibat. Tambah-tambah lagi bila melihat gambar-gambar dan reaksi waris-waris mangsa terutamanya anak-anak yang kerinduan terhadap ibu bapa. Saya tak sampai hati nak letak gambar di sini, semoga Allah menringankan beban yang mereka tanggung dan memberi kekuatan kepada mereka, fizikal dan emosi.

Mangsa-mangsa MH17 yang Muslim khasnya, merupakan golongan yang terpilih. Walaupun peristiwa kehilangan mereka sangat tragis, namun pemergian mereka penuh penghormatan.



Mereka dijemput menemui Ilahi pada bulan Ramadhan yang mulia
Kematian mereka dikategorikan sebagai syahid
Kepulangan mereka ke tanah air pada bulan kemerdekaan
Kepulangan mereka pada hari Jumaat, dikebumikan pada hari Jumaat juga
Mereka diberikan penghormatan dunia dengan istiadat penghormatan yang pertama kali dilaksanakan di Malaysia,  mendapat penghormatan pihak tertinggi termasuk YDP Agong dan para menteri
Seluruh Malaysia berkabung pada hari kepulangan mereka
Seluruh Muslim di Malaysia mendoakan dan menyedekahkan Al-Fatihah buat mereka
Semua masjid di Malaysia melakukan solat jenazah ghaib buat mereka
Mereka disembahyangkan melebihi sekali, di Belanda, di Malaysia, malah ada yang disembahyangkan melebihi tiga kali
Rakyat Malaysia di Madinah juga melaksanakan solat jenazah ghaib buat mereka
Pusara mereka dikunjungi ramai


Moga tenanglah kalian di sana. Tiada lagi MH17 MAS untuk selamanya. 

Info: MH17 Amsterdam - Kuala Lumpur telah digantikan dengan MH19.

0 comments: