SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN, MAI

Syukur kepada Allah atas segala nikmat pemberian-Nya, nikmat menjadi hamba-Nya, nikmat usia, nikmat rezeki, nikmat Islam dan iman, nikmat ilmu dan segala yang dinikmati sepanjang usia saya di dunia ini. Tahun ni, alhamdulillah ada sambutan sikit, ada hadiah, ada kek. Tahun lepas takde apa-apa sambutan di rumah, dengan kawan-kawan pun rasanya takde sebab masa tu saya keseorangan di lab. Dah tua-tua ni dah tak kisah pun bab hadiah, sambutan atau ucapan birthday. Kalau dulu-dulu kawan-kawan tak ingat, ade la jugak rasa hiba sikit. Tapi memang sentiasa ada orang ingat. Tambah-tambah sekarang facebook dah bagi reminder kan, jadi memang ramai la yang bagi ucapan. 


Coret di sini sebagai kenangan. Hadiah daripada suami. Suami saya ni memang suka jam, walaupun dia tahu isteri dia lagi suka barang kemas, tetap jam juga dibeli. Ye la, jam tak semahal barang kemaskan. Demand lelebih kang tak dapat apa-apa hadiah baru nganga. Sebenarnya jam ni bagi menggantikan jam di bawah ni yang dibeli sempena hari lahir juga, tapi tahun dah tak ingat. 2006 kalau tak silap. Dah rosak, banyak kali mati dah jam ni. Jenama macam best, tapi untuk jam memang tak tahan la jenama ni. 



Yang kat bawah ni pulak (belah kanan), dibeli sempena pertemuan pertama kami dulu. Elok lagi walaupun dah nak 10 tahun umurnya. Yang belah kiri tu saja-saja dia beli sebab ada sale. Kan, memang  peminat jam suami saya ni.


Kotak dah tak ada, pinjam bantal jam baru untuk posing

Sambut birthday di bulan puasa, kalau nak makan-makan semuanya kena buat sebelah malam la kan. Jimat jugak sebab takde maknanya nak makan banyak-banyak, perut cepat sebu dan masa makan pun pendek. Semalam suami beli kek, combine untuk birthday kami berdua (birthday dia 30hb Julai). Share hantar rumah kawan-kawan dan jiran. 


4 comments:

AA said...

happy birthday kak mai
alahai x dpt la nk makan sesama mcm sllu..hehe

atoyissan said...

slamat hari jadi..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..amin

Min Aina Ila Aina said...

Terima kasih AA dan SS,

Tikah, tunggu raya je la. Buka pose kat kolej ok ke. Nanti dah takde kereta macam mana.

AA said...

buka pose kat kolej? hehe boleh je..tp tu la dh x de kereta..