Rasanya kita selalu dengar rungutan ala-ala ayat kat tajuk tu kan? Tiap-tiap tahun kecuali tahun pertama perkahwinan (baru lagi banyak lagi pilihan yang ada + excited nak bagi hadiah), inilah dilema saya. Tambah-tambahla tahun ni dah tahun ke-9. Hoho..dah nak satu dekad rupanya ye.
Dah banyak entri yang bagi cadangan hadiah untuk pasangan lelaki ni, dan para-para isteri semua kalau boleh dah taknak bagi hadiah yang stereotype aje macam wallet, talipinggang, jam, baju dan seluar dan yang seangkatan dengannya. Meh saya nak kongsi apa yang saya pernah bagi kat suami saya sepanjang 9 tahun ni. Tak ikut urutan ye, sebab tak ingat. Dan ada juga tahun-tahun yang takde hadiah. Kalau saya ingat lagi harganya saya letak, jadi bolehla sape-sape yang nak mencuba idea tu buat bajet.
WALLET- Ini tahun pertama. Saya ingat lagi, beli kat Sogo. Jenama Beverly Polo sebab kotak ada lagi dia simpan buat isi resit-resit. Harga RM70 ++ . Dia sangat suka dengan hadiah tu, sebab katanya dia jarang guna wallet yang mahal. Tambah pulak masa tu memang wallet dia dah usang la sangat-sangat. Tapi sayangnya, tak tahan lama la. Cepat rosak. Saya pernah belikan mak saya purse jenama Polo juga, pun sama cepat rosak.
PENDRIVE - Ha, pendrive apa kelas? hehe. Suami saya ni kerjanya bukan professional. Jadi dia kurang ambik tau hal-hal berkaitan komputer dan seangkatan dengannya, sampaila satu masa dia kena simpan dokumen-dokumen dalam pc dia tu. Ha gelabah la. Kena pulak masa tu dekat-dekat birthday dia, jadi saya pun bagi la satu pendrive yang 2Gb. Masa tu 2Gb tu dah besar dah. Lagipun nak simpan fail excel aje. Pada saya, biarlah benda tu tak seberapa tapi berguna dan dimanfaatkan. Tu lebih berbaloi daripada mahal tapi buat perhiasan saja, kecuali la benda tu memang perhiasan.
TUALA - Ini saya bagi masa saya buat degree lagi. Jadi, ongkos pun ala kadar saja. Ok la kan tuala tu pun saya beli yang elokla sikit. Tak kurangla daripada RM30. Sampai sekarang masih pakai lagi. Dia pun pernah bagi hadiah tuala masa birthday saya. Sekali dengan hadiah tuala tu saya buat candle light dinner di bawah cahaya lampu kat rumah kami.haha. Saya masak nasi ayam je.
KERETA CONTROL - Ini pun masa saya degree jugak, tapi dah tahun akhir. Saya selalu dengar dia cerita kisah sedih, masa kecik-kecik hidup susah nak dapat mainan pun payah. Jadi dia tak merasa la nak main kereta-kereta control ni. Maka saya belikanlah Ferrari merah menyala sebuah untuk dia. Kecik je kereta tu tapi siap dengan lampu semua cukup, power stereng lagi.keh keh keh. RM200 saya beli. Memula memangla asal pegi Putrajaya je bawak la main. Tapi bila dah sampai sana banyak pulak orang main kereta control yang lagi power yang stail isi-isi minyak tu kan. Saiznya pun besar. Udah dia segan pulak nak main sama. Kecik hati jugak masa tu tapi lantakla, janji dia suka masa terima hadiah tu. Memang dia sayang kereta tu, la ni dah ada anak pun dia tak bagi anak usik. Kesian tengok Sofiy dok menagih simpati ayah dia "Ayah, nak main kereta Abg Salleh". Faham ke kenapa dia buh nama kereta abg salleh? Sebab kereta tu merah, sama dengan kereta Exora si Salleh a.k.a Sally dalam Upin Ipin tu.hahaha.
SE*UAR KE*IK - Pun pernah bagi jugak. Dia suka jugak hadiah ni. Ini untuk pasangan yang dah kawin bolehlah ye. Yang belum jangan gatai-gatai kang ada yang naik gatai.
BANTAL PELUK / BOLSTER - Macam hadiah perempuan ek? Heheh. Ini kena tengok habit dan karakter pasangan masing-masing ye. Suami saya memang ada bantal peluk panjang tu, tapi sebab dah lama saya dah tong sampahkan. Sampaila dah ada baby, saya pun asyik berkepit dengan anak je sebab Sofiy memang kuat menyusu waktu malam. Kesian pulak kat cik abg. Maka saya terfikirla belikan dia bantal peluk baru buat pengganti diri ini. Cewah. Saya beli jenama Akemi, harga dalam RM60 macam tu la kot tak ingat sangat dah. Masa terima tu dia macam confuse sekejap. Agaknya pelik dengan hadiah tu. Tapi last-last dia jatuh cinta sama itu bantal, sampaila sekarang dok berebut aje dengan anak.
PEN - Ini hadiah standard la. Senang nak cari, senang nak balut, harga pun mampu beli. Saya beli kat kedai cenderamata universiti. Rupa-rupanya indah rupa dan harga saja. Dapatla jugak dia guna untuk beberapa bulan kot. Lepas tu dakwatnya macam putus-putus. Jadi sesapa yang cadang nak beli pen tu baik pergi kedai alat tulis la. Beli yang canggih-canggih sikit.
BELANJA MAKAN dan SERVIS PERCUMA- Ini la hadiah paling senang kalau takde hadiah dalam bentuk barang. Carilah kedai yang jarang-jarang kita sekeluarga pergi,kan. Saya belanja kat restoran nasi arab. Kek pun penah jugak. Servis tu pulak, saya buat kad birthday sendiri walaupun tak keratif mana, main print dan lekat saja. Saya cilok idea daripada drama Korea, My Fair Lady. Tapi saya ubahla. Ikut sukalah nak buh servis apa yang rasa-rasanya cik abg suka, dan yang penting kita mampula nak sediakan. Macam saya, saya offer servis pijak-pijak. Hahaha. Suami saya ni kalau setakat massage dengan tangan tak rasa katanya, dia lebih suka saya pijak.
Kira-kira dah ada 8 tu, maknanya 8 tahun kan. Agaknya yang takde hadiah tu anniversary kot. Entahla dah lupa, bercampur-campur agaknya. Apapun itulah sebahagian hadiah daripada saya untuk suami. Yang saya tak pernah berniat bak bagi kat dia; kereta (of course la, ingat jutawan ke?), minyak wangi sebab saya tau dia jenis setia pada satu-satu benda. Kenal dia dengan bau tu, sampai sekarang bau tu jugak. Nak tukar pun rasa tak syok la tu kan identiti suami kita. Lagipun minyak wangi ni kalau tak cuba sendiri oleh tuan badan, takut dah kena bau peluh jadi lain pulak. Baju / seluar. Pernah belikan saja-saja kat dia, tak dipakai. Saiz tak kena walaupun saiz sama, bila jenama lain jadi lain. Walau mahal pun, kalau dah bukan taste dia maka tidaklah. So cukuplah sekali. Baju seluar abang beli sendiri la ye. Handphone. Pun takkan belikan kot kat dia, sebab dia ada taste sendiri juga, so harga pun takdela murah-murah. Kecuali la saya memang ada duit baaaaaanyakkk sangat bolehla beli handphone yang paling canggih dan terhangat di pasaran. Jam tangan. Sebab dia peminat jam dan ada taste sendiri jugak. Kecuali saya heret dia ke kedai dan suruh dia pilih. Tapi takmo la, jam lelaki mahal weh.
Ni pulak ada beberapa benda yang saya terniat nak belikan, tapi belum ada rezeki.
Cincin- Teringin nak belikan tapi susahla pulak sebab kena ukur saiz cari. Dan taktau kat mana nak tempah cincin yang berkualti batunya.
Sijil SSP - Berniat je la, setakat ni hak sendiri pun belum ada lagi.
Deposit Haji di Tabung Haji - Last year memang berniat nak hadiahkan ni. Tapi keadaan telah menyebabkan duit simpanan saya menyusut terlalu banyak. Maka cancel.
Sponsor Vacation - Mungkin suatu hari nanti. Umrah ke.
30 Julai ni birthday dia...lalala...mula-mula ingat nak belanja makan je order pizza delivery ke kan. Tapi..last minute dicide nak belikan dia Al-Qur'an Digital Read Pen sempena Ramadhan sekali. Bendanya belum sampai ke tangan lagi, dah order hari Selasa harap sampaila sebelum birthday dia. Mudah-mudahan memberi manfaat.
Update Julai 2013
Sedar tak sedar dah hampir setahun saya tulis entri ni. Sekejap je masa berlalu. Julai ni...saya belum fikir lagi nak bagi hadiah apa. Makan-makan macam tak berapa sesuai sebab bulan puasa. Oh ye, sejak bergelar Shaklee Independet Distributor ni saya terfikir hadiahkan SUPLEMEN juga merupakan satu idea unik. Boleh bagi satu set iaitu Set Kesihatan Lelaki a.k.a Men's Vital Health Set.
Update Julai 2013
Sedar tak sedar dah hampir setahun saya tulis entri ni. Sekejap je masa berlalu. Julai ni...saya belum fikir lagi nak bagi hadiah apa. Makan-makan macam tak berapa sesuai sebab bulan puasa. Oh ye, sejak bergelar Shaklee Independet Distributor ni saya terfikir hadiahkan SUPLEMEN juga merupakan satu idea unik. Boleh bagi satu set iaitu Set Kesihatan Lelaki a.k.a Men's Vital Health Set.
Set yang dicadangkan untuk lelaki - dari kiri: Vivix, Advance Joint Health, Omega Guard, Vita-E Complex dan Zinc Complex
Tapi untuk saya, tak sesuai dah la nak buat hadiah birthday sebab dah memang banyak suplemen dia sejak saya aktif dengan Shaklee ni. Hmm..kena fikirkan idea lain nampaknya.
Berminat dengan suplemen Shaklee? Jangan segan hubungi saya:
MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
12 comments:
sama la kita..tgh pikir nak bagi hadiah ape..birthday apak kimi 27 julai..masak nk mencari present..tp rasa mcm nak bagi baju tidur lelaki jek..tp idea suar kecik tu menarik gak..blm pernah bagi lagi :) ..
wah wah..blh refer nnt bila dh kawin..so far x penah blikan pe pun kat tunang..haha.sbb high taste sgt..kte ni student mne la de duit byk nk bli brg2 branded..kte pun pakai org bg..x tau la dh kawin nnt cmne..igt nk msk je bg perut dia kedepan lg..
SS: Eh, 27 Julai kan esok? Ni kira hadiah ekspress la ni kan.
AA: Tu la orang taste tinggi ni rugi kan. Takpe, dia dah pilih tikah tu maknanya nilai tinggi la tu.hehe.
Saya pon tengah fikirkan hadiah birthday suami..ape yek?
salam..bestla entri sis..bole di jadikan idea utk hadiah yg tersyg nnt..tq..=)
Salam...lepas ni boleh cuba beri hadiah
Potret kayu...boleh google potret kayu...mmg eksklusif n rare :-)
Saya dah try potret kayu ..cuba lah..
Fb dia : UMIEMORY ...cantek !
Saya dah try potret kayu ..cuba lah..
Fb dia : UMIEMORY ...cantek !
Banyak juga ya idea hadiah hari jadi untuk suami ni.
saya ada pelbagai pilihan hadiah untuk suami
feel free to visit www.kedaihadiahonlineku.com
Assalamualaikum dan salam perkenalan.
Setiap tahun menjelang hari jadi suami, walaupun tak nak fikir akan fikir jugak apa nak bagi dekat suami. Saya buat parttime design cenderamata & hadiah tapi tak pernah fikir nak bagi barang yang kita jual dekat suami. hahahha..selalu dia akan fikir sendiri hadiah apa dia nak.
Feel free to visit my blog, http://yamanaimy.blogspot.my
Artikel ni bagus, dapat banyak info. Terima kasih! :D
- Ezbiz Online
- Carta Organisasi Syarikat
Post a Comment