Assalamualaikum dan selamat malam.
Kali ni nak cerita tentang pengalaman pertama saya mengalami kontraksi palsu atau Braxton Hicks. Nama kemain lagikan. Saya dah pernah baca tentang BH ni masa mengandungkan anak pertama lagi. Tapi rezeki saya masa tu memang tak pernah kena. Bila dah mengandung kali ke-3 ni, barulah tahu bahawa sebenarnya mengandung kandungan pertama dulu adalah mudah bagi saya. Saya sihat walafiat sampailah ke hari bersalin. Sekadar sakit-sakit badan yang ringan, BP pernah tinggi tapi tak sampai kena makan ubat.
Ok, berbalik kepada cerita kontraksi palsu. Kejadian berlaku ngam ngam masuk 31 minggu. Saya tidur lewat malam tu, dok ralit berchatting dengan sepupu-sepupu di facebook. Tak silap saya pukul 1 lebih baru saya masuk tidur. Tupun tak terus lena. Dalam pukul 2.30 pagi saya terjaga dan rasa perut memulas sangat-sangat, macam nak buang air besar. Walaupun teramatlah mengantuk sebab baru je lena kan, gagah jugak bangun ke toilet. Tunggu punya tunggu takde apa pun yang keluar, tapi perut masih sakit. Saya baring semula di katil, cadangnya nak sambung tido la. Tapi sakit tu makin lama makin kuat, daripada rasa sakit perut dah rasa sakit kat pinggang macam senggugut tu. Saya pun dah mula mengerang, dah takleh nak duduk diam. Masa ni barulah teringatkan contraction, macam sama je apa yang saya rasa masa dalam labour room 5 tahun lebih yang lalu. Ah sudah, akau nak bersalin dah ke ni, Memanglah cuak dan suspen sangat-sangat sebabnya kandungan baru je masuk 31 minggukan. Dah tentu-tentu pramatang. Saya dok agak juga mungkin kontraksi palsu, tapi yang saya baca kontraksi palsu ni takdelah sakit sangat, cuma perut rasa mengeras je.
Saya pun baru teringat nak tengok jarak masa contraction. Rasa-rasa macam sakit tu takde surut naik, macam sama dan berterusan je. Perut memang rasa tegang yang amat-amat, macam nak pecah rasanya. Dan sakit tu sampai rasa nak muntah. Mulut memang dok sebut Allah, Allah sambil mengerang. Kejap guling kiri, kejap guling kanan, kejap duduk kejap baring. Saya cuba ikut tips salah seorang blogger yang saya dah tak ingat siapa, tiap kali sakit yang bersangatan saya akan dail kat telefon. Tujuan buat macam ni supaya kita senang nak tengok sela masa contraction tu. Cuak betul bila tengok sela masa tu amatlah rapat. Selang 3-5 minit je setiap satu. Tapi agaknya sebab saya memamg mengantuk sangat, dalam sela masa tu pun saya boleh terlena. Saya sempat dail 3 kali je sebab dah lama baru teringat nak tengok kekerapan contraction.
Ni lah 3 kali dail. Saya buh nama contact tu Contraction. Tengok, rapat-rapatkan jaraknya. Apa yang membuat saya yakin yang itu bukan contraction nak bersalin ialah contraction tu tak bermula dengan sela masa yang panjang dan makin lama makin rapat. Seingat saya masa Sofiy dulu, walaupun induce tapi sela masa tu teratur. Bermula dengan jarak sejam sekali dan makin lama makin rapat dan makin kuat. Masa kejadian ni, saya tak kejut pun suami sebab dia pun baru jugak lena. Saya fikir kalau kejut pun apa yang boleh dia tolong. Saya memang tak berniat nak ke hospital. Sakit contraction bukannya orang lain boleh tolong pun. Kalau picit dan urut boleh lega takpela jugakan. Kalau kat hospital boleh la diorang bagi ubat tahan sakit. Alhamdulillah kira-kira sejam ( 2-30 - 3.35 pagi) sakit tu hilang sendiri. Saya cuma zikir dan usap-usap perut je cakap dengan baby, bertenanglah. Sabar dulu, masih awal lagi nak keluar. Saya terus lena sampai ke pagi.
Bangun pagi esoknya saya memang rasa lesu sangat. Lesu sebab sakit campur tak cukup tidur agaknya. Badan dan sendi - sendi masih rasa sengal-sengal lagi agaknya akibat urat-urat tegang semalam. Saya cerita kat suami. Rupa-rupanya dia sedar, dan dia pun suspen tapi dia diam je. Sabo je la kan. Pagi tu dalam pukul 10.30 saya masuk tidur balik nak recharge badan. Bangun tu barulah rasa bertenaga balik.
Saya ada jugak tanya-tanya dengan kawan-kawan kat group whatsapp. Memang ada yang pernah kena macam ni. Diorang pun kena sekitar usia kandungan 30-31 minggu jugak. Samalah suspen macam saya jugak. Ada yang sampai menangis sebab sakit sangat. Diorang kata benda ni akan berulang. Hohoho..Ni yang cuak ni. Haa..lagi satu, menambah sebab saya cuak sangat semalam ialah..saya belum siapkan beg hospital. Toksah kata beg besar yang nak masuk wad tu, beg nak ke labour room pun saya belum siapkan. Esoknya cepat-cepat siapkan beg labour room..tapi..tapi..tapi..beg wad sampai sekarang belum siap. Taktaulah kenapa liat sangat nak kemas beg. Padahal barang boleh dikatakan ada semua dah. Mungkin sebab tak boleh nak masukkan semua lagi sebab ada barang yang memang dok guna hari-hari. Tak berbaloi pulak rasa nak nak beli serba baru semuakan.
Apapun, ini pengalaman berharga untuk saya. Bukan semua orang merasa false alarm ni. Kakak saya yang dah anak 4 pun tak pernah merasa. Kakak saya tu memang rezeki dia la mengandung dan bersalin mudah. Empat-empat anak dia normal, tak de alahan, takde kuning, sihat walafiat.
Oh ya, ada tips daripada kawan-kawan SID saya. Diorang memang berkali-kali ingatkan saya supaya tak missed ambil Ostematrix tambah-tambah di trimester ketiga ni. Mereka ada pengalaman bersalin tanpa sakit kontraksi yang melampau. Bersalin memanglah sakit, tapi Ostematrix ternyata banyak membantu sampaikan nurse pun gelak-gelak sebab tengok macam waktu contraction pun macam main-main. Kata nurse, bila badan kita cukup bekalan magnesium, kita akan rasa kurang kesakitan tu. Jadi, apa salahnya kita ikut saja tips yang baik tu. Lagipun ibu mengandung memang perlukan bekalan kalsium dan magnesium yang cukup bukan saja untuk ibu malah untuk bayi dalam kandungan. Lagi satu kebaikan Ostematrix untuk ibu mengandung ni, badan akan rasa ringan dan kurang lenguh-lenguh atau cramp masa tengah malam atau bangun pagi. Kemudian, sesi membuang pun lancar walaupun ibu mengandung ni memang sinonimlah dengan sembelit. Gabungan kalsium dan magnesiumlah yang mengelakkan sembelit tu berlaku.
Ostematrix
Harga Runcit: RM62 sebotol
Saya sentiasa berdoa mudah-mudahan bersalin di usia kandungan yang matang, dipermudahkan bersalin, dapat staf yang baik, dipermudahkan urusan hospital, wad, keselesaan, selamat ibu dan anak dan dapat keluar wad awal tanpa komplikasi. In sha Allah. Semua itu rezeki daripadaNya jua.
Kalau nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah ye.
Kalau nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah ye.
Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
5 comments:
sama dgn sy,skg pregnant 31 week,anak ketiga juga..now,tgh de contraction...sakit,xtaw nk buat ape..sebelum nii xpernah rasa mcm ni
Waaa.. seronok baca cerita sis... Baru saya tau ostematrix tu penting untuk membantu memudahkan kelahiran.... terima kasih... lepas ni saya xnak skip da oste sampai bersalin :)
Diana, terima kasih sudi singgah. Good luck ya.mohon dengan Allah banyak-banyak semoga dipermudahkan.
Terima kasih tips nak dial kontraksi tu hehe..skrg ni komen pun tgh sakit kat abdomen ni xtau tnda nk besalin ke ape ni 38w2D firstbaby katakan..
Alhamdulillah, walaupun dah 3 tahun entri ni tapi masih ada yang singgah. Sekarang ni dah ada aplikasi contraction counter di smartphone, jadi tak perlu dail-dail lagi macam yang saya buat kat atas ni. hehe.
In sha Allah, sekarang pun saya sedang menunggu hari...dan kali ni tak kena false alaram. Takat mengeras tu memang ada. Semoga semuanya lancar nanti, untuk saya dan untuk anda ibu-ibu di luar sana:)
Post a Comment