Vitamin Terbaik Untuk Berat Ideal

Ramai juga pelanggan MAIA yang bertanya, adakah B-Complex menyebabkan selera makan bertambah dan sekaligus menyumbang kepada kenaikan berat badan?

Mari kita ketahui bagaimana komponen vitamin B menyumbang kepada berat badan ideal.

Pengawalan berat badan yang efektif dan fungsi pengawalan berat badan yang berkait dengan selera makan, kadar metabolisme, pembakaran kalori akan bertindak dengan sempurna jika bekalan vitamin dalam tubuh mencukupi. Semua vitamin yang disenaraikan di bawah memainkan peranan mengekalkan kesihatan dan berat badan pada kadar optimum.

Vitamin B2 (Ripoflavin)
Vitamin B2 diperlukan untuk fungsi tiroid dan metabolisme tubuh. Makanan yang kaya dengan vitamin B2 adalah seperti susu, hati, badam, keju, telur, gandum dan sayuran hijau.

Vitamin B3 (Niasin)
Sama seperti Vitamin B2, Vitamin B3 juga berfungsi memastikan tahap pengeluaran hormon tiroid berada pada paras normal. Vitamin B3 juga berfungsi sebagai agen toleransi glukosa dalam darah (GTF) yang akan dirembes keluar setiap kali kandungan gula dalam darah berada pada paras tinggi. Sumber Vitamin B3 yang terbaik ialah hati, ikan tuna, daging ayam belanda, ayam, daging, telur, ikan mackerel, ikan salmon, gandum, barli, keju, buah-buahan kering dan beras perang.

Vitamin B6 (Pyridoxine)
Vitamin B6 membantu melancarkan produksi hormon tiroid dan metabolisme tubuh. Sumber makanan terbaik adalah seperti bijian basil, oat, ikan sardin, makarel, daging, avokado, pisang, beras perang, kubis, buah-buahan kering dan telur.

Vitamin C
Vitamin C membantu menyediakan pakej kesihatan terbaik untuk tubuh anda termasuk memastikan proses menukarkan kandungan glukosa kepada tenaga bagi sel tubuh. Makanan yang kaya dengan kandungan vitamin C misalnya anggur, brokoli, cili hijau, buah kiwi, oren, lemon, strawberi dan kubis.

Ketiga-tiga Vitamin B di atas terdapat dalam B-Complex Shaklee, memudahkan anda memastikan pengambilan Vitamin B yang cukup setiap hari. Vitamin B tergolong dalam kategori vitamin larut air, maka pengambilan setiap hari adalah perlu.


Untuk maklumat lanjut jangan segan untuk hubungi:
MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com

0 comments: