Bagaimana Mempercepatkan Pengeluaran Susu Badan Selepas Bersalin

Alhamdulillah, dah 19 hari berpantang

Belum sempat nak update tentang cerita hari bersalin. Entri ni pun harapnya sempatlah siapkan. Si kecik yang bertuah tu tidur tak jerap pulak kebelakangan ni. Asyik terjaga je. Tapi sekali dia dah lena...jenuh nak kejut menyusu pulak.

Saya nak kongsi sedikit pengalaman bagaimana nak mempercepatkan pengeluaran susu badan sebaik sahaja selepas bersalin. Ramai ibu yang mengadu susu badan lambat keluar, stres malah sampai ada yang terpaksa memberikan susu formula atau hilang semangat untuk breastfeed baby yang baru dilahirkan. Ketahuilah sebanyak mana susu yang diperlukan oleh bayi baru lahir.


Sumber: www.ratuhati.com

Antara tips yang boleh dilakukan seawal kehamilan sehinggalah selepas melahirkan ialah:

1- Tekadkan azam untuk menyusukan bayi dengan susu badan sepenuhnya. Dapatkan ilmu yang cukup tentang penyusuan dan yakin dengan diri sendiri.

2- Pesan pada baby dalam kandungan bahawa anda nak susukan dia dengan susu badan anda, dan dia mesti pandai lekap dan menyusu dengan mamanya.

3- Kerap bersihkan puting payudara kerana kadang-kadang berlaku masalah liang susu tersumbat kerana lama tidak menyusukan. Apabila masuk trimester ketiga, puting payudara akan mula bersedia untuk proses penyusuan, anda akan dapati ada kuping-kuping yang tertanggal daripada puting dan sangat mudah dibersihkan, hanya lap dengan kain lembut yang dibasahkan. Ia tidak menyakitkan langsung.

4- Sebaik sahaja dilahirkan, minta anak anda diletakkan di dada anda, dan minta untuk susukan bayi anda dalam satu jam pertama selepas kelahiran. Hisapan bayi akan merangsang (stimulate) pengeluaran susu badan dengan lebih cepat.


8ml: Hasil perahan kolostrum pada hari ke-2 sebab doktor nak tau berapa banyak susu yang badan saya dapat hasilkan

5- Sebaik tiba di wad, berusahalah untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin. Pengeluaran kolostrum yang cepat dapat mengelakkan atau mengurangkan risiko jaundis.

6- Jangan berlapar. Seawal dalam labour room lagi saya sudah alas perut dengan kurma dan air zamzam sebaik sahaja melahirkan. Begitu juga apabila tiba di wad, pastikan anda bawa bekal yang cukup seperi susu, biskut atau roti. Kurma merupakan makanan penggalak susu yang sangat berkhasiat. Minum air secukupnya supaya badan tidak ternyahidrat.

7- Usahakan mendapat rehat dan tidur yang memadai. Semua maklum kerenah bayi baru lahir yang sering menangis dan meragam namun apabila bayi anda tidur, anda juga ambil peluang tersebut untuk tidur. Badan dan emosi yang stres membuatkan susu sukar untuk keluar. Tidur dan rehat merupakan penawarnya. Proses melahirkan sudha cukup meletihkan anda dan anda perlukan rehat selepas itu.

8- ESP (Soy Protein Isolate Powder) - minuman yang memang diakui ramai berdasarkan pengalaman masing-masing, sangat-sangat membantu mempercepatkan pengeluaran susu badan. Namun, pastikan anda bawa pam susu bersama ke hospital kerana dikhuatiri produksi susu badan anda melebihi keperluan si manja anda. Jadi, anda perlu pam supaya anda tidak kena bengkak susu!




9- Mandi dan minum air panas. Jika boleh, mandilah di bawah pancuran air panas. Minum minuman panas juga merangsang pengeluaran susu badan dengan lebih baik.

10- Jika bayi anda tidak mahu menyusu / bayi anda di tahan di wad NICU, pastikan anda pam sekerap 2 jam sekali atau lebih. Walaupun seakan tidak ada susu yang keluar namun teruskan juga mengepam kerana fungsinya ialah untuk merangsang pengeluaran susu. Apabila berlaku hisapan, otak anda akan memahami bahawa susu diperlukan dan memberi isyarat kepada payudara untuk mengeluarkan susu.


Hari ketiga: Alhamdulillah, 40ml melebihi keperluan. Dapatlah saya simpan kolostrum ni
Inipun saya tak pam habis, masih simpan untuk si manja direct feed.

In sha Allah, dengan usaha-usaha ini rezeki untuk anak kita akan ada. Ibu yang ingin menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya perlu kuat mental dan fizikal. Yakinlah dengan diri dan anak anda.



Ingin dapatkan produk Shaklee, atau mendaftar keahlian Shaklee, boleh hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah:

Puan Mai (SID 918631)

MAIA Natural Resources
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

3 comments:

Unknown said...

saya amalkan tips-tips di atas dan alhamdulillah anak ke dua saya terus pandai menyusu selepas dilahirkan. terima kasih pada nurse yang terus memberikan air milo sejurus selepas melahirkan.

MummyGojez said...

Salam sis..nk tny colostrum yg dipump tu sis bg mcm mana dekat bb ye? Guna kan picagari tu ke?

Min Aina Ila Aina said...

W'salam MummyGojez,

Masa di hospital saya bagi guna syringe/picagari. Tapi yang mana simpan dan bawak balik rumah, saya bekukan. Nanti bawak ke rumah pengasuh, minum guna botol.