Salam sejahtera buat semua tetamu MAIA, di kesempatan ni saya nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Kareem. Ramadhan bukanlah bulan puasa semata-mata, tetapi bulan yang penuh barakah dan penuh dengan seribu satu peluang amal ibadah dan kebajikan. Marilah kita sama-sama merebutnya. Syukur kerana insyaAllah kita direzekikan sekali lagi menemui Ramadhan.
Ok, macam tajuk di atas. Saya selaku mak yang ada anak kecil yang dah boleh makan (bukan lagi menyusu susu ibu semata), kenalah fikir apa yang anak nak makan sepanjang masa kita berpuasa. Janganla pulak bila kita mak pak ni puasa, anak pun kita puasakan sekali. Kesian depa, belum wajib lagi tau. Dan juga, janganlah kerana kita puasa, anak kita makan apa yang ada saja. Memanglah kita makan apa yang ada, yang tak ada macam mana nak makan, ye dak? Maksud saya hal makan anak terabai sebab kita malas ke dapur. Lagi-lagi yang jenis tak tahan terliur tengok anak makan. hehehe. Ala, saya tau ibu-ibu tak macam tukan?
Seperti semua maklum, kita mula puasa hari Sabtu. Makanya kebanyakan mak pak bercuti pada hari tersebut. Kalau di bulan tak puasa, senang je kita boleh tala je ke mana-mana gerai yang banyak di tepi-tepi jalankan? Pilih aje nak apa, mihun goreng, nasi lemak, karipap, semua ada. Takpun terjah je kedai mamak "Roti canai satu!" Tapi di bulan Ramadhan mana nak dicari lagi kedai atau gerai pagi-pagi sepiie kan. Rajin ke mak-mak nak masak nasi goreng ke mi goreng untuk anak-anak sarapan? Kalau rajin saya memanglah tabik. Kalau anak ramai ok lagi. Tapi kalau ramai pun takkan semua tak puasa ye dak? Paling kurang pun yang 6 tahun ke bawah je la. Biasanya budak sekarang 7 tahun tu dah belajar puasa dah. ATAU....mak dia pun tak puasa! Hahaha...tahniah jugaklah dah cuti menyambut Ramadhan ni.hehe.
Jadi, saya terfikirlah apa nak disuap ke anak esok pagi. Baru fikir sarapan pagi je ni. Anak saya ni, kalau kat rumah sendiri nak makan sedap-sedap. Tapi kalau kat rumah pengasuh bekalkan aje roti gardenia inti krim jagung atau coklat yang harga 70sen tu dah ok. Ada 3 resepi sarapan sempoi yang saya terfikir buat masa ni. Sape-sape ada idea yang lebih bernas jangan segan untuk kongsi ye.
Gambar kredit kepada zuraydamohdraya.blogspot.com
(sebab saya belum masak maka saya takde gambar)
Senang je, rasanya semua yang dah jadi mak tau buat ni. Celup aje dalam telur, goreng. Nak sedap perasakan dulu telur tu, dan goreng dengan mentega.
2- Sandwich Telur
Google image
Telur lagi. Yang nipun senang dan sedap lagi berkhasiat. Nak simple, hancurkan aje telur rebus dan letak mayonis. Lebih rajin, tumis la bawang dulu, kemudian perasakan dengan lada dan apa yang anda suka, letak la timun dan tomato macam dalam gambar. Tapi kalau anak saya sah la timun dan tomato tu dibuangnya.
3- Sandwich Sardin
Kredit: soulflavour.blogspot.com
Yang ni pun sedap jugak. Lagi nak jimat kalau malam tu mak paknye bersahur sardin. So masaklah sardin dalam tin yang besar sikit ye ingat-ingat kat anak. hehe.
Nampaknya apa yang terlintas di fikiran saya hanya sarapan berasaskan roti. Kena cukup stok roti dan telur la nampaknya. Takpe, kalau agak-agak dah nak expired tu mak silalah kreatif buat puding roti untuk berbuka pulak. Nanti akan difikir pulak menu berasaskan bahan lain, mungkin spageti. Cereal pun ok juga kalau anak-anak kita tahan makan tu je. Anak saya macam tak cukup kalau cereal saje.huhu.
Ini menu sarapan saja, untuk makan tengahari anak saya biasanya nak sup. Dan dia suka sup sayur maka senanglah kerja mak dia. Untuk makan malam, haa mak mak kenalah sediakan jugak lauk yang tak pedas ye...jangan lupa anak kecil anda walaupun anak tak puasa. hehehe.
2 comments:
itu le pening gak nk pilih menu..biasa pepagi kalau sarapan belikan jek kimi nasi lemak takde sambal..tapi sekarang dh tak leh bli nasi lemak lagi :) ..tukar menu la jawabnya
Pagi2 lagi anak saya dah request nasi goreng.wakaka. Yang umi dia sedap berselimut balik.hehehe. Pujuk2 pagi ni makan roti butterscotch dgn susu je, tengahari karang baru buat nasi goreng. Nasi goreng bebudak simple je.
Post a Comment