Tips Menangani Sindrom Baby Blues atau Meroyan Sewaktu Pantang Bersalin

Tips Menangani Sindrom Baby Blues atau Meroyan Sewaktu Pantang Bersalin



Alhamdulillah hari ni dah hari ke-24 berpantang.

Hari ni nak berkongsi sedikit tips bagaimana menangani sindrom Baby Blues atau Murung Bayi. Ini bukan kenyataan daripada mana-mana pegawai atau pakar perubatan, hanyalah berdasarkan pengalaman sendiri. Sindrom ni tak sampai ke tahap meroyan atau kemurungan lagi sebenarnya, cuma ada simptom-simptom sahaja. Walaupun begitu, ibu-ibu perlu alert akan emosi mereka dan cuba mengawal serta menanganinya sesegera mungkin. Pernah tak dengar orang tua-tua pesan, masa dalam pantang jangan menangis. Ha..inilah dia, menangis boleh bawa kepada kemurungan yang lebih buruk.

Menurut Baby Center, sindrom Baby Blues ini adalah normal berlaku di kalangan ibu baru melahirkan. Ianya biasa berlaku pada hari ke-4 hingga hari ke-7 kelahiran. Biasanya, sindrom ini berlaku setelah ibu dan bayi discaj dari hospital. Baby blues ini dikatakan berlaku kemungkinan besar akibat perubahan hormon dalam tubuh si ibu. Hormon kehamilan telah berkurang dan kembali normal, manakala hormon penyusuan pula meningkat. Keletihan fizikal, tanggungjawab baru dan perubahan jadual kehidupan juga boleh menyumbang berlakunya masalah ini.

Saya juga mengalaminya, dalam kedua-dua kelahiran, anak pertama dan anak kedua. Saya tak mengalaminya semasa keguguran yang lepas, alhamdulillah. Kedua-dua anak saya mempunyai kekurangan G6PD dan perlu ditahan di wad NICU selama seminggu. Dalam tempoh tinggal atau berulang ke hospital itu, saya tak mengalami sindrom ni. Walaupun letih atau sakit, saya happy saja. Tapi ia berlaku bila saya dah balik ke rumah. Anak pertama, di rumah abang (saya berpantang di rumah abang saya sehingga hari ke-15. Manakala kelahiran kali ni, di rumah sendiri. Jadi pada saya lokasi di mana berpantang bukanlah menjadi faktornya.

Masa berpantang anak pertama, saya dijaga kakak ipar yang baik. Saya tak dibenarkan buat satu kerja pun. Duduk lepak belek anak saja dalam bilik. Tapi, saya tetap juga menangis. Saya rasa sedih. Malam-malam tentu saja tak dapat tidur lena sebab baby menangis. Masa tu saya ingat sebab jauh dengan suami kot. Tapi kali ni, saya berpantang suami yang jaga di rumah kami sendiri. Pun jadi jugak. Kali ni saya rasa sunyi. Selalunya terjadi masa waktu senja (maghrib). Kebetulan masa tu suami tak ada di rumah sebab berjemaah di masjid. Alhamdulillah, RASA ini tak berlarutan. Sebab saya tahu saya perlu kawal dan tanganinya sesegera dan seefektif mungkin. Meh nak kongsi cara saya menangani sindrom Baby Blues.

1- Pasang ayat Qur'an.

Saya pasang ayat Ruqyah sebaik saja hampir waktu Maghrib. Ini bagi mengelakkan sebarang gangguan kepada ibu mahupun bayi dan juga seisi rumah. Ibu dalam pantang sangat sensitif dan lemah semangat.

2- Elakkan suasana sunyi. 

Masa anak sulung, bilik yang disediakan untuk saya di tingkat 2. Saya rasa sunyi sangat jaga anak sensorang, suami pulak tak ada. Orang pantang kan tak dibenarkan turun naik tangga. Tapi sudahnya saya cakap kat kak ipar saya..saya nak turun jugak ke bawah sebab rasa sunyi dan boring sangat kat atas. Jadi, pagi-pagi lepas mandi saya turun, malam pulak baru saya naik. Barulah reda RASA tu. Hingar-bingar anak buah saya, dan dapat tengok TV adalah penawar yang mujarab. hehe. Masa anak kedua ni pun saya tak mahu sunyi-sunyi. Kalau rasa sunyi cepat-cepat saya on TV.

3- Berbuallah

Saya masih ingat masa lepas berpantang anak pertama, saya ke UKM. Macam orang kemaruk nak bersembang, saya pulun  bersembang dengan kakak kedai fotostat punyalah lama. Macam la kat rumah tak sembang dengan suamikan? Kali ni, keadaan lebih terkawal. Walaupun mungkin tak bersembang face to face, sekarang dah ada group Whatsapp, dah ada Facebook. Jadi saya taklah rasa keseorangan. Baby Blues ni, kita akan rasa sunyi dan keseorangan, macam terperangkap dalam dunia asing.

4- Elakkan konflik 

Elakkan sebarang konflik/ bertekak/ salah faham dengan sesiapa pun terutamanya orang yang bersama-sama dengan kita. Ini biasa berlaku dengan suami atau dengan mak mertua. Sebab tulah agaknya ramai yang taknak berpantang dengan ibu mertua. Dengan suami pulak, kalau boleh sebarang keputusna yang besar-besar misalnya nak berpantang di mana, siapa nak tolong sewaktu berpantang, dan sebagainya dah dibincangkan siap-siap sebelum bersalin supaya lepas bersalin dah takde yang nak memendam rasa baik isteri mahupun suami. Jangan tak tau, suami pun letih tau kalau jaga isteri berpantang, kena pulak ada anak-anak yang lebih besar.

5- Rehat Yang Cukup

Ibu lepas bersalin memang akan letih, letih dan sakit bersalin belum hilang, ditambah pulak dengan letih menjaga kerenah baby dalam hari yang macam-macam. Tak cukup tidur tu normal la kan? Belum lagi hal jaundisnya, tak mahu tidur, nak memerap, kembung perut, ataupun tidur tak lena. Badan yang letih akan memberi kesan kepada emosi yang mudah terganggu. Jadi, kalau tak cukup tidur malam, qadha'lah di siang hari. (orang yang tulis ni pandai tulis je, dia pun ambik peluang update blog masa anak tido.hahaha).

6- Makanan Berkhasiat

Tempoh pemulihan selepas bersalin bergantung pada penjagaan pemakanan, penjagaan tubuh badan dan emosi. Oleh itu, pemakanan seimbang dengan khasiat vitamin dan mineral yang lengkap adalah sangat penting. Berpantang makan menyebabkan banyak sumber makanan yang ibu berpantang tak boleh ambil terutamanya buah dan sayuran. Oleh itu, selain mempelbagaikan sumber protein seperti ikan, daging dan ayam penting bagi ibu-ibu baru bersalin mengambil vitamin yang lengkap. Saya menggunakan Set Bersalin Shaklee yang lengkap dengan Vita-lea (multivitamin), vitamin B-Complex, Vitamin C, Zinc, Ostematrix (Kalsium Magnesium), Omega Guard (Minyak Ikan) dan Protein Soya ESP

7- Sokongan Keluarga Terdekat

Dalam tempoh yang fragile dan sensitif ni, sokongan keluarga dan kenalan terdekat adalah sangat diperlukan. Jika berpantang bersama ibu atau mertua, bab jaga baby in sha Allah tak ada masalah. Nenek-nenek biasa excited nak kelek baby. Tapi...bab berpantang la pulak. Ibu-ibu bersalin mungkin harus elakkan rasa tertekan dalam mengikuti rejim berpantang. Kalau perlu berilah mereka sedikit kelonggaran yang tak memudaratkan. Kalau berpantang suami yang jaga, harap suami dapatlah tolong take turn jaga anak bila menangis (walaupun ramai dah sedia maklum orang lelaki ni alah bunyi tangisan budak), tolong salinkan diaper dan tolong mandikan baby. Rumah pun, janganlah dibiarkan macam tongkah pecah, stres isteri menengoknya tapi nak kemas tak boleh risau bentan. Sebaiknya, tanyalah isteri apa pertolongan yang dia perlukan. Jangan risau, para isteri ni jarang nak take advantage pada suami sendiri.


P/S: Entri ni asal siap je ni, in sha Allah saya polish di lain kali. Ni pun draf buat petang,malam baru dapat post.



Ingin dapatkan produk Shaklee, atau mendaftar keahlian Shaklee, boleh hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah:

Puan Mai (SID 918631)

MAIA Natural Resources
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

1 comments:

suhailey said...

Harap dipermudahkan ibu yang murubg tersebut.kesian kan.