Berbengkel dan Berekreasi di Sungkai Felda Hot Spring


Beberapa jam lagi saya akan gerak ke JB untuk persidangan ICPE5. Jadi sebelum tu nak masukkan cerita berbengkel di Sungkai pada 9-11 Dis yang lepas. Sebenarnya ni bengkel penerbitan untuk pensyarah yang juga researcher untuk kumpulan di bawah Prof saya. Tapi disebabkan ramai yang berhalangan di saat akhir sedangkan bilik sudah ditempah, maka kami (saya dan Kak R sorang lagi kawan sepenyeliaan) dijemput untuk penuhkan korum. Last minute call ni memang buat jadi kalut, tambah-tambah pulak kena pada hari cuti ; ahad dan selasa (keputeraan sultan selangor). Kesian Sofiy la takde org nak jaga. Pasal jaga Sofiy saya cerita kemudian.

Kami (saya dan Kak R) gerak lewat petang ahad tu. Sebab Kak R datang dari Shah Alam, ambil saya di bangi, sempat solat asar rumah saya dulu kemudian gerak ke Perak ikut Elit. Kami gerak pukul 5 dan sampai dalam 7.30malam. Masa dah masuk laluan ke Hot Spring yang juga di signboard nye tulis Felda Sungai Klah, memang seram sebab 9km laluan tu dalam hutan kelapa sawit yang gelap dan takde lampu jalan pun. Jalannya pun kecik je. Cuak gak la kalau sorang-sorang. Kata Kak R, kalau dia sorang dia dah patah balik, dan mintak group yang dah sampai tu datang jemput.hehe.

Sampai, dinner, malam tu pulak bola Malaysia vs Thai, memang takde mood sangat nak buat kerja. Sekadar panaskan otak je dengan taklimat ringkas. Kat bawah ni la bilik kami. Bersih, kelengkapan sesuai la dengan standard resort. Yang best, iron disediakan di setiap bilik.




lobi

 sesi panaskan otak malam tu. yang lelaki melekat depan tv.

datin pink
 ni la private jakuzi mandi 8 orang

 rombongan cik kiah nak pergi mandi air panas. Kelakar pulak tengok telatah lecturer ni sorang-sorang




rendam kaki...tahan panas tu sampai muka pun berkedut


Saya rekomen tempat ni untuk pergi berekreasi, tapi kalau nak berseminar ke berbengkel ke, servis masih tak berapa nak mantap. Mungkin sebab kekurangan kakitangan, dan prioriti mereka adalah untuk pelancong-pelancong yang datang bercuti. Kat sini ada banyak kolam mandi, kolam air sejuk, kolam air panas dengan pelbagai suhu. Mana pulak gambar kolam air sejuk yang meriah tu..jap ek. Makanan dia sedap juga, masakan kampung cuma mereka cenderung untuk ulang menu. Breakfast ada pelbagai. Kalau nak jimat, boleh order di gerai-gerai yang dekat dengan resort ni. Macam hari tu, family kepada lecturers tak makan kat cafe, ahli research ye yang makan kat cafe. Untuk diorang, kitorang order dengan satu gerai kat luar. Order untuk 4x makan, diorang hantar ke resort dan mereka sangat puas hati sebab makanannya sedap, lebih sedap daripada cafe.hehe. Internet, kat lobi dan coffee house je yang laju. Kat bilik, lembap sangat. Oh ye, ada spa urut juga kalau ada yang nak cuba. Satu jam RM75 kalau tak silap. Urut kaki saja pun ada. 

Secara keseluruhannya...mandi kat jakuzi paling best. Lega rasa badan, kuku saya yang ada masalah pun nampaknya dah ok. Alhamdulillah. 

2 comments:

atoyissan said...

ukm suka pilih hot spring sungkai ni buat bengkel kan..kitaorg dr ftsm pon dh 2-3 kali buat bengkel dkt sini..tahun ni jek tukar tempat..tp sg klah sungkai ni mmg tempat mertua saya pon..jadi kalau pegi bengkel kat sni sama mcm blk kg jek hehehe

Min Aina Ila Aina said...

Su, selalu jugak dengar UKM buat kat sana. Tap[i sekarang nak booking dah kena melalui HQ di KL, jadi urusan macam leceh sikit la.

Oo..rumah mertua ye. Boleh la ajak geng makan durian rumah mertua..hehe.