Kisah Solat Hajat, Mintalah Segalanya Daripada Allah

Kisah Solat Hajat, Mintalah Segalanya Daripada Allah


Kisah-kisah ini disampaikan sendiri oleh penulis Buku Mudahnya Menjemput Rezeki, YBhg Ustaz Fathuri Salehuddin dalam page Mudahnya Menjemput Rezeki. Saya cuma copy dan paste di sini untuk manfaat bersama.

KISAH 1


JANGAN BERHENTI SELAGI BANTUAN ALLAH BELUM TIBA...

************************

" Air kereta ini sudah kering ; tetapi bonet depan kereta tidak boleh dibuka." katanya kepada saya.

Lampu amaran berwarna merah di dashboard tidak berhenti menyala. Kereta ini rasanya sudah tidak boleh dipandu terlalu jauh. Bimbang berasap pula.

Suasana hening seketika; sebelum tiba-tiba terpancul kata-kata ini;

" Kita zikir..., kita zikir..."

Tidak sampai pun dua minit ; kelihatan seseorang menghampiri kami, bertanya itu dan ini;dan akhirnya mencadangkan kami pergi kesebuah bengkel 'ketuk body' yang rupa-rupanya tidak sampai 1 kilometer dari tempat kami berdiri.

***************************

Mekanik di kedai tersebut mencuba itu dan ini. Sampai-sampai kemek body kereta Sweden itu; setelah beliau seperti hilang arah lalu mencungkilnya dengan sebatang besi.

Saya sekadar memerhati. Mahu marah pun, perkara sudah terjadi.

" Kalau proton biasanya sudah boleh terbuka encik . Tapi....." beliau mengeluh kesal.

" Nanti kita tunggu bos datang. Dia memang pakar bahagian ini" tambah beliau

Tidak lama kemudian, bos yang dimaksudkan tiba. Kali ini mereka bertiga bergabung tenaga dan idea mencuba itu dan ini. Masih gagal dibuka.

Mereka cuba lagi itu dan ini.Masih gagal membuka bonet depan kereta.

Kemudian saya berkata kepada sahabat yang menemani saya.

" Muhammad , depan sana ada surau. Tolong solat hajat dua rakaat minta bantuan Allah."

Surau tersebut terletak di seberang jalan bertentang dengan bengkel kereta itu.

Muhammad bergegas pergi dan memulakan solatnya dengang tertib. Saya memerhatikan dari jauh. Rukuk dan sujudnya agak lama...ya, lebih lama dari biasa.

Muhammad kembali ke bengkel. Bonet depan kereta masih belum dapat dibuka.

Bos dan dua orang pomennya tersengeh memandang kami. Mereka masih tercari-cari caranya.

" Muhammad mari kita solat sekali lagi" ajak saya.

Kali ini kami solat berdua. Kami solat, solat dan solat... ; selepas dua rakaat ditambah lagi dua rakaat. kemudian diselangi dengan membaca kitab selawat Barakat Makkiyyah (yang sengaja disediakan di dalam kereta ).

Setelah agak lama di surau kami kembali ke bengkel.

Alhamdulillah.Bonet dapat dibuka.

" Tali pembuka bonet depan ini sudah putus, dan benda ini pun sudah patah," Kata pomen

" Alhamdulilah. Tuan buatlah yang terbaik , saya ada urusan di tempat lain dan akan kembali petang nanti."

***********************************
Esoknya, saya kembali ke kedai. Pomen tersenyum . Saya menyambut senyuman beliau dan sudah mengira-ngira kurang-kurang RM200 hingga RM300 akan terbang lagi.

Maklumlah kereta luar negara...jarang benar di bawah RM100.

" Berapa tuan..?" tanya saya.

" RM30" jawab beliau

" Masya-Allah...!, tidak sangka begini murah, bila dibandingkan dengan susah payah mereka menyelesaikan urusan itu.

Saya menyerahkan RM50 kepada beliau.

" Selebihnya hadiah..." kata saya.

Beliau riang. Saya juga.

***********************************

Cerita ini ada yang tersirat...

dan yang tersirat itulah yang mahu disampaikan.

Ada yang dapat "tangkap"...?


##############################################################################

KISAH 2


PERKARA KECIL DAN BESAR...

KITA MINTA KEPADA ALLAH


********************************************

Kejadian ini berlaku pada tahun lepas, 2013.

*******************************************

Pada pagi itu saya teringatkan sebotol madu yang saya beli beberapa hari sebelumnya. Sehari sebelumnya botol madu kelulut itu sudah pun dibuka. Dapatlah merasa. Oh, begini rasanya madu asli kelulut. Ia tidaklah manis sangat; ada rasa sedikit masam. Harganya RM120 sebotol (1 kilogram ).

Jadi, pada pagi itu hajatnya mahu rasa lagilah madu kelulut asli itu.

Dipulas kiri dan kanan masih tidak boleh dibuka. Dilapik kain dipulas lagi. Masya-Allah...masih gagal. Begitulah berkali-kali sehingga Allah ilhamkan idea ini...

Saya bergegas ke bilik air. Ambil wuduk. Bentang sejadah. Botol madu itu saya letakkan tidak jauh dari bibir sejadah. Di sebelah kanan.

Saya memulakan solat hajat. Hajatnya, agar Allah bantu bukakan botol madu itu.

Allahuakhbar...

Setelah dua rakaat selesai, saya capai botol madu itu. Saya pulas kiri dan kanan. Masih belum boleh dibuka.

Allahuakhbar....

Saya sambung lagi dua rakaat.

Setelah dua rakaat selesai, saya capai botol madu itu. Sekali lagi, saya pulas kiri dan kanan. Masih belum boleh dibuka.

Saya ulang lagi solat hajat kali ke tiga.

Setelah selesai, saya capai botol madu itu. Buat kali ke tiga, saya pulas kiri dan kanan. Masih belum boleh dibuka.

Tiba - tiba.....


Tok, tok, tok.....bunyi pintu diketuk orang.

Jarum jam di dinding menghampiri jam 11 pagi.

Saya bingkas bangun....

Menuju ke pintu.....


Tadi saya berhenti di sini.

Sekarang kita sambung.

***************************************

Masya-Allah seorang sahabat datang. Ajak minum air di kedai.

TING......!!!

Tiba-tiba satu idea muncul.

Saya capai botol madu tadi , dan berlalu pergi

" Tuan mahu rasa madu kelulut asli segar dari ladang? " Tanya saya kepada sahabat tadi.

" Bukalah dan rasa" Sambung saya lagi.

Kelihatan beliau bersusah-payah membukanya, sebagaimana cubaan saya di rumah tadi.

Pusing kiri, pulas kanan....masih tidak dapat dibuka.

Akhirnya beliau menyerahkan botol madu itu kepada seorang lagi sahabat yang duduk di sebelah.

Kelihatan aksi yang sama. Begitu, begini beliau mengerjakan botol itu.

Botol madu asli kelulut masih tidak dapat dibuka.

Kemudian saya menawarkan tawaran yang sama kepada seseorang yang duduk di meja sebelah.

Beliau mencapai madu itu,dan dengan sekali pulas saja,

Botol madu itu dapat dibuka...!!!

Saya senyum saja....( biarpun rasa hairan belum hilang )

Setiap kami dapat menikmati madu kelulut asli dari botol yang baru dapat dibuka itu.

Saya senyum lagi.

Barangkali mereka tidak nampak ia sebagai kejadian yang membekas di hati saya.

Dan sudah tentu mereka tidak tahu; enam rakaat solat hajat sudah pun ditunaikan sebagai ikhtiar rohani untuk membuka botol madu itu.

Dan pada hari ini saya sudah faham.

Sesungguhnya , cara Allah memberi jalan keluar , tidaklah seperti cara yang kita sangka.

( Masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit )

Solat hajat untuk membuka botol madu. Dan botol madu itu dapat di buka melalui tangan orang lain.

Dan selalunya begitulah cara Allah memberi jalan keluar; dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Tugas saya adalah memohon dan terus merayu kepada Allah.


( Bagaimana cara masalah itu boleh selesai ; itu sudah diserahkan kepada Allah.Saya tidak mahu beratkan fikiran memikirkan hal itu. )

Hujungnya masalah selesai.

Hujungnya hajat dicapai.

Hujungnya botol madu dapat dibuka.

******************************

ALHAMDULILLAH.


################################################################################



Ada banyak lagi kisah-kisah benar yang mengagumkan dalam menjemput rezeki yang boleh kita ambil panduan dan pengajaran terkandung dalam Buku Mudahnya Menjemput Rezeki versi penuh. Bab 3 buku tersebut menampilkan 12 buah kisah benar. Anda boleh dapatkan buku ini (harga RM18/ RM20 SS tidak termasuk pos) daripada saya, cuma hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:

Puan Mai 
(MAIA Natural Resources)
PENGEDAR BUKU MMR
SMS / WA: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.

4 comments:

ayunidati said...

Bagus buku ni kan... menyegarkan kembali agar kita sama sama ingat db percaya kpd kebesaran dan kekuasaan Allah...

Min Aina Ila Aina said...

Ya, alhamdulillah buku ni dah banyak memberi manfaat kepada ribuan orang. In sha Allah, akan lebih ramai yang bakal dapat manfaat daripadanya.

nurrazali.blogspot.com said...

Buku ni banyak sgt manfaat nya,,bila dah habis baca akan sentiasa ulang baca lg tanpa rasa jemu.. Alhamdulillah ;)

Min Aina Ila Aina said...

Nur Razali,

Selamat datang..terima kasih kerana bertandang ke teratak kami;-)

In sha Allah akan terbit buku terbaru nanti..sama-sama kita tunggu ye.