Resepi Puding Roti Sumi

PUDING ROTI SUMI

Nampak memori di Facebook..rupanya pernah share dulu..buatnya belum. hehehe. 
Hari ni tempek sini sebab memang terasa nak makan agar-agar ke puding ke hujung minggu ni. 
Jap lagi boleh pergi beli bahannya.. 
Bahan-Bahan

Sumi Jelly secukupnya(buang air jelly terlebih dahulu)
3 Keping roti(tak perlu buang kulit)
200 ml susu cair
600 ml air
1 paket agar-agar serbuk(10 gram)
1/2 cawan gula pasir(ikut citarasa nak kurang atau lebihkan)
1/2 sudu teh esen ros(optional kalau tak bubuh pun tak pa)
Beberapa jenis pewarna
Cara Membuatnya

Susun sumi jelly di dalam acuan.Setelah penuh masukkan acuan ke dalam peti sejuk
Kisar/Blend halus roti dan susu cair.Ketepikan

Satukan air,agar-agar serbuk dan gula di dalam periuk,kacau sebati dan letakkan di atas dapur.Masak sehingga mendidih.

Kecilkan api dan masukkan roti yang telah di blend tadi.Kacau sehingga mendidih sedikit di tepi-tepi periuk

Tutup api.Masukkan esen ros dan gaul sebati

Keluarkan acuan tadi dari peti sejuk.Tuang sedikit adunan ke atas sumi untuk memastikan sumi bercantum. Masukkan semula ke dalam peti sejuk selama 3 minit (Boleh juga masukkan di bahagian freezer/sejuk beku tapi saya letak bahagian bawah sahaja)

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna yang berbeza
Tuang warna pertama ke atas sumi dan masukkan semula ke dalam peti sejuk selama 5 minit.

Ulangi proses yang sama untuk warna berikutnya
Sejukkan sebelum dipotong.
Selamat Mencuba


SUMBER RESEPI-Noor Abdul Rahim&Buku Resepi.Com
Fren FB Sitty Rohaya
Terima kasih banyak

0 comments: