Sukan Tahunan PASTI Al-Faizin 2014

Assalamualaikum, salam hujung minggu.

Taktaulah kenapa saya ni sejak dari mula berblog lagi, walaupun asal tujuannya dulu nak update pasal anak tapi banyak kejadian-kejadian penting berkaitan anak tak pulak diabadikan di sini. Apa punya emak daaa...Ini cerita seminggu yang lepas. Ahad 7 /9 /2014.

Jadi hari ni nak update sikit pasal sukan tahunan PASTI, sekolah tadika tempat Sofiy belajar sekarang. Sofiy masuk PASTI ni sejak 2013 lagi masa umur dia 4 tahun. Dia duduk PASTI untuk sesi persekolahan pagi dan terus sampai ke daycare sebelah petang. Masa 4 tahun dulu pun Sofiy dah berpeluang masuk acara perbarisan dan sukan ni. Masa tu dia main 2 acara dan dua-dua tu dapat no-3, hadiahnya medal gangsa. Tapi masa tu tak ingat ada hadiah lain ke tak. Meh kita tengok gambar tahun lepas.




Tiap kali sukan jadi hitam anak umi


Tahun lepas ayah tak dapat datang tengok Sofiy sukan sebab ayah kerja. Tahun ni pulak, umi dan ayah patutnya join Klinik Usahawan Dr. Azizan, tapi terkena tarikh sama pulak dengan sukan PASTI ni. Terpaksalah umi ayah cancel, anak didahulukan. 

Tahun 2014 ni nampak macam ramai pulak budak-budaknya, mungkin pelajar PASTI dah bertambah agaknya. Sampai lebih kurang 7.30 pagi, anak-anak diberi sarapan dulu. Umi dengan ayah terjah kedai mamak je la. Perbarisan anak-anak PASTI bermula sekitar 8.30 pagi. Bagusla leader diorang yang baca ikran dan doa semua..lancar dan fasih. 


 Sofiy depan, kanan. Rumah kuning.

Ada 6 rumah sukan

Satu je yang saya tak berapa nak gembira dengan acara sukan PASTI ni, tahun lepas pun rasanya sama jugak. Mak bapak lain pun merungut. Ucapan perasmian lama sangat, dah terkeluar daripada agenda sukan benda-benda yang diucapkan. Mungkin pihak sekolah susah nak dapat platform untuk sampaikan perkembangan PASTI pada ibu bapa agaknya. Yang jadi tak bestnya kesian kat anak-anak yang beratur, berdiri pulak tu tengah padang. Mujur jugalah sukan kali ni cuaca agak redup berbanding tahun lepas. Tupun ada ada sorang kawan Sofiy yang tahan kencing sampai menggigil-gigil. Budak-budakkan, manalah dia pandai nak keluar barisan dan jumpa cikgu. Mujur cikgu nampak gelagat dia yang dah resah-gelisah. Lepas tu dia punya menangis taknak masuk acara sebab takut kalau nak terkencing. Jenuh mak dan kakak-kakaknya pujuk. Akhirnya bila nampak Sofiy dapat hadiah barulah dia ada motivasi nak main, Teringinkan hadiah. Kesian Muhammad @ Che Mat.

Ok, diringkaskan cerita..saya pun sebenarnya tak tahu berapa acara yang sepatutnya Sofiy masuk. Nak tanya cikgu tapi cikgu busy la sesangat mencari budak-budak yang berkeliaran, mengawal yang dah jumpa tu supaya tak hilang pulak. Mengelakkan Sofiy pun hilang jugak dan menyusahkan cikgu, saya teman je dia kat khemah murid-murid. 



 Bawah khemah, lepas perbarisan. Kesian anak-anak keletihan dan kehitaman


Beratur untuk acara pertama


Disebabkan Sofiy disiplin je dok bawah khemah, saya rasa dia asyik masuk acara je. Yang mana memang acara sebenar dan yang mana dia jadi ganti saya pun kurang pasti. Kurang bernasib baik tahun ni, walaupun Sofiy masuk banyak acara tapi hampir semuanya kalah teruk. Takde satu pun gold medal, Last acara yang memang umi tanya cikgu kot dia boleh ganti (umi yang kepingin medal sebenarnya), barulah dia dapat bawak balik silver medal, Jadilah..untuk kenangan. Semua yang masuk acara memang dapat hadiah, tapi hadiah-hadiah macam pencil case, buku, warna tu kejap je tahannya pastu hilang entah ke mana. 



 Dapat pun medal



Tahun ni jugak ada acara cabutan bertuah. hadiah-hadiahnya lumayan. Semua sekali 10 cabutan. Hadiah 1,2.3 dapat helikopter remote control. Berkesan jugak idea ni..sebab ramai jugaklah yang tunggu sampai habis acara. Kalau tidak, habis acara anak masing-masing, ibu bapa pun beredarlah. Semua acara termasuk acara ibu bapa dan guru tamat sekitar pukul 1 petang, macam dalam aturcara. Alhamdulillah penat tapi gembira bila anak gembira. Saya pun tak jangka yang dalam sarat pun saya larat ke hulu ke hilir. Bawak Sofiy pegi buang aur kecil kat barisan kedai sebelah (jauh jugaklah untuk makyong), kejap kejap pergi ambil air, kejap pergi beli makanan, khemah murid-murid kat kanan padang, teman dia sampai pasti dia masuk barisan team dia kat tengah padang, pastu sorak pulak kot sebelah kiri padang, pastu pusing pulak kat tempat dia ambik hadiah. Pusing tu je dah 5 kali sebab dia masuk 5 acara tak campur acara rebut gula-gula. Hehehe. Umi yang lebih semangat. Serius masa tu tak rasa letih walaupun beberapa minit je duduk. Agaknya orang yang tengok pun heran makyong ni aktif sangat.

Saya cuma amalkan Set Kehamilan Shaklee, iaitu Vitalea, B-Complex, Vita-C dan Ostematrix. Tambahan saya campur ESP bila saya minum susu. Petang tu pun balik rehat je tak tidur pun, siap layan customer datang pickup vitamin sampai ke malam. Alhamdulillah, Allah bagi pinjam kudrat ini di akhir-akhir kehamilan selepas morningsickness selama 6 bulan dan batuk teruk sebulan lebih. 


Kalau ada sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, atau nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah ye. Saya pengedar Shaklee yang sah.
Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.



0 comments: