Sebelum menggoreng panjang lebar, saya nak tekankan di sini bahawa ini bukanlah ruangan kongsi pengalaman atau petua. Apa yang saya tulis adalah berdasarkan pemerhatian semata-mata. Saya hanyalah seorang isteri, ibu anak satu dan seorang pelajar. Saya menulis bukanlah untuk mengajar atau komplen rumahtangga orang lain, sekadar memberi pendapat dan panduan untuk diri sendiri, insyaAllah berhajat nak anak lebih daripada seorang.hihi.
Pernah tak korang masuk rumah yang kemas, bersih, teratur dan pernah tak masuk rumah yang berselerak, kotor dan huru-hara? Saya pernah. Bila masuk rumah yang kemas bersih tu saya pun mengharap saya akan boleh buat begitu dalam rumahtangga saya. Kalau saya masuk rumah yang satu lagi, saya berharap saya takkan jadi begitu satu hari nanti. Dalam masa yang sama saya dok fikir mengapa terjadi perbezaan yang ketara tu. Sebab tak semestinya rumah yang bersih kemas tu tak de anak-anak kecik, dan tak semestinya juga rumah yang sepah tu anak kecik berderet-deret. Jadi bila saya dah duduk dalam rumah tu, saya rasa saya dapat memikirkan beberapa faktor penyebab dan juga jalan penyelesaian yang boleh dipraktikkan.
1) Upah orang gaji atau maid hujung minggu
Pilihan ini untuk orang yang berkemampuan dan dua-dua (suami isteri) tak kisah adanya campur tangan orang lain dalam rumah. Suami saya bukan jenis ini, dia tak selesa ada orang lain atau hasil tangan orang lain.
2) Kerjasama suami
Apa yang saya perhatikan, rumah akan mudah bersepah jika suami jenis tak kisah. Kalau suami pun jenis di mana bukak seluar di situ londeh, tuala tak sidai, pinggan tak basuh, di mana makan minum di situ tinggal pinggan dan cawan, kasut tak susun...semua harapkan isteri yang buat. Masa berdua ok la lagi, tapi kalau dah berempat berlima berenam..tak menang tangan la isteri. Satu hal lagi, ayah tu menjadi contoh..apa ayah buat anak buat jugak..cawan ayah sebiji, cawan 6 orang anak 6 biji, pinggan ayah sebiji, pinggan 6 orang anak 6 biji...pastu isteri @ maknye pun terkangkang nak buat semua.Jadi, buat para isteri yang baru berumahtangga tu kalau boleh jangan manjakan sangat suami anda. Biarkan dia tolong sikit-sikit kerja rumah sejak dari awal perkahwinan supaya lepas-lepas dah ada anak nanti dia tak kekok membantu. Untuk kemaslahatan rumahtangga kita juga. Tak adalah nanti dia semak kepala tengok rumah berserabut lepas tu nak lepak di luar aje.
3) Elakkan bertangguh
Yang ni adalah apa yang mak-mak macam kita boleh upgrade diri sendiri. Apa yang saya perhatikan, bila bertangguh, maka banyakla kerja yang tak siap. Contohnya, lepas masak tangguh basuh segala periuk belanga blander lesung batu pisau sudip senduk, sama ada ditinggalkan atas dapur atau dalam sinki. Nanti lepas makan bertambah pulak dengan pinggan cawan sudu garfu X (kali) berapa kepala yang ada dalam rumah. Bila dah banyak mulalah rasa letihnya nak basuh semua tu. Tangguh lagi. Sebenarnya kalau kita amalkan untuk selesaikan kerja pada satu-satu masa, sebenarnya kita dah jimat banyak masa dan tenaga. Memangla basuh periuk kuali tu nampak berat sebab besar, tapi kalau buat sekejap je. Kalau tangguh pun nanti-nanti kena buat juga, ye tak. Sama juga kekdahnya dengan menguruskan pakaian. Bila agak-agak nak penuh bakul tu silalah basuh terus jangan tunggu malam karang atau esok. Macam tu juga dengan pakaian di ampaian. Dah kering je terus angkat, daaaaannnn LIPAT! jangan angkat saja pastu renyukkan dalam bakul lain pulak. Kan dah jadi dua bakul pakaian tak terurus tu, satu bakul baju kotor dan satu bakul baju bersih. Lagi teruk kalau renyukkan dalam almari atau atas katil, kemudian datang anak atau ayahnya lenjan pulak atas baju-baju tu. Bila agaknya nak lipat tu ye. Percayalah kalau kita terus je lipat sebaik saja angkat, tak sampai 10 minit pun kain selonggok tu. Dah lipat....terus SIMPAN! Jangan biar je tersusun gitu, karang anak sepahkan sesia je masa dan tenaga melipat tu.
4) Tetapkan rutin
Ini kerap kali suami saya tekankan, dan kerap kali juga saya tak buat. hehe. Tetapkan rutin dalam hidup dan tugasan kita. Pendek kata, time management kena mantap. Tapi saya selalunya main congak-congak. Contohnya kalau agak-agak pagi tu nak masak menu yang susah sikit, nak kena defroze bahan basah ke, saya bangun awal. Tapi kalau agak-agak nak masak campak-campak aje set jam lewat sikit. Sila jangan tiru saya kalau anda nak jadi ibu dan isteri yang berdisiplin, sekaligus anak-anak yang berdisiplin jugak. Tetapkan rutin, dan patuhi jadual yang kita buat tu. Misalnya, kita bangun sekian-sekian waktu, solat sunat, kemudian buat apa-apa kerja rumah yang patut. Ada orang suka basuh baju waktu pagi sebelum pergi kerja, ada orang kena masak bekal suami dan anak, ada orang kena masak breakfast dan lauk lunch. Terpulanglah kepada agenda hidup masing-masing.
Pukul berapa nak keluar ke tempat kerja..kalau boleh biar sama je jadual tu sebab itu memudahkan anak-anak juga set jadual mereka. Jangan disebabkan waktu kerja kita fleksible, kita bagi kelonggaran kat anak-anak. Kadang-kadang keluar pukul 8, kadang-kadang keluar dekat pukul 9, kadang-kadang nak awal pulak pukul 7 dah nak keluar sebab maknya ada meeting. Jadi anak-anak pun keliru. Kalau anak dah sekolah ok la mak yang kena ikut timetable anak.hehe.Kemudian, set masa hari apa nak gosok baju. Kalau boleh elakkan kumpul baju yang nak digosok sampai stok seminggu kalau kita dah ada anak berderet. Seminggu 3 kali atau 2 kali dah ok. Takdela sebeban nak kena gosok. Sama juga rutin-rutin lain termasuk vakum, mop, tukar cadar sarung bantal, cuci bilik air, dan tak lupa rutin mengajar anak-anak mengaji dan ulangkaji. Jangan biarkan anak take advantage atas kelemahan kita untuk menepati jadual waktu.
Pukul berapa nak keluar ke tempat kerja..kalau boleh biar sama je jadual tu sebab itu memudahkan anak-anak juga set jadual mereka. Jangan disebabkan waktu kerja kita fleksible, kita bagi kelonggaran kat anak-anak. Kadang-kadang keluar pukul 8, kadang-kadang keluar dekat pukul 9, kadang-kadang nak awal pulak pukul 7 dah nak keluar sebab maknya ada meeting. Jadi anak-anak pun keliru. Kalau anak dah sekolah ok la mak yang kena ikut timetable anak.hehe.Kemudian, set masa hari apa nak gosok baju. Kalau boleh elakkan kumpul baju yang nak digosok sampai stok seminggu kalau kita dah ada anak berderet. Seminggu 3 kali atau 2 kali dah ok. Takdela sebeban nak kena gosok. Sama juga rutin-rutin lain termasuk vakum, mop, tukar cadar sarung bantal, cuci bilik air, dan tak lupa rutin mengajar anak-anak mengaji dan ulangkaji. Jangan biarkan anak take advantage atas kelemahan kita untuk menepati jadual waktu.
Macam mana pulak kalau ada baby kecik? Mesti la lari-lari sikit timetable tu kan sebab baby kan meragam la, nak menyusu la... Pada saya, lari sikit tu ok, tapi jangan biasakan. Kalau jadual lari daripada jadual sebelum ada anak kecik, kita kena set jadual baru yang lebih sesuai.
5) Latih anak-anak dari kecil
Latih anak-anak dengan rutin, dan disiplin sejak kecil. Ini saaaaangat penting. Saya perhatikan ramai mak-mak yang akhirnya pasrah rumah bersepah sebab penangan anak-anak. Sebagai ibu dan bapa, kita kena latih mereka mengikut peringkat umur. Apa yang penting lagi adalah contoh teladan. Anak-anak ni meniru. Perkara paling simple, masuk rumah terus susun kasut di rak kasut. Nampak mudah, tapi ramai yang tak boleh buat. Sebabnya masa kecik-kecik tak ditekankan perkara yang nampak remeh tu. Nanti anak dah sekolah, dengan selipar dia sepah, kasut sekolah, stokin busuk pun semua kat depan pintu je. Lagi yang simple, bangun tidur terus lipat selimut dan susun bantal. At least bantal masing-masing. Haa..lagi satu kepantangan mak saya, lepas mandi tuala mesti sidai elok-elok jangan diperuk merata sampai masam dan bertahi lalat.
Saya tengok part disiplin dan kelemasan ni memang payah sikit nak ajar anak-anak especially anak lelaki. Kena tegas! Lepas makan dan minum, sekurang-kurangnya bawa pinggan mangkuk ke sinki. Bila dah besar sikit, basuhlah pinggan sendiri. Lepas basuh tangan, lap tangan pada kain lap dan bukan lap pada baju. Lepas main, kemas semula mainan. Benda-benda begini perlu dipesan sentiasa dan berkali-kali sampaila jadi habit pada anak. Iaitu cara hidup dia. Jangan anggap dia kecik maka kita biarkan aje dia..nanti bila dia dah terbiasa dengan cara hidup tak berdisiplin yang peningnya kita juga. Mudah-mudahan anak saya boleh kekalkan disiplinnya sampai besar.
Saya tengok part disiplin dan kelemasan ni memang payah sikit nak ajar anak-anak especially anak lelaki. Kena tegas! Lepas makan dan minum, sekurang-kurangnya bawa pinggan mangkuk ke sinki. Bila dah besar sikit, basuhlah pinggan sendiri. Lepas basuh tangan, lap tangan pada kain lap dan bukan lap pada baju. Lepas main, kemas semula mainan. Benda-benda begini perlu dipesan sentiasa dan berkali-kali sampaila jadi habit pada anak. Iaitu cara hidup dia. Jangan anggap dia kecik maka kita biarkan aje dia..nanti bila dia dah terbiasa dengan cara hidup tak berdisiplin yang peningnya kita juga. Mudah-mudahan anak saya boleh kekalkan disiplinnya sampai besar.
6) Kreatif untuk jimat masa
Yang ni saya belum aplikasikan sepenuhnya, masih belajar lagi. Ramai yang dah buat begini especially yang rajin memasak. Contohnya kisar bawang siap-siap, kisar cili siap-siap, buat sambal stok seminggu, buat stok ayam, dan macam-macam cara lagi untuk menjimatkan masa. Bab pakaian pun sama. Saya untung sebab pakaian suami dia yang tentukan sendiri dan uruskan sendiri. Saya tukang basuh aje.
7) Be organised
Hidup kena teratur. Serba-serbi. Yang ni susah sikit nak explain panjang-panjang. Setakat bagi contoh boleh la. Apa-apa aspek dalam hidup kita ni kena ada kategori. Jadi sebagai mak dan isteri, kita kena jadi organizer. Contohnya nak kelaskan pakaian dalam almari, nak kelaskan barang dapur, nak simpan dalam bekas apa. Almari ni nak letak apa, almari sana simpan apa, laci ni untuk apa, laci tu pulak nak letak apa. Semua tu kena ada kategori masing-masing supaya senang kita nak cari, nak simpan, nak guna. Kalau makanan basah pun, beli sekor ayam kita separate la siap-siap satu tuperware untuk goreng, satu tuperware dah siap potong kecik-kecik nak buat rencah, ada yang untuk buat sup misalnya. Ikan, selalu sekali masak berapa ekor, kalau masak 3 ekor jangan simpan 7 ekor satu bekas. Asingkan untuk sekali masak. Kalau cadang nak buat tomyam campur minggu tu boleh aje simpan satu bekas segala rencahnya sekali; ayam, udang, sotong.
8) Kesihatan Kena Tip Top
Saya pernah mengalami satu fasa di mana kesihatan saya terganggu dalam masa yang agak panjang iaitu 2 TAHUN. Lamakan? 2 tahun saya demam berpanjangan, sakit tekak, batuk, selesema, sakit-sakit badan. Memang terkesan serba-serbi baik pelajaran, kerja-kerja research dan kerja-kerja rumah. Alhamdulillah di penghujung 2012 saya jumpa penawarnya. Saya diet dan ambil suplemen Shaklee. Alhamdulillah saya recover boleh dikatakan 100% bab demam, sakit tekak, selesema tu. Berat badan pun turun kepada berat ideal. Boleh tengok kisah diet saya di kategori DIET. Seterusnya saya jalani fisioterapi untuk sakit-sakit bahu dan leher serta sakit-sakit badan yang lain. Lebih kurang 3 bulan rawatan, dah discaj pun. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dengan izinNya dan sedikit usaha, saya beroleh kesihatan yang baik kini. Hidup rasa lebih berkualiti.
Saya faham kebanyakan ibu-ibu di Malaysia menghadapi masalah kesihatan yang nampak remeh tapi sebenarnya sangat memberi kesan kepada kualiti hidup. Sakitnya cuma lenguh-lenguh, sengal-sengal, sakit tekak, ulser, tapi percayalah itulah tanda-tanda bahawa kesihatan anda semakin merosot. Kebiasaannya atas faktor umur dan kekerapan melahirkan anak ditambah dengan rutin harian yang padat hingga tak dapat menjaga pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Senaman lagilah jauh sekali nak dapat buat. Jadi apa yang boleh ibu-ibu dan isteri-isteri lakukan?
Laburkan sedikit pendapatan anda untuk mengambil makanan kesihatan. Walaupun saya kini distributor Shaklee, tetapi saya tidak kata hanya suplemen Shaklee yang boleh diambil. Terpulang kepada anda, pilihan di tangan anda. Saya memilih Shaklee kerana ianya suplemen yang terbukti semulajadi, selamat dan berkesan. Shaklee sudah wujud sejak tahun 1915 malah Shaklee lah yang mula-mula mencipta vitamin di dunia.
Mungkin ada yang nak tahu, vitamin Shaklee yang mana sesuai untuk kesihatan wanita, khususnya golongan ibu dan isteri. Dalam Program Total Wellness Connection Shaklee, ada beberapa rangkaian set vitamin yang dicadangkan sesuai mengikut sasaran. Untuk kita, yang mengalami masalah kesihatan biasa (bukan penyakit kritikal atau penyakit-penyakit tertentu), saya cadangkan:
Family Wellness Set
# Vita-lea Iron Formula (multivitamin)
# B- Complex
# Vita-C (500mg @ 100mg)
# ESP (Soy Protein Isolate Powder)
Set ini sesuai untuk seisi keluarga kerana ianya mengandungi vitamin asas untuk kesihatan optimum. Secara ringkasnya Vita-lea menampung nutrien keseluruhan yang diperlukan oleh tubuh(27 vitamin dan mineral), B-Complex (gabungan 8 jenis vitamin B) untuk pelepasan tenaga, kesihatan saraf dan mengawal stres, Vita-C untuk sistem imun badan (sakit tekak, selesema, batuk dan demam) manakala ESP adalah sumber protein untuk membina otot, mengawal berat badan, sumber tenaga segera, mengatur hormon dan kecantikan kulit.
Ada lagi satu set yang khusus untuk wanita, iaitu:
Women's Health Set
# GLA Complex
# OsteMatrix (kalsium magnesium)
# Omega Guard (minyak ikan)
Set ini sesuai untuk mereka yang punya masalah berlebihan berat badan, hormon tidak stabil, haid tidak teratur, senggugut, sakit sendi dan otot, serta mudah lupa atau mudah hilang tumpuan. Ini biasa berlaku di kalangan ibu-ibu yang mempunyai anak kecil atau anak yang ramai. Betulkan?
Ini sekadar usaha kita, memang kita sayangkan keluarga maka sebab itulah kita kena sayangkan diri kita dahulu. Sebab apa? Sebab keluarga kita perlukan kita. Bagi yang tak bekerja apa kata usulkan elaun bulanan untuk set suplemen ini. Suami pun boleh makan sama. Shaklee tak mahal sebenarnya, nampak mahal sebab jenamanya dan sebab kuantitinya. Kalau dibanding-bandingkan, vitamin di farmasi banyak yang lebih mahal. Apapun, kalau bajet kecil jangan segan hubungi saya kerana saya ada cara untuk bantu anda.
