Latihan Merawat Sikap Suka Bertangguh (Procrastination)




Sikap suka bertangguh (procrastination) memang dah diketahui sebagai antara punca utama kegagalan. Tapi berapa ramai yang sudah masuk ke perangkap penyakit ini. Saya panggil ini penyakit, penyakit minda dan penyakit psikologi. Ramai yang terperangkap dan tidak jumpa jalan keluar.

Sebenarnya, sikap bertangguh ini bukan datang secara tiba-tiba. Ia disemai dan dilatih secara perlahan-lahan tetapi berterusan. Mungkin pada awalnya kita hanya bertangguh dalam satu perkara sahaja, tapi setelah kita rasa selesa berbuat begitu, kita mula bertangguh dalam hal-hal yang lain pula. Lama-kelamaan hampir semua benda kita buat tak pernah selesai dengan sempurna.

Contoh, basuh baju tapi tak sidai..atau sidai tapi tak sidai semua. Ada saja alasan yang kita cipta sendiri. Dah sidai setelah 2 round, kering..tak angkat..atau angkat tapi separuh, separuh lagi tinggal. 'ala jap lagi la yang tu nak terus iron" alasan yang dicipta. Kemudian, dah angkat masuk bakul sampai 2-3 hari malah boleh sampai berminggu tak berlipat. Alasan, banyak kerja yang lebih penting kita nak buat. Bila dah nampak penuh bakul atau baju yang basuh kemudiannya pun dah kering dan takda tempat nak letak, barulah lipat. Lipat pun separuh jugak..Kemudian, yang lipat tu tak pulak terus simpan dalam almari tapi biar dulu kat atas kabinet kain atau meja solek. Kalau pun simpan, tak semua yang disimpan..mesti ada tinggal sikit. Boleh jadi, proses in memakan masa seminggu, atau 2 minggu  atau sebulan. Teruk? Ya, teruk tapi ia berlaku!

Nampak bagaimana penyakit ini telah memerangkap si pelaku tadi? Tabiat ini menyebabkan dia menjadi seorang yang tidak produktif. Sebab apa, sebab dia mengurangkan kualiti dirinya sendiri. Bayangkan, kalau dia terus buat semuanya dalam satu kali tindakan sahaja. Pagi basuh dan sidai, petang angkat dan terus lipat, lepas lipat terus masuk dalam almari. Berapa lama agaknya boleh siap sempurna tugasan tu? Ya, tak sampai 1 hari. 

Orang yang bertangguh selalu kata dirinya sibuk. Sibuk sehingga semua perkara tak dapat disiapkan.
Sebenarnya, ada orang yang lebih sibuk dan benar-benar sibuk tetapi dapat siapkan 80 - 100% tugasan yang perlu disiapkan.

Jadi, kita sama-sama semak diri kita, ada tak unsur-unsur procrastination dalam diri kita. Ada tak tugas kita yang sebenarnya boleh siap cepat, tapi jadi lambat kerana kita ada alasan yang lain. Dan, perkara ini SELALU BERLAKU. Kalau ada, jangan rasa rendah diri. Kan saya kata, ini penyakit. Kalau kita sakit misalnya demam, kita rasa malu ke? Tak kan? Apa yang perlu dibuat ialah RAWAT SEGERA! Ya, itu berita baiknya, boleh dirawat.

Sebagaimana sikap ini dipupuk dan disemai secara perlahan-lahan, begitu juga cara untuk membuang tabiat ini. Ia perlukan LATIHAN BERTERUSAN. Jom kita tengok apakah latihan yang perlu dilakukan.

1- Latih Minda

Pertama sekali, ubah cara berfikir. Minda manusia terbahagi kepada 3 iaitu minda sedar, minda bawah sedar dan minda super sedar. Minda bawah sedar atau dalam bahasa Inggerisnya subconcious mind inilah yang paling banyak membentuk sikap, tabiat dan emosi kita seterusnya membawa kejayaan atau kegagalan.

Nak ubah bagaimana?

- Nyatakan rasa sayang pada diri sendiri. Perlu diucapkan supaya diri kita sendiri dengar. Katakan aku sayangkan diriku Maizura Binti Osman..jadi, aku buat yang terbaik untuk diriku.
- Bayangkan yang baik-baik sahaja akan berlaku hari itu. 
- Yakin bahawa kita cukup masa untuk buat semua tugasan kita. Tak perlu tinggalkan kerja yang sedang dibuat untuk menyiapkan kerja yang lain.
- Latih minda untuk fikir bahawa kita dapat sempurnakan kerja setiap hari. 

2- Buat Perancangan Harian

Bila saya jual planner 2017, ramai yang kata "saya tak pandai guna planner", atau "saya hanya plan dalam kepala sahaja". Orang-orang yang berjaya sentiasa mengamalkan perancangan awal harian. Mereka merancang hari mereka pada malam sebelumnya. Tulis senarai tugasan yang perlu dilakukan esok dan waktu yang spesifik untuk tugasan itu. Dan esoknya, mesti ikut perancangan yang dibuat tanpa alasan. Apabila selesai satu tugasan dengan SEMPURNA, bolehlah potongkan. Masa ini, kita akan rasa satu perasaan yang dinamakan KEPUASAN walaupun hanya berjaya melipat dan menyimpan baju, menyiapkan mini assignment, mencari bahan di perpustakaan, atau sekadar membaca satu bab buku.

Jika tugasan itu tugasan berat yang memang tidak logik untuk disiapkan dalam satu hari, jadikannya pecahan kecil. Contoh, pensyarah memberikan kita assignment 50 muka surat. Kita sudah ada bahan tetapi belum menulis assignment itu. Kita boleh tetapkan target harian untuk menulis 15 muka surat dalam sehari. Selagi tidak siap 15 muka surat, jangan lakukan kerja-kerja akademik yang lain. Itulah sebabnya perlu perancangan...dan perancangan mestilah rasional. 3 tugasan penting untuk disiapkan dalam satu hari sudah memadai untuk jadikan kita produktif.



(ready stock still available)

3- Lawan
Pada peringkat awal, kita cenderung untuk bertangguh juga walaupun kita sudah berazam untuk berubah. Inilah masanya kita perlu KUAT dan LAWAN. Paksa diri untuk tidak mengikut kata hati. Contohnya, kita tahu sekarang masanya untuk kita gosok baju untuk dipakai ke pejabat esok, tetapi kita rasa MALAS sebab menonton tv lebih seronok, atau (macam-macam alasan yang kita dah tau). LAWAN...bangun dan buat SEKARANG. Itu sahaja caranya untuk  ubah. Jika tidak, sampai bila-bilalah kita tidak dapat keluar daripada jerat bertangguh. 

4- Alert atau Awas

Orang yang suka bertangguh cenderung untuk melakukan aktiviti yang tidak berfaedah melebihi aktiviti berfaedah yang sepatutnya dia buat. Di peringkat latihan ini, kita mungkin secara tidak sedar akan mengulangi perbuatan tidak berfaedah itu. Jadi, perlu JAGA-JAGA kerana tidak ada orang lain yang akan jaga kita. 

Contoh, kita sudah sediakan masa 2 jam untuk ulangkaji. Tiba-tiba, selepas 15 minit kita jumpa perkataan yang kita tak faham maknanya...dan kita pun buka internet dan google. Tanpa kita sedar, kita cenderung untuk terus berlayar di alam maya tanpa pulang semula untuk sambung ulangkaji pelajaran. Lebih teruk lagi, belum pun cari perkataan yang hendak dicari, sudah terpaut pada iklan-iklan atau minda bawah sedar kita seperti disetkan memandu tangan kita untuk klik media sosial Facebook dan tenggelamlah kita di sana , komen, share, like dan pos status juga. Bila sedar, sudah tinggal 1/2 jam sahaja lagi masa untuk ulangkaji. Kita pun cipta alasan, ala 1/2 jam apa je dapat baca. Alang-alang teruslah dengan FB ni, malam karanglah pulak baca. Jadi, kita mesti AWAS dengan tindakan sendiri. Jika terbuka FB, cepat-cepat tutup walau apa pun cerita menarik di newsfeed. Kita belajar tangguhkan perkara yang remeh. "Ala, Facebook bila-bila pun boleh skrol"

5 - Bersedia

~ Buang / tutup perkara yang ada potensi mengganggu

Ini sambungan no 4. Apabila menghadap tugasan penting hari itu, contohnya saya sudah tentukan waktu menulis tesis bermula jam 9 -11.30 pagi. Saya mesti bersedia untuk berada dalam keadaan paling kondusif untuk membuat tugasan itu. Jika saya tau saya seorang yang mudah sangat nak tengok Facebook, saya mesti tutup Facebook. Jika penulisan tesis saya tak perlukan internet, tutup sekali internet, atau disconnect di pc saya seorang sahaja. Jika anda tahu anda seorang yang suka layan Whatsapp, off atau silent handphone. Jika tak boleh silent kerana mungkin suami anda akan call bila-bila masa, setkan mode senyap untuk aplikasi Whatsapp sahaja. Walaupun anda teringat dan terasa-rasa seperti ada 'mesej penting', LAWAN dan ABAIKAN. Tunggu sehingga masa tugasan tamat. Jam 11.30 saya boleh check Whatsapp tetapi SEBENTAR sahaja (kembali ke poin no 4 di atas). Percayalah, selepas beberapa kali buat latihan ini secara konsisten, anda sudah boleh lupakan handphone anda sewaktu bekerja. Bayangkan jika anda seorang doktor pakar bedah, yang ketagih untuk membelek handphone sewaktu membuat pembedahan...agak-agak apa jadi dengan pesakit?

~ Sediakan apa yang perlu diguna

Jika tadi latihan untuk buang apa yang mengganggu, ini pula latihan untuk siap-sedia dengan apa yang kita perlu, supaya tidak berlaku distraction / melencong sewaktu bekerja. 

Contoh orang yang bekerja di rumah. Dia seorang yang suka minum air / kopi sambil buat kerja. Tak ada masalah, masa untuk menyisip air tak lama dan tidak mengganggu. Tetapi, dia tak buat air siap-siap sebelum jam kerjanya. Jadi, selepas 1 jam bekerja, dia rasa mahu minum. Dia bangun ke dapur untuk bancuh kopi. Jika dia orang yang normal dan tidak ada penyakit ini, ya dia akan ke dapur, bancuh kopi dan masuk ke bilik kerja semula. TAPI! Jika dia seorang yang suka bertangguh, dia kurang fokus. Sampai di dapur nanti tiba-tiba dia teringat "eh belum sediakan bahan untuk dinner", jadi dia keluarkan ayam ikan untuk defrost, nanti buka peti sejuk, "eh ada kek la sedap juga makan sambil minum kopi ni", kemudian duduk minum di meja makan, capai remote tv "tengoklah kejap ada cerita / berita apa". Boleh agak tak apa yang akan jadi? Kemungkinannya dia tak masuk dah ke bilik kerja, atau masuk bila hanya tinggal 1/2 jam sahaja lagi masa kerjanya dan ini akan buat dia rasa kelam kabut, kecewa, dan tak bersemangat nak teruskan. Momentum dia dah lari.

6- Lakukan tugas paling berat / susah di awal pagi

Pagi, ialah waktu paling produktif untuk manusia. Kalau saya sendiri, awal pagi sekitar jam 4-6 pagi merupakan waktu paling laju kalau saya buat kerja. Tapi, nak bangun seawal itu perlu tidur awal juga. Mengapa kena buat kerja yang kita rasa paling susah pada waktu pagi? Apabila kita berjaya melakukan sesuatu yang dirasakan 'berguna' pada sebelah pagi, kita akan rasa PUAS dan GEMBIRA. Ia sebuah KEJAYAAN buat kita. Hormon kejayaan ini akan menimbulkan rasa mahu mengulanginya lagi dan ini memotivasikan kita untuk buat lagi, lagi, dan lagi. Lama-kelamaan, sikap bertangguh itu dapat kita kikis sedikit demi sedikit. Bagaimanapun, untuk procrastinator (penderita sikap bertangguh), tak cukup jika anda hanya dapat kejayaan ini sekali atau dua kali. Anda perlu jadikan ia berlaku selalu dan setiap hari. Sebab, jika hari ini anda produktif pada waktu pagi, sebelah petang anda cenderung untuk berehat kononnya 'take a break'. Kemudian esok break itu bersambung lagi. Untuk KELUAR DARI PENJARA BERTANGGU INI, kena PAKSA diri untuk sentiasa berjaya selesaikan tugas dengan SEMPURNA! PAKSA DIRI! Boleh, sebenarnya..cuma kita selalu beri excuse kepada diri sendiri. NO EXCUSES!

7. Doa, Solat dan al-Qur'an sebagai terapi 

Untuk Muslim, ini sebenarnya langkah yang pertama. Self discipline dan segala bentuk terapi dan rawatan sebenarnya sudah ada dalam agama kita. Cuma kita tak nampak dan tak biasa amalkan, mungkin. Antara tips yang saya nak kongsi ialah:

~ Solat awal waktu

Dalam melatih diri kita untuk point no 1 - no 6 di atas, kita MESTI latih diri kita SOLAT PADA WAKTUNYA. Maksudnya ialah, mengerjakan solat wajib sebaik sahaja masuk waktu. Katakan Zohor pukul 1.24 petang, maka sebelum 1.24 petang kita sudah sedia untuk solat. Sebaiknya sudah berwudhuk. Untuk yang lelaki, latih diri untuk solat berjemaah di surau atau masjid, manakala bagi yang perempuan, andaikan kita juga akan ke masjid..jadi siap-siaplah wudhuk sebelum masuk waktu. Sebaik sahaja azan tunaikanlah solat. Ia latihan yang sangat berkesan. Masa kita untuk membuat hal dunia pun akan jadi lebih berkualiti dan panjang.

~ Baca al-Qur'an

Al-Qur'an itu terapi yang sangat istimewa. Membacanya memberikan ketenangan yang lain macam. Macam yang saya katakan, procrastination itu penyakit. 

Masa sangat berharga kerana sedetik berlalu tidak akan berulang kembali. Manusia yang mensia-siakan waktu adalah manusia yang mendapat kerugian di dunia serta akhirat. Firman Allah yang bermaksud : 
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, melainkan orang yang beriman dan beramal soleh dan orang yang menyeru kepada kebenaran dan kesabaran.” (Surah al-‘Asr, ayat 1-3) 




~ Doa

Oleh kerana berlengah itu dapat mengundang kerugian dan bahaya, maka tidak hairanlah jika Nabi Muhammad SAW menyeru umatnya tidak `membuang masa’ melakukan kebaikan atau bersegera melaksanakan kebaikan selagi ada kesempatan. Hadis diriwayatkan Baihaqi yang bermaksud :

“Pergunakanlah lima kesempatan sebelum datangnya lima kesempitan iaitu: pergunakan kesempatan sihatmu sebelum datang sakitmu; pergunakan kesempatan lapangmu sebelum datang kesempitan; pergunakan hari mudamu sebelum datang hari tuamu; pergunakan kesempatan waktu engkau kaya sebelum datang kemiskinan; pergunakan kesempatan masa hidupmu sebelum datang saat kematian.” 


Antara doa yang boleh kita amalkan supaya Allah membantu kita dalam menguruskan masa kita dengan baik ialah:


Saya suka doa ini...lengkap untuk kita mohon lindung daripada semua punca kesusahan hidup. Dalam doa ini, kita minta Allah lindungi dan jauhkan diri kita daripada sifat malas, mengantuk, lemah, dan juga membuang masa. Itu semua ilah ciri-ciri orang yang bertangguh. Amalkan selalu, bila-bila saja masa terluang bacalah doa ini.

Amalkan zikir Asma' ul Husna.

Ya Baari' (Allah Yang Maha Mengatur / Merancang) - atur dan urus masa kita
Ya Ba'ith (Allah Yang Maha Memotivasi / Membangkitkan) 
Ya Basit (Allah Yang Maha Melapangkan)
Ya Hadi' (Allah Yang Maha Memberi Petunjuk)
Ya Qawiy (Allah Yang Maha Kuat)



1 comments:

Anonymous said...

Thank you sis! Sangat membantu ❤️❤️