Elak Sunburn Walau Naik Motor Dengan Vitamin E


Bulan Januari nanti genaplah setahun saya naik motor ke hulu ke hilir. Mula-mula dulu bonceng dengan husband, kemudian saya pulak tunggang sendiri. Mula-mula naik motor dulu punyela risau pasal sunburn. Tapi masa bonceng tu nyorok-nyorok la belakang husband. Keluar awal pagi, petang baru balik tunggu redup. Tapi kegelisahan saya tu tak dapat bendung masa nak test JPJ untuk ambik P motor. Saya berlatih banyak jam juga sebab nak bagi mahir. Saya ambik sesi latihan pertama, patutnya mula jam 8pagi. Tapi selalunya cikgu sekolah memandu tu datang lewat kadang-kadang dah pukul9 baru dia muncul maka, matahari pun dah mula nak terik. Masa tu pulak dah nak dekat bulan puasa so memang cuaca panas. Habis muka saya...terbakar gila-gila punye la. Dah la memang kulit gelap bertambah kelam la jadinya. Macam-macam saya buat masa tu, sebab selain kesan terbakar dan berbelak, kulit pun rasa pedih sangat. Pulak tu, naik segala mak nenek jerawat yang tak pernah-pernah naik selama ni. Kata kawan saya, kulit muka saya baru nak adjust sebab kena pencemaran udara dan juga terbakar dek matahari. 

Masa tu jenuh juga saya google kot ada orang yang kongsi apa protection yang mereka buat untuk jaga kulit walaupun mengunggang motosikal. Nan ado yang spesifik. Setelah mencari dan terus mencari...mula-mula tu rasa nak pasrah je, tapi disebabkan masalah kulit tu...saya ikhtiar juga. Maka saya pun cuba la krim SPF macam yang kat bawah (warna kelabu) tu. Ada banyak jenama di pasaran, pilih aje kat Guardian atau Watson tu bersusun. Saya pilih Biore, teksturnya sangat selesa dipakai, rasa macam tak pakai krim pun. Saya ambik yang SPF50 sebab memang terdedah kepada matahari agak lama.Kalau rajin cuba search  untuk kira berapa SPF yang kita perlu pakai untuk tempoh berapa lama terdedah kepada matahari. Kalau ada bajet lebih boleh je beli yang SPF 100 pun. Lepas sapu krim SPF ni saya tak pakai apa-apa krim lain sebab saya rasa tak selesa, muka cepat berpeluh. Terus tempek bedak je. Saya akan pastikan sapu krim ni bila-bila je nak keluar rumah kecuali malam.


Kemudian, saya consume vitamin E. Saya pilih vitamin E keluaran Shaklee, dikenali dengan nama Vita-E Complex kerana selain vitamin E, ada sekali dengan selenium dan grapeseed. Dulu vitamin E Shaklee warna oren, sekarang dah warna purple gelap sebab ada kandungan biji anggur tu. Khasiat vitamin E ni antara lain adalah untuk menentang radikal bebas di sekeliling kita. Dan sebagaimana semua maklum, vitamin E memang vitamin untuk kulit. Vitamin C pun saya ambil, walaupun pada asalnya adalah untuk pertahanan badan, tapi vitamin C juga bagus untuk pembinaan kolagen.

Kat bawah ni, krim yang baru sebulan lebih saya guna. Krim vitamin E jenama Cosmoderm. Boleh baca kat kotak tu manfaatnya. Alhamdulillah nampak kesannya pada saya sebab belak kat tepi pipi dah kurang, parut pun cepat hilang. Krim ni kalau tak silap saya ada sampai 3000 i.u. Yang saya guna ni 1000 i.u saja. Saya sapu di seluruh muka sebelum masuk tidur, dan kalau saya tak ke mana-mana saya sapu juga selepas mandi pagi. Kalau nak sapu minyak Vita-E Shaklee yang dipecahkan daripada kapsul pun boleh juga.


Disebabkan saya dah jatuh hati dengan produk Cosmoderm ni, skin care saya pun tukar ke Cosmoderm jugak. Mulanya saya ingat nak guna pencuci muka yang vitamin E juga, sama range dengan krim tu tapi disebabkan muka saya jenis berminyak, saya guna la yang range tea tree oil. Masih ada vitamin E 200 i.u. So far saya suka. Saya belum sempat nak belek-belek apa lagi yang ada di bawah produk Cosmoderm ni. Kalau tak silap saya Cosmoderm pun ada krim SPF. Belum tau lagi nak cuba ke tidak sebab dah selesa dengan Biore.  Mungkin boleh completekan set dengan toner pulak nanti. Oh ye, harga produk Cosmoderm adalah sangat mampu milik. Krim dan pencuci muka tu dalam belas-belas ringgit je kalau tak silap saya. Boleh search, Cosmoderm ada website rasmi.



Jadi, inilah serba sedikit tips penjagaan kulit muka daripada terbakar dek panahan cahaya matahari tatkala menunggang atau membonceng motosikal. Saya sangat takutkan jeragat, dan jeragat memang terhasil akibat terbakar oleh cahaya matahari. 

Bagi anda yang nak cuba Vita-E Complex Shaklee boleh hubungi saya melalui emel maizuraosman@yahoo.com atau sms 0123302067. 

0 comments: