Korean Drama Review: 7th Grade Civil Servant


Sempat juga mengkhatamkan drama ni di maadu. Saja je tak marathon dengan tengok cd, tengok je drama yang tengah tayang, jadi seminggu dapat tengok 2jam je dan kena tunggu minggu depan pulak.

Saya tengok drama ni sebab adanya Joo Won dongseng kesayangan.hehe. Walaupun agak frust dengan pemilihan heroin oleh pihak penerbit, tapi apakan daya walaupun fans Joo Won rata-ratanya tak berkenan dengan gandingan berkenaan, Choi Kang Hee tetap dipilih sebagai leading actress.


Hero dan Heroin

Drama ni pada awalnya mendapat ranking yang agak baik, mungkin sebab populariti Joo Won dalam Gaksital, tapi menghampiri episod ke10 dah mula kedengaran suara-suara yang tak puas hati dengan drama ni..terutama jalan ceritanya. Pada saya, kekurangan itu datangnya daripada genre cerita ini, iaitu romantik komedi..tapi tema cerita adalah penyiasatan atau kepolisan. Memang susah sikit nak ngam. Selalunya kalau cerita-cerita thriller, tembak-tembak, penyiasatan ni genre serius baru la bestkan. Bila dah dijadikan komedi, macam hilangla taringnya. Tapi, kalau penulis dan pengarah pandai adun, menjadi juga. Antara contoh drama genre begini The Sweet Spy...ada bodoh-bodoh alang tapi part thrill tetap thrill. Dan dari segi plot cerita memang drama ni macam boleh diteka, takde suspens, antagonis pun takde sangat. Kalau nak tengok santai-santai ok la. Ataupun peminat-peminat Joo Won yang rindukan aksi terbaru beliau dalam genre yang berbeza..(macam saya). Atau nak tengok debut Chansung dalam lakonan..pertama kali dia berlakon, not bad.

Sinopsis drama boleh la google, drama adaptasi daripada filem My Girlfriend is An Agent. Disebabkan saya tak tengok filem tu jadi tak dapatla nak ulas tentang adaptasi. 

Secara keseluruhan, saya bagi 2.5 bintang je untuk drama ni. Serba-serbi kurang membuatkan drama ni sekadar boleh tengok je la. OST pun biasa-biasa je. Saya prefer IRIS 2 yang ditayangkan hampir serentak dengan drama ni. Tak hairanlah ranking jatuh merudum, kena pulak masa episod-episod last drama The Wind That Winter pulak ditayangkan. Sebenarnya pelakon-pelakon drama ni ok, boleh berlakon, tapi mungkin salah skrip la kot. Saya harap Joo Won tak silap buat percaturan dalam memilih projek lagi lepas ni. Kalaupun tak dapat drama sehebat Gaksital, tapi biarlah yang berkualiti dan pasangannya serasi dari segi lakonan dan juga paras rupa dan umur. Dengarnya Joo Won akan berlakon filem lepas ni, tajuk lupa la pulak. Pun dengan noona jugak..hmmm :-(

0 comments: