Korean Drama Review: Ghost / Phantom


Ye, petang-petang sabtu yang dibasahi hujan renyai. Anak tido, emaknya mencari drama Korea yang sedap untuk dilayan sambil makan maggi cup (eh, tak diet dah ke?). Ada dua lagi judul dalam simpanan yang belum tengok, tapi dua-dua cerita zaman joseon. Belum ada mood nak tengok. Rasa nak tengok drama yang ringan-ringan je. Tetiba teringat tak review lagi drama yang baru lepas khatam; The King 2 Hearts dan Ghost. Review Ghost dulu la.


Drama ni memang dalam kategori genre action kegemaran saya. Drama ni lain sikit daripada biasa. Biasa drama action thriller ada geng samseng/penjenayah dan ada skuad elite/ perisik. Aksinya pulak mesti lawan-lawan tembak-tembak. Tapi drama ni berkisarkan jenayah siber. Walaupun masih polis vs penjenayah, tapi lawan tu lebih dalam bidang digital dan elektronik, melibatkan hacker dan juga cyber crime investigation squad. Sepanjang yang saya perasan, takde tembak-menembak atau lawan fizikal. Rasa macam ada lompong sikit sebab polis senang-senang je tangkap penjenayah, penjenayah tak lawan balik, polis pun acu je pistol tak pernah keluar peluru. Pada saya la, at least biarlah ada scene lawan-lawan sikit. Penjenayah tu biarlah ada pegang pistol, takkan main lari je bila polis datang kan.

Bunuh-membunuh memang ada la, sebab cerita ni pasal pembunuh. Tapi bunuh semua belakang tabir, sama ada baling ikut tingkap, letak racun, atau dibunuh oleh pembunuh upahan. Hero dan heroin pulak, pada saya so so aje. Ramai yang suka lakonan So Ji Sub dalam drama ni tapi bagi saya boleh la..muka dia macam orang yang sentiasa dirundung malang, tak de daya tarikan. Cuma bila ada scene dia hack atau tunjuk skill komputer dia tu nampak smart la. Heroin langsung la tak menonjol, tak gaya macam polis pun. Walaupun muka sweet, tapi body language dan penampilan serabai. Heroin yang kat tengah-tengah dalam gambar atas tu.

Ni  hero

Saya rasa drama ni ada perisa sikit sebab ada 'mad bull' ni. Dia nye lakonan pada saya bagus, mencuit hati dan ada roh sikit la. 


Secara keseluruhannya, saya bagi 3 bintang aje la kat drama ni. Ost pun tak sedap, pelakon so so, action takdak, cuma lebihnya adalah kelainan dalam jenayah dan jalan cerita. Jalan cerita ok, saya suka. Dan, bagi sesiapa yang nak tengok action romance ni bukan drama yang anda cari. No romance at all. Takde dating, takde kata cinta atau sayang, no kiss la of course. Mungkin jugak ni faktornya drama ni kurang perisa sebab tak bermain dengan perasaan. Bukanla saya hadap nak tengok kiss aih..cuma bila dalam satu-satu cerita tu tak melibatkan perasaan, kita tengok pun macam gitu je la. 

Apa moral yang saya dapat daripada cerita ni adalah COPY, iaitu apa saja data digital kita sila buat salinan. Tambah-tambah la yang penting. Lagi-lagi bila buat tesis ni kan. Dan yang kedua DON'T GIVE UP. Dalam cerita ni hero tak pernah give up untuk menangkap penjenayah tu walaupun baaaanyak kali gagal. Cuma, ending tak berapa umph walaupun penjenayah tu terhapus. Sebab apa..tengok la sendiri. Sorry, saya tak buh sinopsis, sila google untuk tau jalan cerita. Satu pesan saya, tengok drama ni tak la sampai mengantuk, dan tak juga rasa menyesal. Maknanya takde la teruk sangat kan.

Nota: Diet ke laut hari ni sebab tadi ayah Sofiy bawak balik durian. Larat nak tengok aje?