Alhamdulillah, syukur kepada Allah...kerana saya masih dapat bernafas sehingga ke hari terakhir 2017 ini...hari ini 31 Disember 2017. Sebenarnya, ada komitmen lain yang menunggu untuk dilangsaikan tapi takpe la, nak coret sikit di sini buat kenangan. Nanti kalau dah terlepas tarikh, takde feel dah. Mungkin tak jadi la nak tulis pun.

Kenapa tajuk entri kali ni 2017 yang singkat? Sungguh, itulah yang boleh saya describe dengan 2017 saya. Rasa cepat sangat, rasa singkat sangat, rasa banyak lagi yang sebenarnya nak dilakukan dalam 2017 tapi tak kesampaian. Masa yang berlalu pun tak terasa. 

2017 saya mulakan dengan fasa baru. Januari bulan terakhir saya mengajar di ATMA UKM, dan memang berjanji dengan diri sendiri untuk siapkan tesis bermula Januari tu. Alhamdulillah, bila tengok semula planner 2017, memang Januari dan Februari saya penuh dengan to do list & done. Alhamdulillah. Peluang bisnes baru pun bermula dan ada lagi peluang baru yang dirangka. Tapi...sungguh, Allah al-Baari' sebaik-baik Perancang. Kita manusia tidak terdaya. 

26 Mac 2017 - UPT saya positif! Saya hamil lagi? Ya, kehamilan kali ni memang dalam fasa 'merancang untuk tidak hamil'. Mudah kata di kalangan mak-mak, 'mengandung eksiden'. Allah...terduduk dan termenung seketika. Gembira, bukan tak gembira. Tapi mengenangkan komitmen besar yang sedang digalas, dan juga kekangan sewaktu mengandung memang buat saya down juga dalam 3-4 bulan. Mana tidaknya, saya mengalami alahan muntah dan mual yang paling teruk antara 4 kandungan ni, dan lama juga sehingga kandungan 5 bulan. Itulah sebenarnya yang buat 2017 terasa macam tak terisi. Banyak lompong rasanya. Planner saya pun kosong dari April - Julai 2017. 

Bermula Ogos, perut pun dah berat. Suami pulak dah mula asyik ajak jalan-jalan sebab hujung tahun saya dah kena berpantang. Kita turutkan saja la :)

Mak yong di Cameron, gigih lagi dukung budak ni..berat tau.



November 2017: Bulan menunggu detik kelahiran. Alhamdulillah, selamat bersalin pada 20 Nov 2017, tetapi episod selepas bersalin pula macam-macam berlaku pada baby dan tentunya beri kesan pada saya juga. Berpantang yang tak rasa macam berpantang...sedar-sedar je dan 30 hari. Dan hari ni, 31 Disember 2017, dah pun hari ke-42 berpantang. 

2017 yang singkat namun indah untuk dikenang. Semuanya kerana baby Haikal :)

Selamat jalan 2017...selamat datang 2018. Semoga 2018 baik-baik saja ya!
Gambar sekadar hiasan

SYURGA SEORANG ISTERI

Dugaan paling besar adalah BERSABAR...

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja.

Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah...Aamiin.

Share kan dengan sahabat2 wanita yang lain yea...Jika dengan coretan ini mereka menjadi isteri yang lebih baik dari semalam, pahala berpanjangan buat kita semua inshaa Allah..

Sumber : Ustaz Nasiruddin Abd Aziz
Assalamualaikum wbt.

Maaf, lambat dapat update di sini. Banyak update di Facebook saja. 

Alhamdulillah, saya da selamat melahirkan anak ketiga kami pada 20 November yang lalu. Dah 24 hari dah pun. Ada macam-macam story, yang pastinya saya nak sangat abadikan dalam blog ni. In sha Allah ada kesempatan nanti saya cerita ye.

Kami dah pun berikan nama kepada baby pada hari ke-7 kelahirannya. Nama ni ayah dia yang pilih, random je pun. Asalnya masa tu jalan-jalan ke Port Dickson masa saya dah sarat juga dah. Sofiy mandi laut dan jumpa kawan. Bila tanya, budak tu nama Haikal. Ayah dia berkenan la pulak dengan nama tu. Terus la simpan nama tu untuk baby, sekiranya lelaki. Dan bila lahir, sungguhla lelaki. 


Muhammad Haikal nama diberi.

Assalamualaikum pembaca semua ...

_"Madu dari gunung dan pohon-pohon adalah lebih unggul dari madu yang diambil dari sarang lebah yang diternak, keunggulan kualitinya berhubungkait dengan sumber manisan bunga (nectar) yang dihisap lebah"_- Ibnu Qayyim, dalam kitab at-Thibb Nabawi

Kami menjual Madu Quad,

 100% madu lebah hutan tualang tanpa campuran apa pun.
 100% madu mentah. Tidak diproses.
 Diperah dengan teknik tiris.
 Lengkap dengan uji keaslian madu dari 3 makmal madu yang berasingan (UNIPEQ, SGS, UNIVERSITI TEKNOLOGI MAKANAN)
 Jaminan wang dikembalikan 2 kali ganda jika terbukti palsu. Kos makmal kami ganti, Insyaallah..

Terdapat 6 edisi harga mampu milik,

1. Madu Quad 180 gr - *RM25*
2. Madu Quad 500 gr - *RM60*
3. Madu Quad 900 gr - *RM90*
4. Madu Quad 2kg - *RM180*


5. Madu Quad Sarang 325 gr - *RM55*

6. Madu Quad Super (Jernih) 220 gr - *RM50*


Kos pengeposan: RM8-RM15 (mengikut berat tempahan)

Beli sekarang, akan dapat *Ebook Ilmu Madu Hutan Percuma* 😊

Stok sangat-sangat terhad

www.wasap.my/60123302067

ATAU hubungi kami di :

Facebook Fabpage: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @maiasihat
Walaupun program berlangsung hari ini dan esok, tapi sempat lagi kot nak hebahkan. Bagi yang berada di sekitar Lembah Klang dan berminat, masih sempat lagi turut serta, in sha Allah. 

Panel yang terlibat pun bukan calang-calang, jadi jom baca maklumat Persidangan Antarabangsa Perubatan Melayu 2017 ni ye. Oh ya, ada info yang tertinggal dalam poster ini, tapi sebab poster yang lengkap saya tak download, saya tulis di sini.

Lokasi persidangan: Dewan Semarak, 
Akademi Pengajian Melayu (APM) 
Universiti Malaya.
Tarikh: 15 & 16 November 2017
Masa: 8.00 pagi - 4.30 petang.


Tengok soalan no. 2 



Umi: Aik, ini pun boleh salah, Sofiy? 
Kenapa jawab skirt. Selalu kan dengar umi dok cakap pakai skirt. 

Sofiy: Memangla, tapi skirt tu yang mana?

Umi: tepuk dahi! (Rupanya hang taktau yang mana satu skirt selama ni)

Ni la bila anak semua lelaki.


* Anak saya Muhammad Sofiy, anak sulung. Baru darjah 2. Moderate in English, sebenarnya agak kurang pendedahan kepada bahasa ni. Masa naik darjah 2 ni baru sedar, sebab masa darjah 1 dia masih boleh skor. Bila darjah 2 dah banyak vocabs kena tau..nampaklah ketinggalan. Exam asyik dapat B je. Kena pulak budak lelaki, lagi la jenis malas study, malas buka kamus. Jadi sekarang ni saya kena cari jalan supaya dia rasa fun belajar English, bukannya hadap buku study macam nak rak. Sekarang saya kena banyak mengeja dengan dia..supaya dia bukan takat tau sebut dan faham konteks penggunaan, tapi tau jugak macam mana nak eja perkataan tu. Beginilah jadi ibukan, mahu tak mahu kita kena juga bantu anak-anak. Padahal masa saya sekolah dulu, mak ayah saya memang tak tau English...tak de harapan nak bertanya pun. Apa boleh buat, tak boleh nak dibandingkan sebab segala-galanya dah berubah. Silibus sendiri dah tak sama, sekarang jauh lebih kehadapan. 

Tips Menghilangkan Rasa Gemuruh atau Berdebar Ketika Menghadapi Peperiksaan.

Selamat berjaya akak ucapkan kepada semua calon SPM 2017. Percaya dan yakinlah bahawa anda semua boleh! Kat sini akak nak kongsi sedikit tips untuk mengatasi perasaan gemuruh, nervous yang tidak terkawal semasa menghadapi exam. Mudah-mudahan berguna dan bermanfaat untuk semua. Untuk ibu bapa calon juga mungkin boleh kongsikan dengan anak-anak. Begitu juga dengan cikgu-cikgu, share dengan para pelajar ye. 

Zikir:
Ya Salam (Yang Maha Menenangkan)
Ya Baatin (Yang Maha Menghilangkan)

Bicara Hati:
Ya Allah, Ya Salam, Yang Maha Menenangkan, tenangkan debaran hatiku dalam menghadapi peperiksaan ini. Ya Allah Ya Batin, hilangkan rasa gemuruh, serta hilangkan dari fikiranku hal-hal lain agar daku fokus dalam melaksanakan urusanku.

Sumber: Prof Madya Dr. Wan Maseri
Selamat menjawab soalan peperiksaan untuk semua calon SPM 2017.


Alhamdulillah, kandungan saya dah pun berusia 37 minggu pada hari Ahad yang lalu. Syukur, mengandung kali ni saya sihat-sihat sahaja selepas fasa alahan yang agak teruk sehingga 5 bulan. Takde tekanan darah tinggi, takde anemia, takde asthma, kencing kotor, batuk selesema pun tak sempat singgah...tapi nak masuk 37 minggu ni Allah uji sikit. 

Saya mula sakit tekak selepas berjangkit dengan anak-anak. Sakit tekak je, belum batuk lagi tapi badan sakit sangat-sangat. Suhu badan tak tinggi pun, tak sampai paras demam tapi sakit badan ni Allah saja yang tahu....sakit macam demam 39 darjah. Sampai saya terpaksa ambil Paracetamol juga untuk menahan rasa sakit tu, kalau tak memang mengerekot sakit tak boleh buat apa-apa pun. 

Dua hari macam tu, hari Sabtu saya mula demam yang betul-betul suhu demam. 37.8 darjah celsius. Saya dah cuak..huhu. Bukanlah sebab tak biasa demam, tapi demam di akhir-akhir kehamilan ni memang cuaklah. Bila kita dah boleh bersalin bila-bila masa sahaja, dan masa tu la kita demam dan sangat-sangat tak larat. Andai ditakdirkan saya nak bersalin masa tu...macam mana nak push? Larat ke? Huhu.

Saya mesej kawan sekolah saya, dia doktor di klinik kesihatan dan biasa rawat ibu mengandung ni. Pesanan dia, pantau suhu badan sebaik mungkin. 38 C dah consider suhu yang tinggi dan sangat tak bagus untuk ibu mengandung. Boleh effect baby. Ok, walaupun saya sebolehnya tak nak makan PCM (Paracetamol), tapi itulah je lah cara nak turunkan suhu badan dan dalam masa sama boleh bantu kita relax dan kurang rasa sakit. Saya juga bertanya beberapa orang doktor, Paracetamol selamat diambil oleh ibu mengandung dengan dos 1g (dua biji paracetamol 500mg) maksimum 12 biji dalam 24 jam, Tapi biasanya kalau kita demam sepanjang hari pun, kita hanya perlukan 8 biji sahaja...iaitu 2 biji setiap kali makan, 4 kali sehari (sela 6 jam). Jadi usahlah risau ye. Kawan saya yang pharmacist pun pernah cakap, PCM lah ubat yang paling selamat. 



Kalau anda hadapi demam masa mengandung ni, segeralah jumpa doktor ya. Sebab demam ni bukan penyakit, tapi simptom yang menunjukkan badan kita sedang melawan sesuatu jangkitan / kuman. Jadi kita kena jumpa doktor untuk tahu daripada mana sumber jangkitan tu. Kadang-kadang demam boleh sembuh sendiri kalau badan kita kuat melawan kuman tu. Tapi masa mengandung ni badan kita memang agak lemah berbanding masa tak mengandung.  Jadi pagi Isnin tu sebab demam belum kebah, saya pun ke klinik. Doc minta buat ujian darah, FBC. Daripada result darah tu confirmlah ada jangkitan kuman, sel darah putih saya agak tinggi, bacaannya 15.5. Jadi doc pun start antibiotik, doc bagi Amoxicilin je, sebab ini antara antibiotik yang selamat untuk ibu mengandung. 

Sebenarnya masa menunggu tu, saya dah rasa tak selesa di bahagian bawah, miss V maksud saya. Ada rasa menyucuk yang sangat sangat haluuusss kat situ. Ngilu dan sakit sangat. Memang buat saya tak senang duduk. Sekejap sekejap sakit tu datang. Masa jumpa doc, saya dah mengadu tapi doc kata mungkin 'laluan' baby tengah nak buka. Tapi serius saya tak pernah rasa sakit yang sama masa mengandung dua orang anak sebelum ni. Bali rumah, sampailah esoknya..sakitnya semakin kuat, dah tak halus dah tapi ngilu dan rasa macam terbakar. Dah la esoknya saya mula sakit mata pulak. Allah....semua sakit tu datang serentak. Memang saya tak leh buat apa. Macam kemurungan pun ada dibuatnya. Rasa sunyi, rasa sedih, rasa takut...yang sebenarnya disebabkan rasa sakit di merata-rata. Atas bawah sakit. Mata kabur, pedih, gatal, bila batuk perut sakit, selesema buat tak selesa, miss v pun nyut nyut nyut. 

Malamnya, saya teringat tentang UTI atau bahasa biasanya kencing kotor. Saya pernah kena dulu, dan rasanya lebih kurang sama...sebenarnya jauh lebih sakit masa kena kencing kotor tu sebab dah tahap demam. So saya pesan pada suami belikan air barli. Air barli sangat berkesan untuk rawat kencing kotor secara natural. Alhamdulillah, pagi tadi sakit tu dah hilang, Syukur sangat-sangat. Tak kisahlah sama ada sebab antibiotik atau sebab air barli, yang penting dah tak sakit lagi. Demam memang dah tak de sejak semalam. Tinggal batuk masih bersisa. Sakit mata masih ada, tapi dah tak mengganggu sangat. 

Alhamdulillah, saya berharap sangat cepat sembuh semuanya sebelum melahirkan. Saya perlukan kesihatan yang tip top sebelum deliver. Semoga Allah al-Mujib kabulkan.


Anda yakin anda berbakat menulis buku, tapi masih takut-takut?
Anda nak berkongsi 'sesuatu' yang berharga dengan masyarakat melalui penulisan? 

Tuan Zamri Mohamad, orang kuat penulisan dan penerbitan menukilkan karya ini buat anda semua, para penulis.

Jom tulis sekarang,
jangan takut-takut!
Harga sangat mampu milik. 
Panduan menulis ada di dalam buku ini.

Harga: RM25 termasuk pos.

#tulisjangantakuttakut
#zamrimohamad


Batuk x habis2... jenuh asyik nak makan ubat?? Meh kita makan madu pulak sebagai alternatif.
.
Antara best selling produk yang saya jual ialah madu mint. 
.
Untuk mengatasi masalah batuk dan selsema, Dr Zubaidi dalam perkongsiannya di FB, mencadangkan pengambilan MADU MINT sebagai penawar. 
.
"Guna terapi madu mint untuk atasi batuk dan selsema"
-Dr Zubaidi Hj Ahmad-

*Sesuai untuk seisi keluarga*😍😍😍

Berminat???
Harga:
- 60ml RM13
- 300ml RM45


Sy nak share observations dari Team Quadmeds👇😍
Batuk kan banyak jenis..
..takmo panik...😅
Nih nak kabor cadangan gabungan Madu yang sesuai diambil untuk merawat jenis batuk yang anda hidapi ..
💥Batuk sahaja:
Madu Mint atau Madu asli Quad
💥Batuk dan Asma Alergik:
Madu Mint dan Madu Habbat
💥Batuk berkahak kuning atau hijau:
Madu Mint dan Madu Abiotik
🛒nota HARGA:
Madu Quad
900g - RM 90
470g - RM 60
180g - RM 25
Madu Mint
300ml - RM 45
60ml - RM 13
Madu Habbat
300ml - RM 60
60ml - RM 15
Madu Abiotik
300ml - RM 50
60ml - RM 13
(Harga tidak termasuk pos)
Call/ SMS/ Whatsapp (Mai)
www.wasap.my/60123302067/madumint
#madumint
#maduquadmeds
#penawarbatuk


Ya, betul...kami nak CLEAR STOCK Buku Mini Asmaul Husna saiz poket ni. 

Hanya tinggal yang ini sahaja, dan design no 8 pun dah tinggal 100 unit sahaja setakat petang ni 24/ 10/ 2017. Design no 6 & 7 pun dah tak banyak yang tinggal. 

Untuk makluman, ini batch terakhir buku mini Asmaul Husna akan dicetak dalam saiz poket begini. Lepas ni, pihak penerbit sudah muktamad untuk cetak saiz A6 sahaja, atas faktor-faktor tertentu. Jadinya, siapa yang dapat saiz ni memang unik la. 

Jadi, kalau anda ada rancangan nak dapatkan doorgift Asmaul Husna saiz ni, bolehlah beli sekarang dengan kami @bukumaia (012 - 3302067). Siapa bayar cepat dia punya. Kami dah tak boleh nak rezerve lagi sebab stok memang sangat terhad. 

Cuma, disebabkan nak clear stock, kotak untuk AH nipun dah lama habis. Jadi, kami hanya jual buku mini sahaja. Tapi kalau nak pakejkan dengan tasbih mini masih boleh lagi, in sha Allah. 

Ok, jangan fikir lama-lama nanti diambil orang. hehe.

Untuk tempahan, mohon SMS/ WHATSAPP saya di 012 3302067 (Mai) dengan segera ya. Kalau guna medium lain macam emel / facebook saya risau lambat dapat notification dan tak sedar ada mesej.

Lokasi kami di Bandar Seri Putra, Bangi dan kami boleh poskan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Pre-Order dibuka sehingga esok (Ahad) 15 Oktober 2017


Assalamualaikum wbt.
Selamat pagi Sabtu, selamat berhujung minggu dan bercuti sekolah untuk anak-anak.

Dah pun masuk pertengahan Oktober...Allahu, cepatnya masa berlalu. Laju sungguh. Rasanya baru je sibuk-sibuk pre-order planner 2017, tau-tau dah nak beli planner 2018 pulak. Apapun, hidup perlu diteruskan, kita mesti terus, terus, dan terus merancang yang terbaik untuk diri kita dan mereka yang berada di bawah tanggungjawab kita. Mahu tidak mahu, kita tak boleh pause lama-lama. Perlu jalan ke hadapan. 

Oleh sebab tu, saya yakin ramai yang mahu merancang lebih baik pada tahun 2018 yang mendatang ini. Untuk tujuan tu, kita perlukan organizer atau planner yang bagus, yang menarik. Bukan sahaja nak plan untuk urusan kerja dan segala hal dunia tapi juga merancang untuk amal-ibadat dan saham akhirat. Kita mesti nak berjaya dua-duakan, di dunia dan akhirat. 

Jadi, Planner Becoming A Better Muslim ni sangat-sangat sesuai untuk anda. Didatangkan dalam dua pilihan warna, merah jambu (pink) dan biru, lelaki perempuan pun boleh guna. Nak beli untuk diri sendiri boleh, nak hadiahkan pada orang istimewa pun boleh. Ada ke sahabat yang sambut birthday hujung tahun ni? Haaa..sesuai sangatlah tu...hadiahkan senaskhah pada dia.

Apa yang menarik dan istimewanya planner ni? Jom tengok!











Haaa..menarik tertarik tak?

Tak cukup dengan tu, pihak Sahabat-attaqwa juga ada bermacam-macam FREE GIFTS untuk anda yang join pre-order kali ni.. Nak tahu apa hadiah yang menarik tu? Boleh KLIK entri ini ye. 

Ok, cepat cepat jangan ketinggalan. Tak banyak masa dah...esok 15 Oktober dah tutup dah pre-order ni. Saya belum pasti sama ada akan dibuka lagi order untuk planner ini sebab tahun lepas, pre-order pun ditutup awal sebab slot tempahan dan terlebih-lebih. 

NAK TEMPAH?

Whatsapp / SMS saya di 0123302067 ---->untuk respons segera

atau, pm / dm kami di:

Facebook Fanpage: Min-Aina-Ila-Aina

Preorder First Batch Planner Becoming A Better Muslim 2018

2 Pilihan warna PINK dan BIRU

(26 sept - 15 Oct 2017)
ETA : Hujung bulan Oct

No reservation. Order hanya dikira confirm selepas pembayaran dibuat.

Pengeposan dilakukan secara berperingkat.

*Description: *
Size - A5
200 pages full color printing
(100 sheets - 100gsm paper)
Hardcover with gold hot stamping.
Glossy Lamination Finishing
Gold wire-o binding

###FREE### :
1)Notepad with colorful calendar size A6
2)Magnetic bookmark
3)Stickers
4)Comes with box (suitable buy as gift)

EXTRA FREE GIFT DARI HQ SAHABAT AT TAQWA untuk sahabat yg join PRE ORDER

*Special features : *
12 monthly calendar checklist
12 month review
12 months daily checklist
Ramadan ibadah checklist
Ramadan menu planner
Qadha Tracker
Fasting Calendar
Monthly expenses tracker
Monthly bills to pay checklist
Alquran checklist
Fitness checklist
52 weeks saving challenge
Goals & reward checklist
Blank notes

Price :

Buy 1 pieces : RM47/pcs + postage RM 11 semenanjung/ RM17 sabah sarawak

Boleh kumpul order dengan kawan supaya lebih JIMAT POSTAGE (Hubungi kami untuk rate postage bagi 2 naskhah dan ke atas)

P/s : Berdasarkan pengalaman tahun lepas, kami terpaksa tutup PRE ORDER AWAL asbab slot dah PENUH 🙈


NAK TENGOK ISI DALAM PLANNER? KLIK SINI

Berminat nak tempah?

Whatsapp / SMS saya di 0123302067 -----> untuk respons segera

ATAU mesej kami di:

Facebook Fanpage: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia 
#planner2018
#islamicplanner2018
#plannerbecomingabettermuslim
#preorderplanner2018

Pernah tengok permainan ni? 

Perkongsian geng #puakabersekutu Cikgu Mohd Fadli Salleh. Serius kena hadamkan. Hal anak-anak kita. Baca-Lah
===========================================
Ini SERIUS. 

Gambar ini gambar mainan. Tapi artikel ini bukan main-main. Kau baca elok-elok dan ambil pengajaran. 

Ini sejumlah hasil rampasan 'perang' hari ini. Ni baru rampas dari 3 kelas. Sesi petang sekolah aku ada 12 kelas semuanya. Memang berguni-guni aku rampas tadi.

Ini bukan pistol air yang biasa. Yang ini sangat bahaya. Apa yang bahayanya?

1. Air dalam tu. Pistol ini bila dibeli ada air manis, masin, dan masam. Bergantung pada kaler pistol kau beli.

2. Air itu aku sangat ragui banyak hal. Pertama sekali banyak sangat bahan kimia. Lupa aku nak snap dekat-dekat apa 'ingredients' air tu.

3. Lepas tu logo halal dia memang cap ayam lah. Halal betul atau haram entahlah. Tapi aku syak logo tipu.

4. Tiada tarikh luput. Barang makanan mesti ada tarikh luput kan? Yang ni yilekk. Beli hari ni, 7 tahun lagi kau nak minum pun boleh.

5. Tiada tercatat alamat dan pengilang pistol air ini. Misteri sungguh pengilang ini. Kau tak sangsi? Kalau disebabkan air ini ada murid keracunan, bahkan membawa maut, siapa kita nak persalahkan? Nak saman siapa?

Baik. Kau dengar sini. Dua atau tiga tahun lepas, murid aku umur lapan tahun tidak sedarkan diri berhari-hari. Senang kata, koma.

Puas doktor cari punca, setelah kajian dibuat, mereka percaya punca utama adalah dari air minuman jenis 'spray' dalam mulut.

Hal ini aku pernah berkongsi dua atau tiga tahun lepas kat wall aku. Dapat beribu share jugalah sebab benda tu tengah viral dan budak-budak suka. Lagi pun harganya murah. Sekitar 50sen hingga seringgit sahaja.

Kandungan air yang tidak tahu bila lagi dibuat, bahan kimia di dalam air, bahan kimia pada bekas plastik yang rendah kualiti, spring untuk sembur air yang berkarat dan bakteria-bakteria jahat yang banyak dalam minuman air jenis 'spray' itu dipercayai meracuni sistem badan murid aku dulu.

Aku nak ulas lanjut pasal keracunan pun, bukan bidang aku. Karang nampak sangat aku buat-buat bijak padahal jahil dalam bab ini. Jadi aku cuma tulis apa yang disampaikan kat aku dulu dan tulis semula.

Hari ini aku kesan pistol air pula dijual diluar pagar sekolah. Harganya cukup murah, RM1 untuk dua pistol air ini. Memang murid mampu beli lah.

Pistol itu tiada masalah kalau diisi air dan buat main tembak-tembak. Yang jadi masalah ialah 'air minuman' dalam pistol tu.

Murid beli dan tembak dalam mulut untuk merasai air tu. Itu yang bahaya. Itu yang boleh mengundang maut jika silap gaya.

Peniaga kat luar pagar ni, sekolah tak boleh halau. Luar pagar sekolah beb. Bukan bidang kuasa guru lah.

Aku cuma boleh pesan kat murid supaya tidak membeli diluar pagar sekolah. Itu sahaja.

Mereka peniaga pun tak tahu juga benda ni bahaya. Esok aku akan jumpa peniaga kat luar sekolah aku dan slow talk suruh dia jangan jual lagi benda ni.

Stok yang ada aku nak borong semua dengan dia. Ye lah, takkan nak suruh dia buang gitu je kan? Kena fikir periuk nasi orang juga. Peniaga luar pagar pun bukan orang senang juga. Harap mereka bagi harga modal dah la kat aku esok.

Kau kalau jumpa pistol macam ni, tolong pesan kat peniaga jangan jual lagi. Kalau kau ada duit, kau borong semua. Lepas tu kau isi air paip, kau jual la semula. Dapat la modal kau balik. Silap-silap untung lagi. 😁

Buat main tembak-tembak cukuplah. Jangan bagi budak-budak minum. Tambah-tambah anak-anak kita.

Dan aku tak kata kandungan air tu boleh membawa maut. Karang tak pasal-pasal aku kena saman.

Tapi aku sangsi dan sangat meragui. Lagipun kes beberapa tahun lalu masih terbayang di mata aku. Mujur murid aku akhirnya stabil setelah beberapa hari. 3-4 minggu jugalah dia cuti sebab kes ni.

Sebelum benda sama berulang, baik kita beringat. Sebelum ada kejadian yang bakal kita kesali datang lagi, baik kita hati-hati. Sama-sama kita berpesan.

#puakabersekutu
#MFS
Harga: RM37 tidak termasuk pos


"Sebuah Masterpiece, perkongsian dari jiwa seorang Ummi"

Ummi telah mendidik lima orang anak lelaki sehingga berjaya dalam bidang profesional masing-masing seperti peguam, doktor, pengurus syarikat dan jurulatih motivasi serta pada masa yang sama mereka menghafal al-Quran dan fasih dalam Bahasa Arab.

Dapatkan TIP menjadi suri rumah luar biasa dari Ummi PROFAZZ dalam buku terbaru beliau : SRPro

| ISI KANDUNGAN | 
.
BAHAGIAN 1: PENGENALAN & MATLAMAT
Bab 1: Mengapa Perlu Jadi Suri Rumah Profesional
Bab 2: Projek Anak Syurga
.
BAHAGIAN 2: TUNTUTAN & KEMAHUAN
Bab 3: Kategori Wanita Berkerjaya: Faktor Fardhu Kifayah
Bab 4: Kategori Wanita Berkerjaya: Faktor Ekonomi
Bab 5: Kategori Wanita Berkerjaya: Faktor ‘Career Lady Mindset’
.
BAHAGIAN 3: ALTERNATIF & SOLUSI
Bab 6: Pilihan Kerjaya Suri Rumah Profesional
Bab 7: Pengurusan Kewangan Suri Rumah Profesional
Bab 8: Pengurusan Masa Suri Rumah Profesional
.
BAHAGIAN 4: PERSEDIAAN & CABARAN
Bab 9: Persediaan Sebelum Perkahwinan
Bab 10: Suami Romantik Alaf Baru
Bab 11: Mama Muqaddam Papa Qiraati
Bab 12: Bercerai Hidup Bercerai Mati
.
BAHAGIAN 5: HARAPAN & REALITI
Bab 13: Kisah Ummi PROFAZZ (Hujan Ais di Negeri Orang)
Bab 14: Kisah Ummi PROFAZZ (Hujan Batu di Negeri Sendiri)
Bab 15: Anak Kita Tanggungjawab Bersama
Bab 16: Jutawan Di Rumah
Penutup


Buat ummi-ummi yang berminat nak dapatkan buku ini, saya sangat galakkan anda beli. Boleh beli dengan saya je, memandangkan saya tolong edar juga buku ini. 


www.wasap.my/60123302067

#UmmiPROFAZZ
#SRPro
[Rare Edition] Istimewa kepada pencinta madu asli : Madu Tualang Jernih 
.
.
Sayang betul nak jual. 😭😭😢😢
.
.


Betul ke ada madu tualang jernih? 
.
Mungkin 5 tahun ke depan pun tak jumpa lagi madu Tualang super, sejernih mineral water ni. 
.
Team pemburu madu hutan Quadmeds harus memanjat gunung batu hingga ke puncak air terjun. 
.
Harus pula mendaki menggunakan tali seadanya. 
.
Juara fear factor wall climbing pun belum tentu mampu.
.
Dron pun tak dapat menjangkau ketinggian gunung dari bawah kerana lokasi madu ini memang sukar dijangkau manusia. Terlalu tinggi dan sulit didaki. 
.
Lebah hutan menghisap nektar bunga herba di gunung batu. Wallahuaaalam bunga apa. Tapi nektarnya jernih bersih.
.
Kalau anda sudah merasa keenakan madu Quad yang tiada tandingan itu. Madu Quad Super jernih ini lebih enak lagi. 
.
Sudah tentu manfaatnya luar biasa sekali. Insyaallah.
.
STOK TERHAD
MADU TUALANG JERNIH
.
Satu-satunya di dunia lebah!

--------------------
*Diambil khusus buat pecinta madu lebah hutan untuk menambah wawasan mengenai khazanah madu hutan Nusantara Melayu.

** Confirm sayang nak minum
Madu Tualang jernih siap dijual.
Edisi sangat terhad!

Harga rm50 sahaja (220ml) *while stock last*





Berminat?? www.wasap.my/60123302067

#madutualangjernih
#madutualang
#maduhjernih