Ditarbiah oleh anak

Pernah tak kita rasa dididik ataupun ditegur oleh anak sendiri, sama ada secara langsung atau secara tak langsung? Saya kerap menghadapinya, dan menyedari bahawa jiwa suci anak-anak itu adalah hadiah yang Allah berikan buat kita; melaksanakan amanah mendidiknya sekaligus mendidik diri kita sendiri, ataupun tindakan anak-anak yang lahir daripada jiwa yang suci itu menyedarkan kita akan kealpaan diri kita sendiri.
Contoh-contoh situasi yang berlaku antara saya, suami dan anak.

1#  Masa dalam pantang dan seterusnya selepas berpantang, saya kerap mengambil barang-barang yang letaknya rendah di lantai menggunakan kaki. Tujuannya adalah mengelakkan kerap membongkok kerana saya sentiasa mendukung anak. Kerap membongkok sambil mendukung bayi boleh membuatkan saya sakit belakang. Apa yang berlaku? Rupa-rupanya anak saya memerhati dan bila dia dah pandai menggunakan kaki, dia pulak yang gunakan kaki untuk macam-macam tujuan. Masa tulah baru saya sedar silapnya datang dari saya. Nak marahkan anak pun tak boleh, umi dia yang mengajar akhlak yang tak baik. Maka saya perbaiki diri sendiri, walaupun rasa malas sangat nak tekan suis sebab perlu membongkok, saya gagahkan juga. Alhamdulillah, tabiat guna kaki dah tak ada lagi pada anak saya.

2# Saya selalu membiarkan anak saya masuk ke bilik solat. Saya biar je dia main di sekeliling semasa saya solat. Selepas solat, saya pun baca Al-Qur'an. Sofiy memang suka tengok (kacau juga sikit-sikit) saya baca Al-Qur'an, kemudian bila dia baca buku dia sendiri, dia akan buat bunyi berlagu-lagu macam baca Al-Qur'an tu. Satu hari, lepas solat saya terus sidai telekung sebab nak cepat ke dapur untuk memasak. Tiba-tiba Sofiy bising-bising sambil tunjuk pada almari tempat saya simpan Al-Qur'an. Naik malu saya sebab berkali-kali dia tunjuk Al-Qur'an tu.

3# Surau agak dekat dengan rumah saya, jadi suara azan akan kedengaran walaupun sayup-sayup. telinga Sofiy memang telinga lintah kalau bab-bab azan ni. Maklumlah jiwanya masih suci murni, yang perlahan pun dengar sebab itu seruan Allah. Kita yang dewasa ni, dengar pun buat-buat atk dengar kot-kotnya.hehe. Sebaik dengarnya suara azan, Sofiy akan terus solat. Maksudnya dia akan terus angkat takbir dengan melaungkan "Allahuakbar" dan baut pergerakan solat macam rukuk dan sujud semua tu, tak kira di mana pun dia masa tu, kat dapur ke, kat depan tv ke. Kami umi dan ayah ni la yang malu...dah dengar azan dah tapi buat tak tahu saja. Baby yang tak wajib pun tahu bila azan tu kena solat. Yang tua-tua dan wajib ni pulak yang melambat-lambatkan solat. Kan dah kena tarbiyah dengan anak.

4# Masa mula-mula ajar Sofiy makan dulu, saya tekankan 'duduk' kalau nak makan. Alhamdulillah dia memang ingat pesan saya. Tapi bila anak menginjak besar ni, saya sendiri pulak yang lupa dengan pesan sendiri. Kadang-kadang bila dia mintak snek macam biskut atau roti, saya main bagi je. Lupa dah nak tunggu atau arahkan dia duduk. Tapi anak saya ni bagus, walaupun umi dia lupa tapi dia tak ambil kesempatan...hehe (baby mana reti ambik kesempatan kan). Kadang-kadang saya dah hulur biskut ke tangan dia, tup-tup tengok dia yang tak de. Eh, mana pulak budak ni. Oo...rupanya dia pergi duduk dulu...dan dia akan duduk di tempat yang sama dia makan. Sekarang saya tengah ajar dia makan di meja makan. Alhamdulillah, dia dah faham, kalau nak makan naik atas kerusi, selesai makan dia akan turun sendiri.

Setakat ni itu peristiwa-peristiwa yang saya ingat. Sebenarnya banyak lagi....

2 comments:

m-i-o said...

very-very true! tunggulah bila sofiy dah petah bercakap - uiii masa tu betul2 kena tarbiah la. hahaha!

ada satu hari mak duduk atas wooden storage - letaknya kat sebelah rak kasut - wooden storage tu tempat mak sorok barang2 yg myakitkan mata macam makanan ikan, gloves, tangguk ikan, filter ikan, dan apa2 je la barang2 kecik. sekali tu anak mak tegur -

"mama, jangan duduk atas sini. ghusak (rosak)nanti! duduk atas kosi (kerusi) sana"

amikkkkkk ko! :P

Min Aina Ila Aina said...

hahahaha...masa tu baru tau kita ni "cakap tak serupa bikin!"

Ni tengah nak mula ajar Sofiy Alif Ba Ta, dgn harapan nak dia pandai baca Qur'an dan boleh cepat hafal Qur'an....tapi uminya ayat lazim pun tak hafal semua lagi...huhu.