Suhu Demam Anak Terlalu Tinggi Walaupun Dah Makan Ubat Demam

Assalamualaikum dan selamat pagi...nampaknya hujan lagi di pagi Isnin. 

Cuaca sekarang memang tak menentu...tengah hari panas terik sampai rasa terbakar kulit, bila petang hujan ribut angin kuat dengan petir sekali. Macam hari ni, hujan awal pagi dah nak sampai ke tangah hari dah ni. Semua ini urusan Allah, kita tak boleh merungut kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Mentadbir. 

Cuma, cuaca sebegini meningkatkan risiko mudahnya terkena penyakit dalam kalangan anak-anak terutamanya. Sekarang ni anak-anak mudah dijangkiti selesema, batuk dan demam. Anak-anak saya pun tak terkecuali. Masa musim demam viral awal tahun tempoh hari pun Farhan admit ward. Asalnya berjangkit dengan abang dia Sofiy yang kena dulu, tapi Sofiy cepat sembuhnya mungkin imunitinya kuat. Kemudian, masa pandemik rota virus hari tu pun kami tiga beranak kena jugak. Saya pun collapse sebab muntah cirit serentak, dan anak-anak pun kena serentak. Kali yang tu, Farhan pula cepat recover, alhamdulillah. 



Anak-anak saya ni, terutamanya Farhan la kalau demam memang sangat membimbangkan. Farhan ni memang kerap kena sawan demam (febrile fit). Dia nak kena tak perlu tunggu suhu sampai 39 C pun, 38 ++ pun dah kena. Memang cuak! Jadi, memahami keresahan ibu bapa yang suhu demam anak tak turun-turun ni, saya nak kongsikan pengalaman saya dan apa yang saya buat untuk maintain suhu anak di paras yang kita tak la risau sangat.

Sebelum itu, ingin saya tekankan di sini bahawa ini hanyalah berdasarkan pengalaman saya semata-mata, yang saya lakukan dengan nasihat 3 orang doktor dan 2 orang ahli farmasi. Saya sendiri bukanlah ahli dalam bidang perubatan. Anak-anak saya berumur atas 2 tahun (2 tahun 1/2 dan 8 tahun). Tujuan saya berkongsi hanyalah untuk membantu ibu-bapa di luar sana dan segala risiko adalah atas tanggungjawab ibu bapa sendiri. Saya sangat mengesyorkan anda untuk dapatkan konsultasi daripada doktor anda terlebih dahulu sebelum mencuba cara ini.


Ubat demam kanak-kanak ada 2 jenis yang biasa kita dengar, dan ubat demam juga boleh diberi melalui punggung (suupository). Bentuknya seperti peluru.

Dos ubat-ubat di bawah bergantung pada berat dan umur anak. Jika beli di farmasi, PASTIKAN anda dapat SUKATAN YANG TEPAT mengikut berat badan anak anda. Boleh tanya pada ahli farmasi di sana (klinik / farmasi). Jika mereka tidak tahu kira sukatan, jangan beli di situ. Itu kerana mereka tidak ada tauliah dalam bidang farmasi. Ahli farmasi yang bertauliah boleh kira berapa dos sebenar untuk berat anak sekian-sekian. 

Ubat sirap

1- Paracetamol (jenama Panadol, Uphamol, Fepril, dll)
~ 6 jam sekali (tidak lebih daripada 4 kali dalam 24 jam)

2- Ibuprofen (Brufen) - saya tidak pernah beri ibuprofen jenama lain.
~ 8 jam sekali (tidak lebih 3 kali dalam 24 jam) 

Ubat punggung

1- Paracetamol (jenama PORO biasa saya jumpa)
~ 6 jam sekali (tidak lebih daripada 4 kali dalam 24 jam)

2- Diclofenac Sodium (jenama Voren biasa saya jumpa) - ini keluarga ibuprofen
~ 8 jam sekali (tidak lebih 3 kali dalam 24 jam)

PENTING: Pengambilan ubat daripada satu-satu jenis contoh: paracetamol tidak boleh diambil serentak (sirap & ubat punggung). Ini kerana kandungan ubat itu sama, cuma bentuk saja berbeza. Kalau beri serentak nanti terlebih dos, bahaya.