9) Jaga Ibadah dan Hubungan dengan Allah
Haa..ni patutnya letak kat no. 1 tapi nanti orang ingat ni entri islamik-islamik gitukan. Seorang Ustaz pernah berkongsi tips dengan saya. Katanya, jika kita nak semua urusan kita lancar dan terancang, ibadah wajib kita kena dapat A+. Ah sudah...manalah kita tau Allah bagi markah solat kita apakan? Ok begini. Kata Ustaz, luangkan sedikit masa untuk buat satu jadual waktu. Bukan jadual masuk waktu solat itu kat kalendar pun ada. Maksudnya jadual waktu KITA solat. Boleh buat untuk sebulan punya jadual. Kita letak KPI untuk solat kita, dan kita kena jujurlah. Ala..untuk diri sendiri buat apa nak tipu, tak dapat hadiah pun (manusia tak bagi hadiah tapi Allah bagi). Caranya begini:
A+ = 5 minit sebelum masuk waktu sudah di tempat solat
A = masuk waktu sudah siap wudhu' tapi belum bersedia
B = dengar azan baru tergesa-gesa nak ambil wudhu'
C = lama selepas azan berkumandang baru nak solat
D = dah di penghujung waktu baru nak solat
E = sampai habis waktu tak solat-solat.
Kebanyakan kita dalam kategori mana? Saya rasa banyak yang dapat C. Ok, kalau anda dapat A atau A+ alhamdulillah, kekalkan dan improve kepada yang lebih baik. Cubalah, buat yang ini kalau dalam sebulan dapat A+ untuk sehari 5 waktu, in sha Allah urusan kita yang lain semua akan A+ jugak. Bukan pasal rumahtangga je, malah semua urusan kita.
Rasanya cukup dulu tips yang dikongsi, semoga bermanfaat untuk anda semua.
Rasanya cukup dulu tips yang dikongsi, semoga bermanfaat untuk anda semua.
Pertanyaan? Hubungi:
MAIA
(SID 918631)
SMS:
012 3302067
EMEL:
minaina_ilaaina@yahoo.com
FB
FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
* MAIA merupakan pengedar Shaklee
yang sah dan menerima pembelian secara Cash
on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan.
Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
8 comments:
Ye saya sgt setuju statement diatas.. Saya juga sedang mendisiplinkan diri.. Tapi penat kalau ada anak kecil. Dulu ms hidup berdua rumah saya ibarat hotel kata adik saya.. Setiap hari sy lap habuk, sapu rumah, kemas itu dan ini.. Lepas ada anak satu rumah saya mula tunggang langgang sikit.. Rupa hotel dah ke laut.. Bila lahir anak kedua lagi teruk, saya baru nak bangun nak mengemas, anak kecil menangis nak minta dukung, nak minta itu ini, kadang dah kemas dua org anak ni la yang sepahkan balik.. Letih betul rasa badan.. Di tambah lagi saya tgh mengandung anak ketiga.. Subhanallah.. Mudah2an suami saya redha dengan saya.. Tapi misi untuk meng'hotel' kan semula rumah saya akan dilaksana..tapi ntah bila.. Tunggu dorang ni semua besar kot.. Sakit hati je kan tgk barang2 sepah.. Heheh
Mudah-mudahan segala urusan kita dipermudahkan...jaga kesihatan, dan selawat fatimah untuk dapatkan kekuatan.
Betula lah masa dulu-dulu, dapat anak berterabur, lintang pukang sebab tak displin. Sekarang makin ok, kena banyak membaca, tips yang sangat berguna....http://dalilablogez.blogspot.com/2014/12/tips-atasi-krisis-mengemas-rumah.html
kalau semua awak buat suami buat ape hehe
bagus tips yang membuka mata saya. tapi saya tak mampu nak jadi teratur, sebab bos kecik ni yang moody tak kira masa, yang saya buat sy belasah je janji siap
Wah dear terima kasih sudi membebel tentang rumah sepah2 ni.. sy pon ada 3 anak laki sy mmg mendidih kalau diorg da makan xreti bwk pinggan n cawan ke sinki.. skrg anak kecik lagi besar sikit bak kata u mmg kena biasakan diorg basih pinggan n cawan. Sok2 senang nak hidup bila ibunya xada. Org pon xada menyampah kan.. hie
Wah dear terima kasih sudi membebel tentang rumah sepah2 ni.. sy pon ada 3 anak laki sy mmg mendidih kalau diorg da makan xreti bwk pinggan n cawan ke sinki.. skrg anak kecik lagi besar sikit bak kata u mmg kena biasakan diorg basih pinggan n cawan. Sok2 senang nak hidup bila ibunya xada. Org pon xada menyampah kan.. hie
Hehehe...lumrah jadi mak dan isterikan?
Post a Comment