Bimbing Anak Anda Dalam Membuat Status Facebook


Lama juga dah tak mencorat-coret di sini. Sekadar pos promosi Shaklee dan info suplemen je. Masa sangat mencemburui. Tapi hari ni sekadar nak mencoret sedikit.

Sekejap tadi saya sempat layan fb. Nampak status anak saudara, gadis sunti belasan tahun yang baru ada akaun fb sendiri. Bagusnya dia, walaupun baru dan excited, tapi pos yang baik-baik saja, bahasa pun kemas dan teratur. Cuma, berlaku sedikit kesilapan yang pada saya tentu saja tak disengajakan.

Anak saudara saya ni tinggal dengan bapa dan ibu tirinya setelah ibu dan bapanya bercerai. Adik-beradik ramai, sebahagian tinggal dengan ibu dan sebahagian lagi tinggal dengan bapa. Ibu tiri alhamdulillah baik, sanggup jaga anak yang kecik-kecik, dan walaupun dah ada anak sendiri tetap jaga anak-anak tiri dengan baik. Mungkin atas faktor itu, anak saudara saya ni tak terasa kekurangan kasih ibu dalam keluarganya.

Dalam status fbnya, dia menulis azamnya untuk belajar bersungguh-sugguh hingga berjaya, untuk menggembirakan abah, ibu dan adik-adik. Dia juga menyeru adik-adiknya supaya belajar bersungguh-sungguh demi membalas jasa abah.

Masa saya baca, saya sudah nampak lompang di situ. Saya tertanya..ibu yang dimaksudkan itu siapa. Kenapa tidak ada abang dan kakak..kenapa hanya ada adik. (Dia yg paling besar di kalangan adik-beradik yang tinggal dengan bapa). Tapi saya abaikan saja kerana saya tak nampak dia online.

Tak lama kemudian..terbit komen di bawah..daripada ibu kandung. Ayatnya menunjukkan berkecil hati dan rasa dilupakan..walaupun tetap mendoakan si anak. Saya yang tengok..speechless...rasa macam..alahaiii... Tidak lama selepas itu, si ibu tadi menulis status..tentang hatinya yang terasa dan terluka. Saya faham, tapi saya tak dapat komen di kedua-dua status sebab saya rasa isu ini sensitif.

Dalam kes ni, saya tak salahkan anak 100% sebab dia masih lagi muda, dia belum pandai untuk memikirkan baik dan buruk status yang dia update. Mungkin dia tak sangka ada kelompongan yang akan menyebabkan orang lain terasa hati. Si ibu pun, walaupun sepatutnya memahami..tetapi hati ibu tentu saja terasa bila diri bagai dilupakan kerana dialah yang melahirkan dan membesarkan sehingga takdir menentukan mereka terpisah. 

Jadi, bagi ibu bapa di luar sana yang telah pun memberi izin kepada anak-anak remaja mempunyai akaun fb sendiri, pantau-pantaulah. Sebelum beri keizinan, jelaskan kepada mereka niat, matlamat, pantang-larang dan aturab berfacebook. Terangkan bahawa facebook ni bukan kita dan rakan kita saja yang dapat lihat...boleh dikatakan, apa yang kita tulis dan paparkan adalah apa yang ingin kita tunjuk dan cerita pada orang lain. Tiada rahsia..semua boleh nampak. Kena fikir dalam facebook kita ada ahli keluarga dekat dan jauh, ada rakan-rakan, ada juga bekas rakan, ada guru-guru dan bekas guru dan ramai lagi.

Semoga kita yang dewasa ini pun bertimbang-timbang untuk update status di facebook kita. 

0 comments: