Alhamdulillah, mood saya sudah bertambah tenang, badan juga sudah melepasi tahap kritikal iaitu demam, sekarang tinggal selsema berbaki dan batuk macam nak datang melawat. Tapi saya banyak-banyakkan minum air dan makanan berkhasiat yang lain. Usaha, kalau sakit masih nak berpanjangan tu, semuanya kehendak Allah.
Hari ni baru saya baca emel yang saya subscribed daripada Puan Lina ibu kepada Adik Darwisya yang telah menghafal Al-Qur'an seawal 3 tahun. Mungkin ada di kalangan teman-teman juga telah melanggan emel daripada Puan Lina. Tapi di sini saya nak kongsikan dengan sesiapa yang belum kenal Darwisya atau tak berpeluang lagi menerima emel daripada Puan Lina.
Assalamualaikum Maizura,
Ada beberapa orang bertanya tentang apa jadual harian saya hingga saya, boleh mengajar anak saya dari mengaji, menghafal al Quran hinggalah ilmu-ilmu yang lain lainnya.
Idea untuk berkongsi jadual harian saya datang dari panggilan telefon dari seorang ibu yang menelefon saya pagi semalam. Berikut adalah perbualannya..
Puan : Assalamualaikum Puan, Tahniah Darwish keluar di TV9 dalam rancangan Pesan Atuk. Dia Baca surah al Mulk.. MasyaAllah lancarnya dia.. Emm.. boleh ke saya bercakap dengan puan sekarang ni? (Mungkin dia dengar bunyi bising di belakang saya)
Saya : Waalaikumussalam.. Alhamdulillah.. Saya tak tahu pun anak saya keluar TV. Saya tak sempat tengok mana-mana anak saya keluar TV kerana setiap kali mereka keluar, saya tiada di depan TV. Dari selepas subuh saya dah keluar rumah. Sekarang ni saya di luar bersarapan di luar je. (Kebetulan kali itu saya bersarapan dengan suami). Tak sempat nak sarapan dirumah tadi.
Puan : Puan saya ingin bertanya, apa jadual puan sehari-hari hingga puan ada masa untuk ajar anak?
Saya : Bukan susah puan. Jika kita mahu, kita boleh cari masa tu.. saya punya masa hanya waktu malam je. Maka waktu malam sahajalah saya mengajar mereka.
Puan : Puan bekerja ke?
Saya : Tak, saya tak bekerja. Saya berniaga sendiri. Lepas bercakap dengan puan ni saya akan berjumpa dengan supplier barangan, cari produk baru, buat pembelian dan kemudian ambil anak dari sekolah.
selepas dari itu topik tersebut dipendekkan kerana dia faham saya sedang bersarapan dan sedang mengejar waktu temujanji saya dengan supplier.
Intisarinya saya tidak bekerja.. tetapi saya banyaaaak kerja. Belum lagi balik untuk menguruskan keluarga lagi.. dan keluar balik untuk urusan lain. (perniagaan yang tidak berkaitan dengan IPN)
Sebenarnya semua orang sibuk. Masa selalu tidak cukup. Balik rumah dah penat, bagaimana nak ajar anak? Bagi saya untuk seorang yang menghargai masa perlu mengurus masa itu dengan sebaiknya. Tahu apa keutamaan. Mereka yang memikirkan nasib keluarga mereka untuk selamat di dunia dan di hari akhirat sahaja yang akan sanggup meluangkan sedikit masa sibuk dengan urusan dunia itu untuk mengajar anak mereka al Quran. Perkara yang perlu dititik beratkan dalam usaha kita mengejar masa:
1. Fizikal
Jangan gemuk. Gemuk adalah tanda kita selalu kalah dalam melawan nafsu (nafsu makan) dan mempunyai penyakit M.A.L.A.S. Rasulullah juga tidak mahu umatnya gemuk-gemuk. Saya memang ada alat timbang badan (weighing scale) untuk memeriksa berat badan saya sendiri. Saya agak weight conscious juga tau!
(Saya sudah lebih berat badan, maka saya kena turunkan lagi supaya tidak masuk kategori ini)
2. Stamina kita.
Pastikan kita tahu bagaimana cara pernafasan yang baik dan jadualkan diri untuk melakukan excercise. Untuk permulaan, excercise itu bagi yang tidak biasa akan rasakan ianya amat meletihkan tetapi cuba tetap lakukan dalam seminggu, InsyaAllah ia akan menjadikan anda bertenaga dan segar. Menjadi kewajipan untuk saya 'halau' anak-anak saya setiap petang untuk pergi keluar bermain . Walaupun dirumah juga mereka bermain tetapi diluar lebih banyak dalam bentuk fizikal seperti berlari dengan kawan-kawan dan sebagainya.. Biar mereka terbiasa untuk riadah seperti ini sehingga besar. Tubuh yang sihat, akan menghasilkan minda yang sihat.
(ya, saya juga cepat letih. kena control anak daripada tengok tv)
3. Makanan kita
Jaga pemakanan. Pastikan makanan dari halal dari sumber yang halal. Makanan yang dari sumber yang ragu atau tidak halal akan menyebabkan kita berat untuk melakukan kebaikkan seperti mengajar mengaji dan sebagainya. Juga kembali kepada sunnah. Saya tidak mahu kondem multivitamin yang di propoganda kan sebagai bagus, kerana saya tidak mengambilnya. Saya lebih mempercayai amalan Rasulullah s.a.w. daripada mempercayai multivitamin yang direka barat. Mungkin ada yang fikir saya ini kolot sedangkan bidang pengajian saya dahulu adalah Applied Science.
(saya makan makanan berkhasiat, makanan tambahan dan makanan sunnah-cuma tak konsisten. kena istiqamah ni)
3 Keutamaan (Prioritization)
Semua perkara dalam hidup kita penting tetapi pastikan yang mana lebih penting. Jangan keliru dalam meletakkan yang lebih penting itu. Contohnya.. Jika kita perlu mengajar anak waktu malam, dan selepas makan malam. Adakah membasuh pinggan yang berlambak disinki adalah lebih penting atau mengajar anak lebih penting? Jika kita memilih membasuh pinggan kerana tidak tahan melihatnya begitu maka selesai sahaja anak sudah tertidur. maka terlepaslah peluang untuk mengajar mereka. (Pantang saya adalah jika anak tidur, jangan kejutkan untuk mengaji, biar mereka tidur)
(mengaku mak dia yang selalu malas)
5. Matlamat
Wujudkan matlamat. Jangan jadikan keputusan akhir sabagai tanda ukur pencapaian kerana Allah tidak melihat hasil tetapi proses kita berusaha untuk mencapai hasil itu yang akan dikira. Berjaya atau tidak itu adalah perkara kedua. Allah akan memilih samada akan diberikan apa yang kita usahakan kepada anak kita itu atau tidak. Yang penting kita telah melakukan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan kepada kita. Ini dapat mengelakkan diri kita stress melihat pencapaian anak.
(kena perbetulkan persepsi. mudah rasa frust bila anak lambat pick up)
6. Fokus dan konsisten
Fokus, fokus dan fokus. Usaha yang fokus akan lebih memberi impak walaupun sedikit. Contohnya air setitik-setitik jatuh keatas batu secara konsisten, lama kelamaan ia akan meninggalkan lekuk berbanding air dilimpahkan dengan banyak di seluruh permukaan batu tersebut. Faham maksud saya?
(istiqamah)
7. Motivasi Diri (Self Motivation)
Setiap orang perlu mempunyai inspirasi. Cari sumber inspirasi anda sendiri. Adakah dia Ibu Sultan Muhammad Al Fateh untuk menjadikan anak hebat agamanya. Atau jika ibubapa memilih untuk anak hebat dalam bidang muzik adakah Ibu Vanessa Mae (pemain Violin terkenal) menjadi sumber inspirasikita? Samada cita-cita kita ingin menjadikan anak kita yang mana satu, semuanya perlu inspirasi dan motivasi.
Ini adalah sebahagian dari apa yang perlu dalam persediaan ibubapa sebelum mengajar anak mereka al Quran atau apa sahaja. Sudah sememangnya yang paling utama dalam senarai ini adalah memiliki ilmu mengajarnya dahulu. Jika ada alat-alatan untuk mengajar, tetapi tidak tahu menggunakannya, tidak kemana juga akhirnya. Untuk maklumat lanjut untuk ilmu mengajar al Quran pada anak, boleh layari http://darwishndarwisya.blogspot.com/ InsyaAllah semoga semua ibubapa bijak 'mendapatkan' masa untuk mengajar anak anak mereka.
(Amin)
Ikhlas dari,
Lina Karim
0 comments:
Post a Comment