Buku Baru Felinna: Hijrah Ini Aku Perlu


Alhamdulillah, penerbit telah maklumkan yang buku ini bakal siap dicetak dalam 1-2 hari lagi, in sha Allah. Ramaiii dah yang tak sabar nak dapatkan buku ni ye? Bagi yang dah pernah baca buku Felinna terbitan Legacy Publishing sebelum ini, yang tajuknya Bisnes Cara Kami tu, tentu teruja nak baca buku kedua beliau ni pulakkan?

Jangan tunggu lagi, dah boleh buat pre-order (beserta pembayaran) dengan kami @bukumaia sekarang. In sha Allah, sebaik sahaja stok sampai ke tangan kami...kami akan poskan terus ke alamat anda. Kami memang agen sah Legacy Publishing, jadi usah risau ye pembaca semua. 

Bagi anda yang belum kenal Felinna ni pula, meh saya coretkan sedikit tentang kandungan buku ini supaya anda dapat gambaran buku ini tentang apa dan tentang siapa. 

ISI KANDUNGAN
==============
Prakata
Hijrah Felinna
Siapa Felinna?
Di Puncak Glamour
Felinna Bahagia?
Felinna Sakit Dalam Fitnah
Felinna Hilang Nadi
Felinna Kembali
Felinna Yang Baru
Hijrah Felinna
Manisnya Ujian
Nyawa Ke-2

*** *** ***
"Ujian paling besar ialah sikap dan jiwanya sendiri. Iyalah, dia seorang yang outgoing, bebas, workaholic, suka menari, suka menyanyi, suka ke tempat mewah, membeli belah, suka bermekap. Kalau nak makan, mesti di restoran yang ada ‘class’ sahaja. Sekarang, dia dah tak kisah dengan semua tu.

Sesekali, kami ada berbual tentang cerita-cerita lama. Sesekali juga, dia akan meluahkan rasa ‘hairan’ dan malu terhadap sikapnya yang tak ada rasa malu memakai baju-baju seksi tu. Katanya, dia tak tahu apa yang dia fikir waktu tu. Kalau boleh, dia dah tak mahu ingat lagi semua tu. Tengok gambar-gambar lama pun dia usaha elakkan." - Rafie Ramli
===========
Siapa Felinna?
===========
Sejak kecil, Kak Fel sebenarnya memang bertudung. Tapi dek kerana nafsu dan akal yang tak matang, Kak Fel leka dengan ‘hiburan’ dunia.

Kak Fel suka sangat dengan fesyen dan bidang kecantikan. Kak Fel jadikan minat tu sebagai alasan untuk Kak Fel buka tudung. Bila dah buka, banyak lagilah perkara negatif lain yang Kak Fel suka buat. Walaupun jauh dalam hati, Kak Fel ada rasa berdosa, tapi Kak Fel tetap buat.
Kak Fel mula terlibat dalam dunia modelling. Pada mulanya cuma membantu kawan Kak Fel. Lama-lama, Kak Fel terus jadi minat dengan bidang peragaan. Rambut Kak Fel mula perang. Pakai baju pun seksi...
===============
Felinna Hilang Nadi
===============
Kak Fel jatuh sejatuh-jatuhnya. Maruah dipijakpijak, nama jadi busuk. Orang tuntut hutang tapi Kak Fel tak ada duit langsung. Memang Kak Fel sangat down dan tertekan. Kak Fel jadi lemah selemah-lemahnya. Tak larat nak berlawan. Tak larat nak kuat semangat.

Lama-lama ia memudaratkan diri Kak Fel sendiri. Semua sakit datang serentak, jadi lebih berat dan parah, sampai Kak Fel dah tak tertanggung lagi.
Pada satu detik, nafas Kak Fel dah terhenti. Abah dan tunang Kak Fel cakap, Kak Fel memang dah tak tak bergerak. Nadi pun dah tak ada. Semua dah mula menangis. Adik-adik Kak Fel dah meraung. Bacaan Yassin hampir setiap hari. Saat ini Kak Fel sedang bergelut dengan kesakitan...
==============
Felinna Yang Baru
==============
...Masa tu Kak Fel selalu fikir, ‘Aku cuma tak tutup aurat. Tapi aku tak mabuk, tak ambil dadah dan tak pernah buat jahat.’
Definisi ‘jahat’ bagi Kak Fel waktu itu adalah pada perbuatan yang buruk-buruk dan nampak teruk. Membunuh, mencuri, dan lain lain. Tak tutup aurat dan tak solat pula bukan satu kesalahan besar...

*** *** ***
Itulah antara sedutan-sedutan dari isi kandungan buku HIJRAH INI AKU PERLU oleh Felinna Nadea Ed Fattah. Usahawan tersohor yang terkenal dengan produk Felinna Beauty satu ketika dulu dan kini memiliki rangkaian butik muslimah di bawah jenama Felinna Boutique.

Buku pertama beliau, BISNES CARA KAMI terbitan Legacy Publishing telah terjual lebih 10,000 unit.
Dan kini beliau kembali dengan naskah HIJRAH untuk tatapan pengikut-pengikut Felinna dan pembaca umum.


Inilah buku pertama: Bisnes Cara Kami


Jika berminat untuk dapatkan kedua-dua buku ini, bolehlah hubungi kami di salah satu medium di bawah:

Puan Mai

SMS/WHATSAPP/ TELEGRAM: 012 3302067 (untuk respons segera)
FACEBOOK FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina (mesej di sini supaya mesej anda dapat dilihat segera)
FACEBOOK PERIBADI: Maizura Osman (jika bukan dalam fiendlist, dikhuatiri saya tidak terima mesej anda)
INSTAGRAM: @bukumaia (boleh dm kami di sini juga)

0 comments: