Jangan Tunggu Sampai Esok

Diambil daripada status FB Bonda Nor



Ada seorang bakal penulis yang Whatsapp saya..
"Bonda, saya bersemangat nak menulis. Boleh ke kalau saya nak start bulan 5 nanti? Sekarang saya sedang fokus pada preparation untuk.... "
Baiklah. Jawapan saya begini saja..
"Jangan tunggu esok-esok kalau nak menulis. Curi-curi saja masa yang ada pada hari ini. Esok-esok ada kerja lain pula. Percayalah.. kerja tak pernah habis."
Saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri dan pemerhatian saya terhadap banyak situasi.
Misalnya, saya pernah follow up cerpen dari seorang penulis. Katanya..
"Insya-Allah nanti saya akan fokus siapkan masa saya ikut suami outstation 2 minggu. Saya ada banyak masa lapang waktu tu.."
Setelah 2 minggu, adakah beliau berjaya? Tidak! Cerpen itu akhirnya hanya berjaya disiapkan last minute ketika beliau sedang bergelut dengan tekanan dan kesibukan rutin harian.
Kawan, 
Percaya ini.. Setiap kali kita ingin berbuat sesuatu hal kebaikan, kita terpaksa berjuang melawan bisikan syaitan. Syaitan sangat licik. Dia tak suruh kita batalkan, tapi tangguhkan.

Misalnya juga, pernah saya bersungguh mahu membantu anak-anak dalam pembelajaran. Mahu ajar sendiri. Tapi datang bisikan.. nantilah.. tak lama lagi cuti.. masa tu nanti boleh fokus habis-habisan.
Akhirnya apa berlaku? Cuti yang ditunggu-tunggu telah datang. Setiap hari ada saja lambakan kerja. Majlis itu, majlis ini. Urusan itu, urusan ini. Ya. Akhirnya cuti dua bulan berlalu begitu saja!
Subhanallah. Dari situ saya terpaksa akur pada pesanan Rasulullah tentang konsep istiqamah. Buat sedikit tapi berterusan itu lebih baik dan disukai Allah dari kerja seketika yang kononnya pulun habis-habisan.
Sungguh, mengusahakan kebaikan menuntut istiqamah. Demikian juga melawan bisikan syaitan pula menuntut mujahadah.
Bercakap soal mujahadah ini, saya ingin kongsikan cerita seorang peniaga. Katanya..
"Rasa malas, rasa putus asa itu biasa. Tapi saya perasan satu perkara. Setiap kali saya berjaya melawannya dan tetap juga berdegil membuka kedai saya, pada hari itu saya pasti akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda!"
Masya-Allah!
Daripada beberapa kisah ini, tidakkah kita mendapat sesuatu untuk dipelajari?

0 comments: