(Gambar Google)
Assalamualaikum w.b.t
Faham ke dengan gambar di atas ni? Apa maknanya? Hehe...isteri-isteri mesti kenal alat ni dan tahu apa maksud garisan merah tu kan?
Dalam bahasa Inggeris, alat ini dinamakan Urine Pregnancy Test. Fungsinya adalah untuk mengenal pasti sama ada seorang wanita itu mengandung atau tidak. Boleh dapat di farmasi dalam pelbagai range harga. Ada yang mahal ada yang murah. Biasanya wanita akan mula terfikir untuk buat ujian kehamilan ni bila period / haid dah lewat datang daripada kebiasaan.
2 garisan merah di atas ni...boleh menghasilkan pelbagai perasaan terutama kepada wanita. Di sini kita hanya sebut tentang wanita yang sudah berkahwin sahaja ye. Ada yang sangaattt teruja mungkin sampai boleh mengalirkan air mata gembira. Ada yang berdebar, terkejut, dan kemudian tersenyum. Ada yang berdebar, dan kemudian sedih atau stres. Ada yang relax je...apa-apa pun boleh. hahaha.
Sebenarnya, saya baru je mengalaminya hari Ahad yang lepas. Sebenarnya saya dalam fasa 'merancang keluarga'...iaitu on birth control. Belum nak tambah anak la mudah fahamnya...atas faktor-faktor tertentu. Sebelum anak kedua saya Farhan umur 2 tahun, saya merancang guna kaedah pil kontraseptif Noriday sebab masih menyusu badan. Kemudian, selepas Farhan 2 tahun saya bertukar kepada pil herba (tradisional) yang juga fungsinya untuk merancang keluarga. Farhan pun masih menyusu badan, payah sikit nak wean-off dia ni. Jadi, 4 bulan semua berjalan lancar walaupun saya pernah miss makan pil tu, tapi ok. Haid datang ikut masanya. Yang jadi huru-hara sikit bila saya diserang demam teruk akibat jangkitan rota virus bulan Februari lepas. Haid saya lewat seminggu. Tapi itu memang dapat diagak sebab saya demam dan sakit. Kemudian haid datang..dan saya teruskan pil macam biasa. Tapi bulan Mac punya haid tak kunjung tiba. Saya tak pernah miss pil untuk cycle yang ini. Tunggu punya tunggu...ada la nampak darah sejalur yang keluar. Period saya awal-awal memang tak banyak. Tapi tunggu lagi, dah tak datang dah. Aik?
Dipendekkan cerita, Ahad lepas suami belikan UPT kit. Saya terjaga nak buang air pukul 2.30 pagi..teruslah check sebab nakkan urin pertama selepas bangun tidur sebab masa tu HCG dalam urin tinggi. Dan...keputusannya, sama macam gambar di atas. Positif!
Keluar dari bilik air, saya pandang suami yang sedang tidur lena. Taknaklah ganggu dia..esok pun boleh bagitau. Naik semula atas katil, cuba tidur balik tapi mata tak boleh nak lelap. Ah sudah...banyak pulak yang datang dalam kepala ni. Macam-macam terfikir, pasal study, pasal kewangan, pasal berat badan yang belum sempat diet (padan muka), pasal Farhan yang masih menyusu badan, sampaikan dah terbayang macam mana nak setelkan anak-anak bila nak admit ward bersalin nanti. Hahaha. Kompleks betul fikiran mak mak kan?
Begitulah saya, yang memang tidak merancang untuk dapat anak lagi dalam masa terdekat. Tapi, bila Allah dah bagi ni...saya yakin dan percaya itulah yang terbaik buat saya dan orang di sekeliling saya. Kenapa Allah bagi sekarang? Kenapa tak Allah bagi 6 bulan yang lepas...itu semua aturan Dia. Saya tak salahkan pil herba tu, sebab PUNCA UTAMA bukanlah pil tapi ALLAH YANG MAHA BERKUASA. Cuma kalau lain kali nak merancang lagi, saya takkan ambil dah laa..gunalah kaedah lain yang lebih dipercayai.
Walaupun hanya dua line merah je sebagai bukti, saya sudah jatuh sayang pada kandungan ini. Pada anak yang entah sekecil mana di dalam rahim saya ni. Itulah naluri dan fitrah seorang ibu. Takkan sanggup untuk 'buang' begitu saja. Sebab saya yakin ini juga rezeki, dan Allah sudah aturkan rezeki yang lebih baik untuknya. Saya terus terkenang pada kawan-kawan yang dah laaaaama teringin cahaya mata, tapi sampai sekarang belum Allah kurniakan. Ada la 7-8 orang juga kawan-kawan yang sedang menanti dan terus menanti. Ada yang dah masuk 7-8 tahun kahwin pun masih berdua. Lalu, nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?
Saya nak kongsi sedikit tips 'memujuk' hati jika apa yang berlaku tak sama dengan apa yang kita rancang.
1- Istighfar dan ucapkan alhamdulillah. Kembalikan segalanya kepada Allah. Yakin bahawa SEGALA perancangan Allah itu baik untuk kita. Yakinlah.
2- Salurkan kasih dan sayang. Dalam kes ini, salurkan kasih sayang kepada benih yang ada di dalam rahim kita. Dia ada di situ kerana kasih sayang antara ibu dan bapanya. Maka, dia berhak menerima kasih sayang kedua-duanya. In sha Allah, bila sudah terbit rasa sayang dan kasih itu, segala yang lain tak jadi masalah lagi.
3- Doa. Kita merancang untuk tidak mengandung lagi, tentu ada sebabnya, betul? Setiap pasangan ada sebab tersendiri. Mungkin faktor suami isteri tinggal berjauhan, mungkin faktor kesihatan si ibu tidak begitu baik, mungkin faktor kelahiran anak yang kerap, dan sebagainya. Walau apapun alasannya...apabila kita sudah tahu kita mengandung, berdoalah. Berdoalah agar kita boleh menempuhi semuanya, berdoalah Allah permudahkan urusan sejak mengandung sehinggalah anak itu dilahirkan dan dibesarkan.
4- Anak itu rezeki. Biasa kita dengar. Tapi, berapa ramai yang menghayati ungkapan ini. Percayalah bahawa setiap anak itu ada rezeki mereka masing-masing. Setiap anak juga membuka laluan-laluan rezeki buat ibu dan bapanya. Rezeki pula ada pelbagai bentuk. Mungkin seiring dengan kehamilan, kita suami isteri direzekikan dapat tinggal bersama. Mungkin, berkat mengandungkannya, kesihatan ibu bertambah baik dan macam-macam lagi yang hanya Allah sahaja Maha Mengetahui.

1 comments:
saya bersalin setahun satu.tahun lepas dan tahun ini.sekarang haid saya sudah lewat seminggu.hati rasa bercampur baur.takut yg amat sangat jika mengandung lagi.padahal saya sudah merancang dengan betul.sedihnya saya rasa.saya takut sangat bukan tak mahu terima tapi belom bersedia😭
Post a Comment