Setelah faham hal tentang ubat-ubat dan dos di atas, bolehlah kita teruskan dengan kaedah pemberian ubat demam kepada anak-anak supaya suhu badan mereka tidak terlalu tinggi hingga menyebabkan sawan.

Suhu demam ialah 37.5 C. Jadi, anak dikira demam jika suhu bermula 37.5 C ke atas. Saya syorkan anda beli termometer digital untuk kegunaan di rumah atau semasa travel. Sangat penting. Kalau masuk wad pun, bawalah bersama. Di hospital memang banyak termometer, tetapi nurse akan periksa suhu mengikut jadual, tapi kita ibu / bapa ni yang akan jaga anak kita setiap masa. Kalau suhu dia spike (meningkat naik) pun kita juga yang akan perasan dulu. Takkan tiap-tiap kali nak panggil nurse.
Bagi saya, suhu tinggi anak-anak saya ialah 38.5 dan ke atas. Suhu yang dah mula buat saya bimbang. Jadi, atas nasihat doktor dan ahli farmasi (doktor dan ahli farmasi ni ada yang kawan-kawan sesekolah saya dulu), cara untuk kawal suhu tinggi demam ialah dengan MEMBERIKAN UBAT DEMAM DARIPADA DUA JENIS 'KELUARGA UBAT' YANG BERBEZA SECARA BERSELANG-SELI. Saya sarankan anda pilih 1 jenis ubat sebagai ubat utama, dan 1agi sebagai ubat bantuan.

Saya suka pilih Brufen sebagai ubat utama jika perlu selang-seli ubat ni. Ingat, Brufen hanya boleh diberi selang 8 jam. Jadi, saya buat begini:

Pukul 6 pagi: Brufen
 ( jadi, saya hanya boleh beri Brufen semula jam 2 petang nanti)
 (selepas 3-4 jam, saya check suhu guna termometer, jika 38 C ke atas, saya akan selang-selikan  dengan ubat bantuan: Paracetamol)

Pukul 10 pagi: Uphamol
 (saya hanya boleh bagi Uphamol 6 jam kemudian, iaitu jam 4 petang)

Pukul 2 petang: Brufen
(next Brufen pukul 10 malam)

Pukul 5-6 petang: Uphamol
(Sepatutnya pukul 4 kan, tapi saya lewatkan sikit sebab dah beri Brufen pukul 2 tadi)

Pukul 10 malam: Brufen

* jika anak muntah / terlalu susah nak diberi ubat sirap, boleh bagi ubat punggung. Basahkan sikit ubat tu dengan air supaya dubur anak tak melecet.

Macam tu la kitarannya, selang-selikan ubat jenis paracetamol (Uphamol) antara waktu pengambilan ibuprofen (Brufen). In sha Allah, suhu anak tak spike tinggi sangat, akan bertahan dan boleh teruskan lap dengan kain lembap jika suhu agak tinggi. Bila dah nampak perkembangan baik, contohnya selepas 6 jam ambil Brufen pun suhu tak naik tinggi, bolehlah berhentikan ubat bantuan paracetamol tu. 

TIPS: Catat jadual pemberian ubat anak supaya kita tak lupa dan keliru. Tambah-tambah lagi jika ada ubat-ubat lain macam antibiotik / ubat selesema. Ataupun anak sakit lebih daripada seorang. Cara saya, saya gunakan white board kecil, tulis nama anak, waktu dan jenis ubat. Kalau dah bagi, saya tandakan, supaya tak tersilap bagi sampai dua kali atau jenis ubat sama. 
PESANAN: Jika anak demam, bawalah berjumpa doktor, kalau boleh di klinik / hospital yang boleh buat pemeriksaan darah. Zaman sekarang ni macam-macam penyakit pelik ada, semuanya kalau boleh kita nak detect awal. Jadi,kalau anak demam tinggi, terus bawa jumpa doktor dan mungkin doktor bagi ubat demam sahaja dulu. Tapi jika 3 hari atau lebih masih demam lagi,  sila bawa jumpa doktor lagi. Terutamanya jika pengambilan makan dan minum anak tak bagus. 

Tak pe ke bagi banyak ubat ni?

Saya tahu ramai ibu bapa selagi boleh taknak bagi ubat kepada anak-anak. Saya faham niat murni tu, saya pun dulu ada jugak rasa nak buat macam tu. Tapiiii..bila anak dah kena sawan...saya ubah pandangan. Biarlah, dia makan ubat demam sewaktu dia demam daripada terjadi yang lebih mudharat, nauzubillah. Nanti dia dah sihat, saya akan cuba detox semula dengan beri lebih banyak air, bagi suplemen, air kelapa, air zamzam, bagi lebih sayur dan lain-lain.

Remedi Semula jadi

Oh ya, saya juga amalkan remedi semula jadi. Petua orang lama ni pun bagus juga. Cuma, tidaklah saya bergantung pada remedi semula jadi semata-mata. Ubat tetap bagi jika perlu. Antara remedi / terapi yang saya biasa guna:

1- Doa Penawar Demam Panas



2- Zikir Asmaul Husna 

- Ya Salaam
- Ya Muhaimin

3- Air asam jawa

Air asam jawa jerlum di selurih kepala. Ni Sofiy sangat serasi. Farhan, ada masa turun suhunya dengan cara ni, ada masanya tak lut juga. 

4- Stokin lemon

Buat air perahan lemon, basahkan stokin anak dalam air tu...dan pakaikan. 

5- Suplemen 

Bila anak demam, tanda badannya melawan virus atau bakteria jahat. Jadi, saya percaya saya mesti tolong anak saya lawan. Caranya, dengan bantu antibodi dan kuatkan imunitinya. Saya akan bagi vitamin c, dan suplemen yang kaya dengan vitamin dan mineral untuk anak-anak saya. Di samping tu, kena pujuk supaya mereka minum banyak air masak.

Ini antara suplemen Shaklee yang boleh diberikan kepada anak-anak. Suplemen ni melengkapkan pengambilan makanan anak-anak, jadi bila dah tak demam pun sebaik-baiknya teruskan dan ambil setiap hari. Suplemen Shaklee bukan ubat, hanya bahan-bahan semula jadi digunakan.

Meal Shakes French Vanilla
RM114.00 (544gm)

Chewable Vita-C Plus
RM38.00 (30 tablets)

Nutriferon, sangat kuat menentang virus
RM182 (30 sachet)

Omega Guard (kapsul minyak ikan yang boleh dikunyah)
RM 136.00 (90 kapsul)

Kalau anda berminat bak dapatkan suplemen Shaklee ni, boleh hubungi saya dan saya akan bantu anda dapatkannya bersama konsultasi cara pengambilannya sekali. Mungkin anak anda tak perlu ambil semua...boleh pilih mana yang paling perlu atau paling mudah anak nak makan. Anak saya memang pernah makan semua ni.


Puan Mai
Pengedar Shaklee Bandar Seri Putra

SMS/WHATSAPP/TELEGRAM: 012 3302067
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
FB PERIBADI: Maizura Osman

Atau, tinggalkan sahaja komen di bawah pos ini dan tinggalkan nama, alamat serta no telefon untuk saya hubungi semula. Terima kasih.

** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.

1 comments:

zetty Amani said...

Betul.. saya pn buat mcm puan.. to saya hnye guna syrup dn voren.. selepas 4 jam sekiranya suhu ons.. termometer mmg wajib ada.. ank saya jugak fiberal fit.. 38+ akn kena sawan.. ya الله yg ada pngalaman jek tau perasaan ini..