BANGKIT: Buku Terbaru Bonda Nor. Beli Secara Online Di Sini


Jikalau ada kekecewaan semalam, cukuplah sampai semalam.
Hari ini, ayuh BANGKIT dan teruskan melangkah serta berlari. Kita semua kuat, hakikatnya. Cuma kita takut untuk meninggalkan semalam.
Maafkan dan lupakan.
Selamat pagi sahabat:)

Naskhah berjudl BANGKIT ini ialah buku terbaru tulisan Bonda Nor. Buku ini sebenarnya bersiri dengan Pujuklah Hati. Ada 4 beradik dah buku-buku ni. 

1- Pujuklah Hati RM22
2- Be Cool - RM18
3- Be Strong - RM20
4. Bangkit RM20

Secara jujurnya, memang saya sangat-sangat terkesan dengan penulisan Bonda Nor baik di laman facebook apatah lagi di dalam buku-buku beliau. Penulisan beliau tidak membosankan, tidak juga terlalu 'warak atau sentimental', gaya bahasa juga tidak 'skema', tidak pula seperti 'bajet bagus' atau marah - sentap pada pembaca, tetapi tak juga pembaca terasa dimanjakan. Boleh bayangkan tak? Penulisan Bonda Nor boleh dikatakan sentiasa 'kena' pada tempatnya. Itulah yang saya rasa.

Pada hujung 2016 saya pernah diuji sampai terduduk dan demam seminggu. Bukan demam biasa, tapi demam disebabkan terlalu stres dan sedih dan tak sangka sesuatu berlaku begitu. Maknanya, masa tu semangat saya seakan hilang...terbang..kecewa...! Syukur, buku Pujuklah Hati yang dah lama saya beli (tapi belum sempat baca - alasan), saya capai. Saya baca....dan sungguh ia memujuk saya. Lalu buku itu saya bawa ke mana-mana. Terasa bagaikan kawan karib yang memujuk. Mula-mula saya baca topik yang seakan kena dengan situasi saya sahaja dulu...kemudian bila sudah bertenang..perlahan-lahan saya baca seluruhnya..malah ada yang saya ulang baca. Puisi Bonda Nor pun dapat saya hayati dengan penuh perasaan. 

Nanti saya snap sikit mana-mana bahagian supaya anda boleh bayangkan style Bonda Nor menyampaikan ilmu dan dakwahnya.

Jadi, bagi anda yang rasa down, rasa lelah, rasa letih, rasa lemah dengan segala ujian dan pancaroba kehidupan ini...saya sarankan anda dapatkanlah buku ini. Tak dapat semua tajuk dalam siri ini pun tak apa, pilihlah yang mana-mana rasa dekat di hati.

Saya boleh tolong dapatkan untuk anda. Hubungi je saya melalui medium di bawah. 

Mai
SMS/WHATSAPP/ TELEGRAM : 012 3302067 (respon lebih segera)
INSTAGRAM: @bukumaia
EMEL: minaina-ilaaina@yahoo.com

atau komen saja di bawah post ini beserta emel / no telefon bimbit supaya saya dapat hubungi kembali.


0 comments: